Gangster = 1st CS yang berjaya close di atas MA5 / 10 hi selepas berlaku satu kejatuhan atau 1st cs yang closed bawah MA5 / 10 low selepas satu kenaikan.
Gangster ni bagi tau yang ada tandatanda awal trend nak berubah. Belum confirm, sehingga lah dia pi cari balik, kalau gangster buy, dia cari semula MA5 / 10 low, kalau gangster sell, dia cari balik MA5 / 10 hi. 80% begitulah keadaannya.
Kalau gangster buy, masa dia cari balik MA5 / 10 low dan dia close pulak bawah MA5 / 10 low jadi gangster sell pulak, gangster buy tadi dah tak valid. Tapi seperti biasa, bila dah jadi gangster sell, dia kena pi cari balik MA5 / 10 hi. Dia balas-balas pantun. Sampai lah pantun tak berbalas, tengok mana gangster paling kuat.
Balas Pantun : 1) bila keluar gangster sell, dia naik cari MA5 / 10 hi, kalau closed bawah MA5 / 10 hi, pantun tak jawab, sell valid. Kalau closed di atas MA5 / 10 hi dan jadi gangster buy pulak, pantun berbalas, sell tak valid.
2) kebiasaan bila dah jadi gangster buy, pastu dia turun cari MA5 / 10 low balik semula, kalau dia closed atas MA5 / 10 low, maknanya pantun tak berbalas, gangster buy tu valid. Tapi kalau cs closed pulak bawah MA5 / 10 low, cs tu jadi gangster sell la.
Pantun berbalas dan buy dah tak valid dan dia repeat balik no 1 dan no 2 sehingga kalau dia tak berjaya close bawah MA5 / 10 low atau closed atas MA5 / 10 hi masa berbalas pantun tadi. Keadaan ini biasa masa sideway dan di time frame kecik.