Genre cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Hashim Awang (1987) menyatakan bahawa bentuk cereka yang pendek yang membawa satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. Ia memusatkan diri pada satu watak dalam suatu situasi di suatu tempat dan ketika. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Selain itu, cerpen ialah satu gabungan antara pengalaman dengan rekaan pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Lazimnya, panjang sesebuah cerpen antara 6 – 20 muka. Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mempunyai mesej jelas, menggunakan bahasa yang indah, judulnya menarik, dan meyakinkan. Selain itu cerpen yang menarik juga yang menyentuh isu semasa alam kehidupan.
BENTUK-BENTUK CERPEN
a. Peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang. b. Cerpen beralasan iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing. c. Cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.
CIRI-CIRI KHAS CERPEN
a. Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan) b. Ada adengan, watak, gerak. c. Bahasa tajam dan menarik d. Interpertasi pengarang kepada kehidupan e. Dapat menimbulkan satu kesan. f.
Menarik perasaan pembaca.
g. Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih. h. Ada cerita atau persoalan utama, watak utama, latar dan suasana.
STRUKTUR CERPEN
a. Cerpen memiliki jumlah watak dan episod di dalamnya yang amat terhad. b. Kebiasaannya. dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya. c. Lazimnya cerpen hanya menangani satu isu atau masalah dalam satu karya. d. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya. e. Latar masa biasanya meliputi satu masa yg singkat.