Teori pembelajaran Sosial Albert Bandura Tingkah laku devian juga dikaitkan dengan tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Bandura juga sesuai digunakan untuk menerangkan tingkah laku devian dalam kalangan pelajar. Bandura (1967), percaya bahawa bertindak dalam sosial adalah sebahagian proses operan. Ibu bapa akan memberikan ganjaran yang berbentuk peneguhan apabila anak mereka melakukan sesuatu yang baik dan akan mengekalkan denda atau hukuman jika mereka mem buat kesalahan. Keadaan ini akan menyebabkan me nyebabkan anak-anak memilih model yang membolehkan mereka mendapa sanjungan dan pujian. Tetapi jika model yang dilihat itu tidak mendapat pengiktirafan atau dibenci, maka proses peniruan tidak akan berlaku. Justeru itu, tingkah laku devian dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, me dia masa. Dan konsep kendiri individu. Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa tingkah lau devian bukanlah disebabkan ciri-ciri semula jadi sebaliknya melihat tingkah laku devian ini ini akibat dipelajari daripada persekitaran. Ini Ini bermakna, penggunaan teori pembelajaran adalah teori yang terbaik dapat menerangkan perm asalahan ini. menurut Badura (1977), terdapat empat kompenan utama untuk pembelajaran pem erhatian yang berkesan, iaitu: i) Proses Pemerhatian Bandura (1977) menegaskan bahawa seseorang itu tidak akan berjaya membuat peniruan sekiranya tidak memberi fokus atau perhatian. Fokus sebenarnya dikawal oleh ciri-ciri psikologi pemerhati seperti keperluan dan minat mereka. Ini bermakna, seseorang remaja sebenarnya bertingkah laku devian kerana dia tertarik dengan aksi devian dan sete rusya remaja tersebut memberikan fokus akan bagaimana utuk bertingkah laku devian. ii) Proses Penahanan setiap individu mempunyai cara yang tersendiri t ersendiri untuk menghafal atau mengingati se suatu. Manusia pada dasarya lebih mudah mengingati sesuatu yang berbentuk simbolik, objek atau gambar berbanding perkataan. Bandura (1971), telah mencadangkan agar membina satu proses simbolik simbolik “ransangan bersambungan” penggabungan penggabungan dengan ransangan yang timbul bersama. Beliau bercadang agar “kod bacaan” diigabunkan dengan rangsangan yang ditunjukkan. Ini kerana kanak-kanak kanak-kanak yag berusia 5 tahun tidak dapat apa yang dipelajari dalam betuk perkataan tetapi proses me njadi mudah apabila bayangan visual diberikan dalam proses pembelajaran mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar. remaja mungkin sukar untuk memahami atau membayangkan apakah itu devian tetapi mereka mudah untuk memahami atau atau ‘menangkap’ ciri-ciri ciri -ciri tingkah laku devian dengan mudah sekiranya bayangan visual disertakan dalam pengalaman pembelajaran mereka. iii) Proses Penghasilan Motor untuk menghasilkan tingkah laku yang diingini, keperluan kemahiran tertentu adalahh penting. Contohya, apabila seseorang remaja itu memilih untuk bertingkah laku devian maka remaja te rsebut perlu tahu bagaimana untuk bertingkah laku devian. Sekiranya remaja memilih untuk menjadikan pergaduhan sebagai tingkah laku devian maka dia terlebih dahulu perlu tahu bagaimana untuk bergaduh dengan orang lain. melalui pemerhatian, kanak-kanak dapat mempelajari cara bertindak balas yang baru
dan bersesuaian dengannya dan seterusnya akan berj aya sekiranya berlaku latihan dan pertumbuhan fizikal (Badura, 1977). iv) Proses Peneguhan dan galakan Bandura dan beberapa pengkaji yang lain telah bersetuju me ngenai perbezaan antara pemerolean dan prestasi tidak balas baru. Individu yang memperoleh tidak semestinya akan menggunakan penget ahuan tersebut. Prestasi dapat ditingkatkan sekiranya diberikan peneguhan dan perbezaan galakan. Contohnya, individu yang bertingkah laku devian lazimnya diterima oleh rakan sebaya dan dianggap sebagai hebat dalam kalangan remaja sendiri. Pengiktirafan yang diberikan oleh rakan sebaya apabila bertingkah laku menyebabkan remaja semakin seronok dan gemar untuk melakukannya. Sebaliknya sekiranya tidak mendapat pengiktirafan attau dibenci, lazimnya perkara tersebut akan diupakan atau tidak dilakukan (Bandura, 1977).
Kesimpulannya, teori pembelajaran sosial menekankan persek itaran mempengaruhi bagaimana seseorang itu bertingkah laku. Pengkaji percaya bahawa remaja bertingkah laku devian bukan disebabkan keinginannya tetapi melalui proses perhatian dan peniruan tanpa menyedari bahawa bukan semua perkara boleh dijadikan contoh. Kesannya wujudlah tingkah laku devian dalam kalangan pelajar. pernyataan ini selaras dengan kenyataan Renfrew (1977), iaitu pemerhatian merupakan satu proses pembelajaran tanpa melibatkan pengalaman lepas secara langsung. Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui motivasi yang diberikan. Di samping itu, kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas meninton filem tingkah laku yang agresif. Mahmud (2001) menyatakan bahawa tingkah laku agresif diplajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu. Bandura (1997) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran. Persekitaran yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1997) menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen boleh dipiih m empengaruhi daripada yang lain. perkara ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON Menurut Erikson (1963), manusia berkembang sepanjang hayat. Proses perkembangan yang dialami menjurus kepada perkembangan identity. Erikson juga menyatakan bahawa individu akan mula bermasalah apabila individu gagal untuk menangani krisis yang wujud. Erikson juga telah membahagikan perkembangan manusia kepada beberapa peringkat. Alam remaja merupaka perigkat keempat iaitu genital.
Erikson (1963) menyatakan bahawa pada waktu ini remaja mengalami kekeliruan identity. Remaja akan berfikir untuk membina identity ego, rasa siapa seseorang itu dan peranan dalam tahap sosial. Krisis ini merupakan identiti lawan kekeliruan peranan. Disebabkan remaja tidak mengenali diri mereka dan masih mencari-cari identity. Maka untuk menyelesaikan masalah ini mereka akan mudah terpengaruh dengan kumpulan yang popular. Menurut Crain (1992), dalam mencari pengajaran identity mereka meletakkan diri mereka dan yang lain sebagai “ujian kesetiaan” mereka boleh bersikap kumpulan, tidak boleh bertoleransi dan kejam dalam penyingkiran mereka yang berlainan. Erikson (1963), menyatakan setiap individu beranggapan bahawa identity adalah sintesis daripada identifikasi. Hal ini bermakna, identifikasi setiap individu diperlihatkan melalui kebolehan yang dimiliki. Contohnya pandai bermain alat muzik, melukis, bermain bola atau cara berjalan. Kesemua kebolehan ini sebenarnya akan membentuk identity ego. Bagi remaja, walaupun mempunyai identity tersebut, tetapi ia tidak cukup lagi untuk membuat segala keputusan dan kebolehan. Contohnya seorang pelajar sekolah menjadi harapan ibu bapanya untuk mendapatkan kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Di sekolah dia mempunyai ramai kaan yang berbeza latar belakang keluarga dan budaya. Di sini, dia akan mengalami kekeliruan untuk memilih sama ada mengikut kemahuan keluarga atau memilih untuk mnentang harapan keluarga dan bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Jadi, sebelum membuat sebarang keputusan, dia perlu memikirkan identifikasi dan mencipta identity baru. Menurut Gill (1992), perkembangan keremajaan selaras dengan tugasan untuk mmbentuk pemilihan identity kendiri yang unik. Ii bermakna, sekiranya remaja gagal dalam pembentukan identity ini makan akan wujudlah kekeliruan dan kekecewaan maka mereka degan m udah akan terdedah kepada gejala sosial contohnya terdapat sesetengah remaja yang mengikuti ideology sesat dalam membina fahaman diri. kumpulan Punk atau skin head amat mudah dibezakan kerana mereka menggayakan pakaian yang ketat, memakai tindik di telinga sebelah kanan dan memainkan muzik mental yang dikatakan sebagai imej mereka. Kumpulan sesat ini lebih terdedah kepada tingkah laku devian seperti mengambil minuman keras, terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti pil ecstasy dan pil kuda serta mengamalkan seks bebas.
Banndura. (1963). Module 4 : Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran Teori Pembelajaran Social (Bandura). (24 Julai, 2007) Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Clffs. New Jersey: PrenticeHall Erikson, E. (1963). Childhood and Society. New York: Norton.