DEFINISI DAN KONSEP TINGKAH LAKU 1.1.2 Definisi Tingkah Laku “Berbagai-bagai “Berbagai-bagai ragam dan berbagai- bagai bagai laku” ( Kamus Dewan, 1979 ) “Sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak balas terhadap persekitaran.” ( Raymond G. Miltenberger, 2001 ) “Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran.” ( Lewis M. Beaker, 2001 ) Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah laku boleh disimpulkan sebagai perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan motor seperti berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi respon a tau tindakbalas terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Malahan tingkah laku juga sebenarnya mencakupi gambaran emosi dan mental seseorang.
1.1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah murid juga boleh didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
1.1.3 Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a) Tingkah Laku Bermasalah Positif b) Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu individu-individu lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pembelaj aran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada keadaan murid yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Sekalipun keadaan ini adalah sangat baik dan positif tetapi hakikatnya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran-pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan in sebenarnya menggan ggu muridmurid yang belajar dalam keadaan yang normal. Selain daripada itu ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajarang yang sedang dijalankan. Keadaan ini juga akan menimbulkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid yang lain dan juga pada guru itu sendiri. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas. Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah membuat bising, mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menan gis, berbohong, mencuri, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran. Ada juga tingkah laku murid yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi. 1.1.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : i. Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka. ii. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka iii. Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan iv. Sering bercakap bohong atau bercakap besar v. Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok vi. Suka menyakiti hati kawan-kawan
vii. Menjahanamkan harta benda viii. Tidak duduk diam ix. Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap x. Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua xi. Panas baran xii. Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi ( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )
1.2 PUNCA-PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS Umumnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid pendidikan khas adalah berpunca daripada beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor baka, faktor persekitaran dan faktor pemakanan. Namun begitu Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. 1.2.1 Faktor Baka Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anakanak. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Ahli psikologi bersetuju bahawa baka merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak b erkeperlan khas. Seseorang kanak-kanak yang lahir l ahir itu pasti akan mewarisi sifat-sifat ibu bapanya. Menurut Norman L.Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui genetik. Antaranya sifat yang dipengaruhi oleh genetik gen etik ialah sifat introvert dan ekstrovert. Sifat-sifat ini boleh diwarisi oleh kanak-kanak melalui ibu bapa mereka. Keadaan emosi yang tidak stabil di kalangan ibu bapa juga boleh menyebabkan anak mereka mengalami keadaan yang sama. Contohnya jika seseorang itu mempunyai sifat pemarah, pembe ngis dan sukar mengawal emosi, kemungkinan anaknya juga akan berkeadaan sedemikian. Ini akan menyebabkan beberapa masalah seperti tantrum, suka mengamuk, dan berkemungkinan mencederakan diri sindiri atau orang lain. Baka juga akan mempengaruhi perkembangan fizikal seseorang. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya bentuk fizikal, warna rambut dan organ deria adalah
diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa mempunyai saiz badan yang besar dan gemuk, ini juga boleh menyebabkan kemungkinan anak mereka akan mengalami masalah tubuh badan yang sama. Saiz tubuh yang terlalu gemuk, terlalu kurus atau terlalu rendah dan kecil akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan malu dalam diri seseorang murid itu. Ini seterusnya boleh menyumbang kepa da timbulnya tingkah laku bermasalah seperti tidak mahu bergaul dengan orang lain, mengasingkan diri, dan tidak mahu melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pengajaran kerana malu dan takut diejek oleh kawan-kawan. Perkembangan mental seseorang juga boleh dipengaruhi oleh baka. Sekiranya ibu bapa mempunyai tahap kemampuan mental yang rendah, kemungkinan anak mereka juga akan menghadapi masalah yang sama. Ini seterusnya akan menyebabkan anak ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjadi tidak minat untuk belajar. Hal ini akan menyebabkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini seperti kemurungan, suka mengasingkan diri dan mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini juga akhirnya boleh membawa kepada tingkah bermasalah yang lain yang akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajara n yang berlangsung.
1.2.2 Faktor Persekitaran Persekitaran merupakan faktor penting yang mungkin menjadi punca kepada permasalahan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Faktor persekitaran boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor sekolah dan faktor masyarakat dan budaya.
1.2.2.1 Faktor Keluarga Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga seba gai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok social berkenaan. Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Insititusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Keluarga boleh menjadi satu punca kepada timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pelajar yang bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion, et al., 1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992). Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), merujuk punca salah laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan permasalahan tingkah laku palajar. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan
kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April, 1995). a) Penceraian dan perpisahan ibu bapa Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’ (Nijole V Benokraitis, 1996). Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku penceraian di kalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbe za di antara kanakkanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan usia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya. Keadaan emosi mereka juga tidak stabil dan kadangkala berlaku kecelaruan emosi di kalangan kanak-kanak mangsa penceraian. Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan akan melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Kanak-kanak ak an menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Mereka juga akan menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dan kelihatan malas. Semua ini adalah kesan daripada gangguan emosi dan perasaan yang dialami akibat daripada penceraian kedua ibu bapa. Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila kanak-kanak tersebut terpaksa diheret sama ke dalam kancah penceraian tersebut terutamanya apabila berlaku kes perebutan hak penjagaan anak. Sigurdsson dan rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997) menekankan bahawa perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku bermasalah adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. b) Gaya asuhan dan cara mendisiplinkan anak Menurut Kamus Dewan (2003), gaya asuhan didefinisikan sebagai perihal mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut Darling dan Steinberg (1993), gaya asuhan didefinisikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkaitan dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak mereka. Kegagalan ibu bapa dalam mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya masalah tingkah laku. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku bermasalah juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubap aan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992). Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengawasi perkembangan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Sekiranya disiplin tidak diterapkan di peringkat awal lagi, maka kemungkinan untuk menyebabkan timbulnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid berkeperluan khas adalah lebih tinggi. Asuhan di peringkat awal serta penerapan disiplin yang