PENGHARGAAN
BAHAGIAN A
SENARAI KANDUNGAN PORTFOLIO PRAKTIKUM
Pengetahuan
baru
BIODATA
DIRI
SURAT
PENGENALAN DIRI
PERNYATAAN PROFESIONAL
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
WAWASAN 2020 – SEMBILAN CABARAN
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi
bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
berkeyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai
serta gagah menghadapi pelbagai masalah
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
Mewujudakn masyrakat saintifik dan progresif.
Mewujudkan masyrakat penyayang dan budaya menyayangi.
Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat,
dinamik dan kental.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Teras 1 - Membina Negara Bangsa
Teras 2 - Membangunkan Modal Insan
Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
LAPAN AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN
1. Perpaduan
2. Stail pengurusan
3. Stail kepimpinan
4. Perkhidmatan penyayang
5. 'Empowerment'
6. Budaya ilmu
7. Sekolah penyayang
8. Budaya cemerlang
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa
hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
i. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.
a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-
hal lain.
b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama.
c) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
d) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
e) Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
a) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak
akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
d) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti
dan bijaksana.
e) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
f) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
III. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara.
a) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
b) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
e) Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
IV. Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan.
a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
refleksi
aktiviti yang dijalankan
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PRAKTIKUM
HASIL KERJA HARIAN
BORANG
TAKWIM SEKOLAH
BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM
BAHAGIAN B
PETA LOKASI,
PELAN SEKOLAH
& BILIK DARJAH
PELAN LOKASI
PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
MAKLUMAT SEK.KEB. SERI BUDIMAN II
VISI DAN MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI BUDIMAN ii
VISI
Membina insan berinovatif, berilmu, berakhlak mulia, kreatif dan
bertanggungjawab.
MISI
Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum
dan sahsiah melalui perkhidmatan pendidikan berterusan yang berkualiti
selaras dengan arus teknologi maklumat dan alaf baru
SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK DAN SOKONGAN)
SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK)
" "SENARAI NAMA GURU SESI PAGI " "
"BIL."NAMA "JAWATAN "
"1 "Asma Bt. Mokhtar. PJK. "Guru Besar "
"2 "Radziah Bt. Abd. Samad (GPK 1) "PK Kurikulum "
"3 "Norisah Bt. Suleiman (GPK HEM) "PK Hal Ehwal Murid "
"4 "Wan Nor Rani Bt. Wan Yusof (GPK "PK Kokurikulum "
" "KO-KU) " "
"5 "Tuan Zarina Bt. Tuan Othman "Guru Media "
"6 "Noor Azlina Bt. Nawi "Guru Bimb. & Kaunseling "
"7 "Che Nailah Bt. Ahmad "Guru Bimb. & Kaunseling "
"8 "Massirah Bt. Sulaiman "Guru Data/EMIS "
"9 "Zulfarihan Bt. Atan "Guru Data/SMM "
"10 "Idris B. Taha "Guru disiplin "
"11 "Zuraini Bt. Zulkifli "S/U Peperiksaan "
"12 "Norhayati Bt. Noor Aris "S/U Akademik "
"13 "Suzana Bt. Ali "S/U HEM "
"14 "Rosmizawati Bt. Daud "S/U Kokurikulum "
"15 "Zainab Zulaili Bt. Abdullah Tahir"6 Neptun/Penyelaras tahun 6 "
"16 "Noraishah Bt. Othman "6 Uranus/KP. PSV/Peny. Protim "
"17 "Muhammad Harris Ong B. Abdullah "6 Zuhal/Sains "
"18 "Khairul Asmadi B. Samsudin "6 Musytari/KP. PSK "
"19 "Anida Bt. Abdullah "6 Marikh/Matematik "
"20 "Nurul Aini Bt. Abu Bakar "6 Bumi/BM/KH "
"21 "Tuan Rohadi B. Tuan Kechik "6 Zuhrah/BM/KH "
"22 "Azlina Bt. Ismail "6 Utarid/BI "
"23 "Sazeli B. Shamsuddin "5 Uranus/Peny. PPSMI "
"24 "Asiah Bt. Abd. Rahman "5 Zuhal/Penyelaras tahun 5 "
"25 "Amran Bt. Haji Seman "5 Musytari/KP. Muzik "
"26 "Ismazilawati Bt. Ismail "5 Marikh/KP. Matematik "
"27 "Azmah Bt. Embong "5 Bumi "
"28 "Ezdiani Bt. Selamat "5 Zuhrah/BI "
"29 "Nor maryani Bt. Awang "5 Utarid/Pend. Islam "
"30 "Anita Bt. Alfian Yusof "4 Zuhal/BI "
"31 "Mohd Azley Bin Che Mat "4 Musytari/Matematik "
"32 "Azizah Bt Md. Lajim "4 Marikh/Pend. Islam "
"33 "Mohd Roslan B. Ariffin "4 Bumi/KP. Kemahiran Hidup "
"34 "Rosnah Bt. Mijan "4 Zuhrah/Matematik "
"35 "Nur Syazwani Pong Bt. Abdullah "4 Utarid/KP. Kajian Tempatan "
"36 "Yusri Bin Karim "KP. Bahasa Melayu "
"37 "Nor Hayati Bt. Jamaluddin "KP. Agama "
"38 "Romarzila Bt Omar "Pend. Agama/ Penyelaras Surau "
"39 "Mohamad Bin Sawal "KP. Pend. Jasmani & Kesihatan "
"40 "Nooraini Bt. Amarjan "KP. Sains "
"41 "Siti Jamilah Bt. Hj. Md. Yasin "KP. Bahasa Inggeris "
"42 "Azlina Bt. Mohd Tahir "Guru ICT/ PSV "
"43 "Norziah Bt. Hamisan "Guru BM "
SENARAI NAMA STAF (SOKONGAN)
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
Piagam Pelanggan
Sekolah Kebangsaan Sri Serdang
Kami warga sekolah berjanji akan:-
1. Memastikan murid mendapat perhatian dan layanan sama rata
2. Murid mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum.
3. Menyediakan prasarana yang kondusif, ceria dan selamat.
4. Member layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan berhemah semasa
berurusan.
5. Mengambil tindakan segera terhadap aduan, teguran dan cadangan.
5. Berganding bahu dan bekerjasama dengan anggota masyarakat dan warga
pendidik dalam usaha memperkasakan sekolah kea rah kecemerlangan
"Kecemerlangan Murid Kepuasan Kami"
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan
menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan
semata – mata.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang
Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
Meletakkan Kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan
diri dalam menjalankan tugas.
Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
KEDATANGAN
Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu
balik sekolah.
Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual
waktu ganti dapat disediakan.
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan
kecuali dalam keadaan kecemasan
Waktu persekolahan
"Hari "Masa(Sesi Pagi) "Masa(Sesi Petang) "
"Isnin "7.30 pagi -1.10 petang "1.10 petang - 6.30 "
" " "petang "
"Selasa "7.30 pagi -1.10 petang "1.10 petang - 6.30 "
" " "petang "
"Rabu "7.30 pagi -1.10 petang "1.10 petang - 6.30 "
" " "petang "
"Khamis "7.30 pagi -1.10 petang "1.10 petang - 6.30 "
" " "petang "
"Jumaat "7.30 pagi - 12.15 tgh "2.15 petang - 6.30 "
" " "petang "
KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat
mendapat kebenaran dari Guru Besar/Penolong Kanan
Guru dan staf dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis
dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong
Kanan.
Sebelum keluar, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Penolong Kanan.
CUTI
Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil
bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar.
CUTI SAKIT
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari
berturut- turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari
dalam setahun.
Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Untuk menentukan pembayaran gaji.
CUTI TANPA GAJI
Mengikut Perintah Am Bab 'C' Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.
Cuti Tanpa Gaji kakitangan bukan guru hanya boleh diberikan selepas
habis semua cuti rehatnya.
Kelayakaan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.
Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantarke Jabatan Pelajaran Negeri 10 Minggu sebelum tarikh
mula bercuti.
CUTI REHAT KHAS(CRK)
CRK adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
Cuti diluluskan oleh Guru Besar bagi temp[oh 7 hari Setahun.
CRK bukan hak tetapi keistimewaan, kelulusan adalah atas budi bicara
Guru Besar bergantung atas keperluan sekolah.
Baki cuti boleh dikumpul bagi tujuan "GHS" sebanyak 120 hari (jika ada
permohonan) sepanjang tempoh perkhidmatan.
CUTI KELUAR NEGERI
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
dari jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-
lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
CUTI TANPA REKOD
Cuti tanpa rekod boleh diambil 30 hari setahun
Cuti tanpa rekod boleh diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
-…bagi menghadiri perperiksaan
-…mengambil bahagian dalam olahraga/sukan(30 hari sahaja)
-…Ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan
-…cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat-diberi 3 hari sahaja
untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli
keluarga terdekat. (Ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri,
anak-anak serta ibu bapa kandung kepada anggota keluarga berkenaan).
Cuti ini bermula pada tarikh kematian…atau pada hari berikutnya jika
kematian selepas waktu pejabat. Tempoh cuti termasuk semua hari rehat
dan hari pelepasan am. Salinan pengesahan kematian ahli keluarga perlu
dikemukakan kepada Guru Besar untuk tujuan rekod.
PAKAIAN
Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut
yang sesuai.
Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.
- Guru perempuan – Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-
T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
- Guru lelaki - Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-T,
kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau getah tanpa
tumit.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku
mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan
yang lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.
BILIK GURU/BENGKEL
Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi
tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di
dalam bilik guru/ bengkel.
Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak
mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ' non-teaching
period' dan bukannya 'free period'. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bengkel untuk perkara-perkara
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada dibilik guru
Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman mana-mana pihak.
TUGAS
Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum,
pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan
cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti
menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah
mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain
melaksanakan tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa
dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai
kepengetahuan Guru Besar.
BUKU REKOD MENGAJAR
Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana
ianya merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau
hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh
Guru Besar/Penolong Kanan.
Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan / Guru Kanan.
Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir
tahun persekolahan.
JADUAL WAKTU
Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan
tanpa kebenaran Guru Besar.
Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh S/U Guru Ganti dan
ditandatangani oleh Pengetua/Penolong.
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Setiap guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang
diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak
mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan
ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama.
Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan
bertanggungjawab menandanya.
Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid.
Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu
persekolahan, ibu bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon
dan bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
guru Penolong Kanan HEM.
Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda
sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke
pengetahuan pihak sekolah.
Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel
dan lain-lain
Semua guru hendaklah memastikan perabot di dalam kelas/ bilik-bilik
khas tidak diubah/dialeh ke tempat lain.
KEBERSIHAN
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan dan pelajar.
Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru
tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
rapi dan disimpan ditempat yang selamat.
Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas /
tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain)
bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
PERGI KE JABATAN PELAJARAN/PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN atau PPD untuk urusan
peribadi.
PELAWAT
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil
firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru
Besar/Penolong.
MEMBELI BARANG
Pembelian barang untuk P&P dibuat melalui Ketua Panitia
Ketua Panitia dikehendaki mengisi Nota Minta untuk tujuan tersebut.
Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
KEGIATAN KOKURIKULUM
Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.
Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. (120
minit seminggu)
PERHIMPUNAN SEKOLAH
Semua guru wajib hadir perhimpunan sekolah pada hari-hari dan masa-
masa yang ditetapkan.
Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan
bertali leher.
Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak
memakai selipar / sandal.
Guru wajib menyanyi bersama pelajar - Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah dengan penuh semangat.
MESYUARAT GURU
Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru.
Kehadiran guru adalah diwajibkan.
Guru diwajibkan hadir mesyuarat yang diadakan oleh Penolong Kanan /
Ketua Panitia.
TANDA NAMA
Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada
hari persekolahan dan majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.
KEAHLIAN KELAB/PIBG
Yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan menjadi
tanggungjawab ahli menjelaskan yuran keahlian kepada bendahari kelab.
Semua guru digalakkan menganggotai Badan Ihsan Anggota Jabatan
Pendidikan Selangor.
PENGGUNAAN ALAT-ALAT
Mesti mendapat kebenaran ketua-ketua bahagian / penjaga stok.
Alat-alat hendaklah digunakan dengan betul serta mengikut peraturan.
Bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan alat-alat digunakan dan
dikembalikan dalam keadaan baik.
Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
ARAHAN DAN PEKELILING
Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.
Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan /
PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah
setelah tindakan diambil.
TELEFON
Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan
hendaklah direkodkan.
KUNCI
Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.
Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat
kebenaran bertulis dari Guru Besar.
Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di
pejabat pentadbiran sekolah.
ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi
sekolah
Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan
mestilah menyertakan surat tunjuk sebab.
BAHAGIAN C
RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN
SALINAN BORANG PENYELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING
(BORANG PR1)
RANCANGAN PROJEK/
PERANAN LAIN
LAPORAN PROJEK/
PERANAN LAIN
BAHAGIAN D
FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL
LAPORAN JURNAL MINGGUAN
EDARAN SEKOLAH
CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN