Bahagian C
SOALAN ESEI 1.0 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhan. 2.0 - Cadangan kaedah pengajaran dan dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
1.0
– Pengenalan
“ Saya bangga menjadi anak Malaysia ! ”. Laungan sepakat semua rakyat Malaysia mengekspresikan perasaan bangga, cinta, sayang dan hormat terhadap tanahair mereka. Keharmonian, perpaduan, toleransi adalah aset utama Malaysia mencapai serta mengekalkan kemerdekaannya sehingga ke hari ini. Malaysia mempunyai keunikkannya tersendiri. Kaum yang pelbagai yang hidup di bawah satu naungan berjaya membuka mata negara luar akan hebatnya sebuah negara kecil bertag Malaysia yang maju dan berpotensi tinggi serta berjaya mentadbir mentadbir berdasarkan berdasarkan sistem demokrasi. demokrasi. Organisasi Organisasi pentadbir pentadbir negara merupakan badan yang memikul tanggungjawab besar dalam menyatupadukan pelbagai kaum serta etnik di negara kita. Pucuk pangkalnya adalah ‘pendidikan’.
Pendidikan merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang sebahagian besarnya berlaku di peringkat umur persekolahan. Pada peringkat inilah, individu itu paling mudah dibentuk dan dipengaruhi untuk menjadi rakyat yang baik. Bak kata pepatah, ‘ hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Kanak – kanak mempelajari mempelajari sesuatu tingkahlaku tingkahlaku itu melalui peniruan daripad daripada a lingkun lingkungan gan pergaula pergaulan n dan akhirny akhirnya a individu individu itu mampu mampu membent membentuk uk corak corak kelakuan kelakuan dan budaya budaya hidup hidup yang yang komplek kompleks s sendiri. sendiri. Jelaslah Jelaslah bahawa pendidi pendidikan kan merupak merupakan an agen agen pewaris pewarisan an budaya. budaya. Proses Proses pengajar pengajaran an dan pembelajaran adalah wadah penyambung dan mengekalkan warisan budaya
disamping mengalakkan pengembangan ilmu yang boleh menggiatkan lagi daya cipta bagi memperkayakan budaya bangsa berkenaan. ( Asiah Abu Samah, 1985:114 ). Kebudayaan dapat didefinisikan sebagai seluruh cara hidup yang meliputi agama, nilai, sikap, pandangan hidup, harapan, ilmu pengetahuan dan juga kemahiran yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang berikutnya.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa landasan perpaduan rakyat belum begitu kukuh pada waktu itu. Semua pemimpin negara sedar akan perlunya rombakan atau analisis bagi memulihkan semula hubungan antara kaum di negara ini. Lantaran dengan kejadian ini, semua pihak harus membuka mata dan tanamkan sifat ‘ satu bangsa, satu negara ’ seiring dengan sahutan kerajaan. Peristiwa itu tidak mustahil akan berulang kembali jika kita tidak sama – sama mengimbangi konsep pemajmukan kaum di negara kita. Pelbagai usaha dan buah fikiran yang diusulkan contohnya cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan penubuhan satu sistem sekolah yang bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap bijak . Wujudnya sekolah wawasan dapat menjadi pemangkin dan merealisasikan wawasan 2020 yang ingin melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat patriotik tanpa mengira kaum.
1.1 – Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di sekolah
“ Tujuan dasar pendidikan dalam negara ini unutk menyatukan budak – budak daripada semua bangsa dalam negara dengan menggunakan satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama dengan cara beransur ansur ” .
( Laporan Razak, 1956 )
Kenyataan ini disebut semasa kajian dilakukan bagi mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan yang pada ketika itu Dato’ Abdul Razak Bin Hussein
sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau mencadangkan agar semua sekolah menggunakan kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama tidak terkecuali pada semua Sekolah Jenis Kebangsaan yang pada waktu itu dinamakan dengan Sekolah Jenis Umum. Manakala, bahasa Melayu hendaklah diajar di semua sekolah rendah mahupun menengah kerana bahasa menjadi alat perpaduan antara kaum. Perkara ini masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini. Implikasinya, hubungan yang erat dapat dipupuk antara sesama guru atau murid di sekolah. Hal ini juga dapat memudahkan urusan rasmi pihak sekolah dengan adanya kefahaman bahasa yang baik. Bahasa kebangsaan juga dapat diperkasakan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Pendidikan
dapat
memupuk
integrasi
antara
kaum
haruslah
disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Kewujudan Sekolah Wawasan buah fikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah ditentang hebat oleh Persekutuan Persatuan – Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru – Guru Sekolah Cina atau Dong Jiao Zhong sama sekali tidak selari dengan hasrat kerajaan dalam membina sebuah masyarakat majmuk yang mampu menjamin keharmonian negara dan menyediakan pemangkin dalam merealisaikan impian wawasan 2020. Penubuhan sekolah wawasan ini banyak implikasi positif kepada negara. Dengan berobjektif untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara seharusnya kita melihat penubuhan ini sebagai batu loncatan dalam membentuk
bangsa
Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. Selain itu, dengan adanya pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah, pemupukan nilai – nilai murni akan wujud secara semulajadi. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna.
Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang,
toleransi, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui kokurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Melalui pendekatan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan pihak sekolah dalam mengintegrasi anak bangsa seterusnya akan mendatangkan impak jangka masa panjang. Contohnya, pergaulan antara kaum serta isu persengketaan etnik akan mudah timbul.
1.2 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya terhadap guru.
Wujudnya pelbagai bangsa di dalam sesebuah sekolah berkongsi kelas, tempat bermain, guru, serta wadah pengajaran secara tidak lansung akan wujudnya sifat toleransi, saling berkerjasama dan lebih menghormati orang lain. Guru sebagai agen penyebar ilmu harus bijak memilih bahan pengajaran dan harus membuahkan idea yang bernas agar dapat menarik minat murid untuk mempelajari serta menerima pendedahan mengenai budaya kaum lain di Malaysia. Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara khasnya haruslah dititikberat dan diberi penekanan sepenuhnya di dalam atau di luar bilik darjah. Apabila generasi kecil kita yang berbangsa Melayu, Cina dan India ini dapat berinteraksi sejak awal persekolahan lagi sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya . Hal ini secara tidak lansung akan memberi peluang orang Melayu menguasai budaya bangsa lain dan begitu juga sebaliknya. Semangat kekitaan akan terhapus dan curang perkauman akan mulai rapat dan utuh.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk sosialisasi sihat dalam pergaulan murid di sekolah. Di dalam atau di luar bilik darjah guru merupakan role – model terhadap anak didikannya. Contoh dan tauladan yang baik harus ditonjolkan agar menjadi ikutan. Pergaulan guru sesama rakan guru yang bukan sebangsa haruslah mencerminkan identiti bangsa Malaysia. Sebagai seorang guru pelatih, saya sedar akan tanggungjawab saya untuk membentuk perpaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak.
1.3 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di dalam bilik darjah .
Bilik darjah merupakan ruang sosialisasi bagi murid – murid selain membina kefahaman baru dengan panduan dari pendidik. Wujudnya konsep mesra budaya dalam bilik darjah secara tidak lansung menyumbang ke arah pembentukan jambatan perpaduan dan penyatuan etnik yag terdapat di Malaysia. Contohnya di Sabah dan Serawak, terdapat hingga lebih daripada 20 etnik bergabung di bawah satu rumpun berganding bahu mengukuhkan ikatan perpaduan antara mereka. Dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyatu dan pembina identiti negara bangsa Malaysia , interaksi dua hala lebih teratur dan berkesan. Implikasinya, warga Malaysia akan lebih memahami antara satu sama lain. Impak jangka masa panjangnya, mereka akan lebih menghormati dan mengenali budaya serta sensitiviti sesebuah kaum yang lain. Contohnya, istilah – istilah berunsur menghina sesebuah kaum yang boleh mendatangkan perpecahan atau perbalahan tidak seharusnya disebut atau dilontarkan dengan tujuan negatif. Perkara ini mungkin boleh dijadikan bahan perbincangan di dalam kelas supaya mereka lebih sedar serta memahami akan sebab mengapa sesetengah perkara itu menjadi sensitif bagi sesebuah kaum.
2.0 - Pengenalan
Kaedah menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya, Pengajian Melayu III, kaedah boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih dan bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sebagai
seorang
guru,
perlulah
mempunyai
kemahiran
dalam
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan bilik darjah tersebut. Berbalik kepada persoalan di atas, bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlulah menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan supaya objektif utama dapat dicapai dengan jayanya.
2.1 - Cadangan Pertama : Mewujudkan Iklim Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Kondusif
Antara
kaedah
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
dikenalpasti
keberkesanannya untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah guru perlulah memastikan iklim persekitaran fizikal di dalam bilik darjah bersesuaian dan menjadi lebih kondusif. Kondusif mengikut takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary(2004) membawa maksud menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk memastikan sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks iklim pembelajaran yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian (USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang
berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuai, dapatlah mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah seimbang. Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa cina ataupun india. Begitu juga sebaliknya. Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah perlulah mempunyai variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat diwujudkan. Hal ini dapat menunjukkan bahawasanya guru tersebut sangat peka dan prihatin terhadap anak muridnya yang berbilang kaum dan juga budaya. Jadi, mereka dapat membiasakan diri dengan berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai kaum.
Di samping membantu pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan corak sosialisasi antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Mereka juga dapat membentuk satu perhubungan yang mesra budaya di mana mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memberikan kerjasama semasa melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah Dengan menggunakan kaedah ini, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan dengan jaya dan berkesan. Iklim pembelajaran yang kondusif ini sangat bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya.
2.2 - Cadangan Kedua : Menggunakan Kaedah Pembelajaran Secara Berkumpulan
Cadangan
kedua
kaedah
pengajaran
dan
pembelajaran
untuk
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kumpulan dan koperatif. Pembelajaran secara berkumpulan ini sangat penting sebagai alat pengukur untuk kejayaan akademik, sosialisasi dan juga emosi. Dengan adanya kaedah pembelajaran secara berkumpulan ini, mereka saling bergantung antara satu sama lain kerana kejayaan sesuatu aktiviti adalah sumbangan dari kumpulan, bukannya individu. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini dapat menggalakkan dan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan nilai-nilai murni seperti saling bantumembantu dan semangat koperatif dapat dipupuk dalam aktiviti pembelajaran. Justeru itu, kaedah pembelajaran secara berkumpulan ini merupakan satu kaedah yang paling tepat dan bersesuaian dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
Melalui kaedah ini, murid-murid yang terdiri dari pelbagai kaum di dalam sesebuah kelas terutamanya yang melibatkan kaum-kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India boleh dimuhibahkan semasa aktiviti secara berkumpulan tersebut dilaksanakan. Mereka berpeluang mengajar dan belajar antara satu sama lain dan menghormati kebolehan serta bakat rakan-rakan walaupun menyedari bahawa mereka berlainan kaum. Secara tidak langsung, pembelajaran secara berkumpulan ini dapat menyediakan latihan awal kepada murid-murid bagi menyesuaikan diri dalam masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan, setiap kumpulan perlulah diwakili oleh murid yang terdiri dari pelbagai kaum supaya mereka lebih mesra dan dapat memperolehi idea-idea yang berbeza. Antara contoh aktiviti yang
boleh
dilaksanakan
secara
berkumpulan
perbincangan, membuat projek dan lain-lain lagi.
ialah
main
peranan,
2.3 - Cadangan Ketiga : Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang juga boleh dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya ialah guru
perlulah
menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dan bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan bantu mengajar ini biasanya digunakan oleh guru untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar.
Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik, murid-murid akan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar juga merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan antara guru dengan murid dan secara tidak langsung, interaksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.
Contohnya, semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk Perayaan Di Malaysia, guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang mewakili kesemua kaum murid yang terdapat di dalam bilik darjah tersebut. Hal ini sangat dititikberatkan agar murid-murid tidak berasa dipinggirkan. Oleh itu, guru dapat menunjukkan keadilan di kalangan kesemua murid di dalam kelas tersebut. Selain itu, dengan adanya bahan bantu mengajar yang pelbagai, secara tidak langsung dapatlah murid-murid mempelajari dan mengenali budaya yang pelbagai dari kalangan rakan-rakan mereka.
2.4 - Cadangan Keempat : Interaksi Dalam Bilik Darjah
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang keempat ialah
saling
berinteraksi di dalam bilik darjah. Mengikut kamus A New English Dictionary , interaksi bermaksud proses saling bertindak dan saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Terdapat tiga interaksi asas iaitu interaksi sehala, dua hala dan juga pebagai hala. Guru dan murid-murid perlulah saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan kemesraan hidup di kalangan masyarakat pelbagai budaya di dalam bilik darjah tersebut.
Guru juga perlulah mengamalkan sifat kepimpinan secara demokratik agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan saling bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah. Suasana sosioemosi yang kondusif juga dapat dipertingkatkan dan perhubungan guru dengan murid menjadi lebih mesra. Sebagai contoh, guru tersebut tidak boleh mempunyai sikap pilih kasih di dalam diri dan perlulah melayani setiap anak muridnya dengan sama rata walaupun mereka terdiri dari pelbagai budaya. Wujudnya interaksi yang berkesan, persekitaran di bilik darjah menjadi lebih harmonis.
Secara konklusinya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru, perlulah dipastikan terlebih dahulu keberkesanannya agar berjaya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Oleh itu, sebagai seorang guru, haruslah berusaha mewujudkan persekitaran yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya serta dapat memupuk semangat perpaduan antara murid-murid sejak dari bangku sekolah lagi.