KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI
TAJUK TUGASAN 1 TUGASAN 2 : PDK adalah pusat jagaan untuk pelbagai kategori berkeperluan khas. Anda dikehendaki membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat biodata bagi dua kategori orang kurang upaya (OKU) atau murid berkeperluan khas yang mendapat jagaan di PDK berhampiran tempat tinggal anda. Bincangkan apakah sumbangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PDK kepada dua OKU yang anda pilih.
KUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING: KAMALIAH BT MUHAMMAD TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012
ISI KANDUNGAN
Perkara Pendahuluan Maklumat Kajian 2.1 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Terpilih 2.2 Subjek Kajian A 2.3 Subjek Kajian B 3.0 Sumbangan dan Perkhidmatan di PDK 3.1 Pusat Intervensi Awal OKU 3.2 Pusat Advokasi OKU 3.3 Pusat Pemulihan OKU 3.4 Pusat Sumber Maklumat OKU 3.5 Sumbangan/penglibatan pihak luar 4.0 Rumusan Rujukan 1.0 2.0
1.0
Halaman 3 4 4 6 7 8 8 10 11 12 12 13 13
Pendahuluan
Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu program yang menekankan penglibatan aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha pemulihan orang kurang upaya. 2
Ia telah dimulakan di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1983 dan merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti harian, kemahiran motor kasar dan halus, pra-sekolah dan kemahiran sosial. Semenjak tahun 1983 hingga Disember 2004 terdapat 293 pusat Pemulihan Dalam Komuniti di seluruh negara. Berdasarkan rujukan Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) merupakan salah satu program latihan bagi orang orang kurang upaya yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini pada mulanya telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Antara objektif Pemulihan Dalam Komuniti diwujudkan ialah untuk mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat komuniti tempatan, memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga dan komuniti tempatan., menyediakan peluang jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti, menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka dan membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya. PDK merupakan satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Perkhidmatan-perkhidmatan
yang
disediakan
oleh
PDK
ialah
Pusat
Pendaftaran OKU, Pusat Rujukan OKU, Pusat Intervensi Awal OKU (EIP), Pusat Sumber maklumat OKU dan Pusat Advokasi OKU. Sejajar dengan itu, satu pemerhatian telah dijalankan di sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti di daerah Batu Pahat bagi mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diberikan oleh PDK tersebut. Dua orang penghuni telah dikenalpasti sebagai subjek kajian dalam pemerhatian ini. 2.0
Maklumat Kajian
Pemerhatian yang telah dilaksanakan adalah merupakan satu kajian kes mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di PDK berhampiran. Menurut Stake (2000),
3
kajian kes boleh membuktikan secara tidak terhad dalam menambah untuk memahami, memperluaskan pengalaman dan meningkatkan keyakinan tentang sesuatu subjek. 2.1
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Terpilih
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang telah dipilih ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rengit yang beralamat Lot 187, Jalan Muhibbah, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor. Telah dibuka secara rasminya pada 25 Julai 1998 oleh Yang Di Pertua Juita Negeri Johor, Y.A.D. Datin Proffesor Jamilah Binti Ariffin S.M.J. PDK Rengit menjalankan operasinya di sebuah rumah banglo setingkat dan dihuni oleh seramai 75 orang individu berkeperluan khas yang berumur antara 6 hingga 27 tahun yang mengikuti beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok. PDK tersebut diusahakan oleh 12 orang petugas PDK yang telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada ahli keluarga pelatih PDK tersebut. PDK tersebut mempunyai beberapa ruang yang menempatkan bilik terapi, bilik peralatan aktiviti fizikal, ruang makan dan dapur serta bilik komputer.
Foto 1 : Papan tanda yang menunjukkan Perasmian Pembukaan PDK Rengit.
4
Foto 2 : Sebuah rumah banglo yang berfungsi sebagai PDK bagi masyarakat Rengit.
Foto 3: Salah satu sudut yang menempatkan peralatan-peralatan aktiviti yang dijalankan di PDK.
Foto 4: Sebahagian pelatih dan petugas PDK Rengit.
5
2.2
Subjek Kajian A
Subjek A merupakan seorang individu perempuan berkeperluan khas yang dilahirkan pada 4 Ogos 1994. Kini subjek A berusia 18 tahun. Subjek merupakan anak ke 6 dari 8 adik beradik. Subjek A disahkan mempunyai masalah pembelajaran kategori sindrom down. Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran. Antara ciri-ciri fizikal yang dikenalpasti termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Foto 5: Borang Pendaftaran Subjek A di PDK
6
2.3
Subjek Kajian B
Subjek B merupakan kanak-kanak lelaki berkeperluan khas yang dilahirkan pada 22 Oktober 2006 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kini subjek menetap di Rengit, Batu Pahat bersama neneknya berdasarkan temubual dengan pembantu di PDK tersebut. Subjek B mempunyai masalah pembelajaran dan disahkan oleh pakar perubatan bahawa subjek B mengalami masalah autisme. Autisme atau autistik adalah satu kategori ketidakupayaan atau suatu gangguan perkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola bermain dan perilaku terbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum anak berusia dua atau tiga tahun. Dalam konteks ini, Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanakkanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Kebiasaannya, sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak diketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981).
Foto 6 : Surat Beranak Subjek B
7
Foto 7 : Subjek B 3.0
Sumbangan dan Perkhidmatan di PDK
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan di PDK Rengit, dapat disimpulkan bahawa antara beberapa perkhidmatan yang telah diberikan oleh PDK kepada kedua-dua subjek kajian ialah perkhidmatan dari aspek intervensi awal, advokasi, dan pemulihan. 3.1
Pusat Intervensi Awal OKU
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Program Intervensi Awal ialah satu program yang biasanya dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun yang telah di diagnos sebagai mempunyai 'specific/general developmenyal delay' atau dalam lain perkataan 'kelewatan pertumbuhan'. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kedua-dua subjek telah mendapat dan sedang dalam proses pembelajaran melalui program intervensi atau Kelas EIP di PDK. Pihak PDK telah menggunakan menggunakan modul asas yang diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Garis Panduan Latihan Intervensi awal bagi kanak-kanak berumur 0-6 tahun. Antara bentuk-bentuk intervensi yang telah dijalankan adalah dalam bentuk pendidikan khas iaitu penekanan terhadap kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, dan kemahiran pengurusan diri. Walaupun subjek A telah berumur 18 tahun, namun umur mentalnya masih dalam skala bawah 6 tahun. Oleh sebab itu, modul asas yang 8
digunapakai untuk subjek B turut sama digunakan untuk program intervensi subjek B. Program dijalankan 5 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari.
Foto 7 : Garis Panduan Latihan Intervensi Awal bagi Kanak-kanak 0-6 tahun
Foto 8: Contoh Borang Penilaian Individu Aspek kemahiran Pengurusan Diri.
9
Foto 9: Contoh Borang Penilaian Individu Aspek kemahiran Pengurusan Diri. 3.2
Pusat Advokasi OKU
Makna Advokasi yang jelas ialah "Bercakap (Berusaha) Untuk Diri Sendiri", tetapi mungkin ramai yang mempunyai tanggapan dan terjemahan tersendiri, walau apapun yang diungkapkan itulah maknanya, tetapi yang paling penting ialah jawatankuasa, penyelia dan petugas-petugas PDK serta lain-lain kakitangan PDK harus dan mesti memberi peluang kepada pelatih OKU untuk menyuarakan sendiri pandangan, kehendak dan keperluan OKU. Disamping itu, PDK perlu mewujudkan keadaan atau sistem pemulihan, pembelajaran dan latihan kearah advokasi. Antara program yang boleh disediakan ialah menyediakan ceramah, kursus dan latihan untuk advokasi kepada pelatih OKU di PDK dan termasuklah kedua-dua subjek kajian. Bagi subjek A yang sudah setahun berada di PDK Rengit, kemahiran kraftangan asas dapat dihasilkan contohnya anyaman tikar menggunakan kertas, mewarna lukisan dan menguruskan tanaman dengan membersihkan tanaman berpasu. Bagi subjek B yang baru mendapat pendedahan pembelajaran di PDK, tidak banyak hasil yang dapat dilihat, namun subjek B terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak PDK. Di Pemulihan Dalam Komuniti Rengit, secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PDK tersebut mengamalkan kemahiran advokasi contohnya dalam aktivitiaktiviti permainan, aktiviti kraftangan dan aktiviti yang membentuk kemahiran sosial.
10
Foto 10 : Antara hasil kraftangan penghuni PDK Rengit. 3.3
Pusat Pemulihan OKU
Terapi ini merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan atau pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. Terapi yang banyak digunakan di PDK ialah fisioterapi, terapi cara kerja, terapi permainan dan juga terapi muzik. Di PDK Rengit, petugas PDK akan mengatur aktiviti-aktiviti pemulihan dan aktiviti luar PDK yang berbentuk terapi bagi keperluan pelatih di PDK tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah terapi muzik, terapi air, terapi kuda dan terapi bowling. Setiap terapi yang dijalankan mempunyai matlamat tertentu. Contohnya terapi kuda memberikan peluang kepada pelatih PDK untuk lebih berkeyakinan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Terapi muzik merupakan satu n satu kaedah terapi yg menggunakan muzik sebagai perantaraan bagi mengembalikan, memelihara dan pemulihan kaedah emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih normal. Terapi bowling pula memberi pendekatan kepada pelatih PDK untuk memperkembangkan ciri kognitif dan fizikal. Terapi air pula memberi pendedahan kepada pelatih agar lebih berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti air.
11
Foto 11: Aktiviti terapi air yang dijalankan oleh pelatih PDK. 3.4
Pusat Sumber Maklumat OKU
PDK haruslah menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh memberi maklumat kepada OKU, ibubapa/penjaga dan keluarga OKU, Jawatankuasa dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain, seperti buku-buku mengenai Kategori dan Jenis-Jenis Kurang Upaya, buku-buku mengenai pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan untuk OKU. Perkhidmatan internet amat perlu untuk memudahkan usaha mendapatkan maklumat secara 'online'. Berdasarkan pemerhatian di PDK Rengit, pengkaji mendapati Pemulihan Dalam Komuniti tersebut sememangnya menyediakan info-info yang berkaitan sebagai bahan rujukan kepada pelatih dan keluarga peltih yang hadir ke PDK tersebut. Pengkaji merasakan, keluarga kedua-dua subjek juga mendapat inisiatif yang dilakukan oleh pihak PDK dalam mengembangkan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan programprogram yang berkepentingan dengan individu berkeperluan khas. 3.5
Sumbangan/penglibatan pihak luar
Pemulihan Dalam Komuniti Rengit mempunyai hubungan gabung jalinan yang baik dengan pihak NGO. Berdasarkan temubual bersama petugas PDK, subjek A yang merupakan seorang pelatih yang dikategorikan sindrom down turut bergiat aktif dengan programprogram yang dianjurkan oleh pihak KIWANIS yang merupakan sebuah persatuan untuk individu sindrom down. Ia hasil kerjasama yang diwujudkan antara PDK Rengit dengan pihak KIWANIS. 12
PIhak Rotary Club juga selalu mengadakan lawatan ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rengit dari semasa ke semasa. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak Rotary Club adalah dalam bentuk sumbangan kewangan dan bentuk tenaga contohnya mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan. Pihak perseorangan juga tidak berkecuali dalam menghulurkan bantuan kepada pihak PDK yang sentiasa memerlukan bantuan kewangan dan tenaga kerja dalam bentuk sukarelawan. 4.0
Rumusan
Secara umumnya, Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu
bentuk program yang
berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini. Pusat PDK menyediakan tempat latihan dan kelas bimbingan bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit sindrom down, autisme ringan atau kecacatan anggota dan mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya malah ia terbukti antara program pemulihan yang berkesan dari segi kos dan merupakan kaedah yang berkesan dipilih oleh institusi pemulihan OKU. Program pemulihan yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Ia mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti
perlu
sedar
akan tanggungjawab
masing-masing
ke
atas
kanak-kanak
berkeperluan khas Objektif tertubuhnya PDK adalah untuk memastikan seorang individu agar berkemahiran menguruskan diri seadanya mengikut tahap kelainan upaya yang dimiliki. Kerjasama dan sokongan dari semua lapisan masyarakat adalah amat penting dalam memastikan program PDK yang dirancang agar tercapai matlamatnya. Rujukan Abd. Rahim
Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books.
13
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamila K.A Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor : PTS. Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. 2005. Special Education . New Jersey :
Pearson
Education Inc. Lewis, A. & Norwich, B. 2005. Special Teaching For Special Children. New York: Open University Press. Marylyn Friend. 2006.Special Education: IDEA 2004:Update Edition. New York: Pearson. Mohd Sharani Ahmad. 2004. Special Children. Universiti Putra Malaysia: Press
Aremes
(M) Sdn .Bhd. Nancy Hunt & Kathleen Marshall, 2005. Exceptional Children And Youth. United states: Patricia A. Coryell. Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas. 2009. Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha. 2006. Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM Laman Web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html http://www.ceritarasahati2.com www.gwgf.org.my/ www.jkmwpkl.gov.my/...pdk/pemulihan-dalam-komuniti-pdk
14