FORUM 2 Sejauhmanakah dasar pendidikan menjadi penentu kepada pencapaian murid
Dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara, justeru dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar yang telah digubal akan menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program dasar pendidikan. Melalui penggubalan dasar kebajikan dalam pendidikan kita dapat melihat bahawa kebajikan pelajar diutamakan dan terjamin kerana kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan contohnya menawarkan biasiswa, Baucer Buku 1 Malaysia, pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh dan yuran pendidikan percuma. Kemudahan prasarana, bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelajar untuk menerima pendidikan secara efektif serta persekitaran sekolah yang kondusif. Biasiswa dan wang pinjaman turut ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Dasar pendidikan yang digubal juga bertujuan membawa pembaharuan dalam kalangan pelajar menerusi pendidikan. Melalui dasar inovasi dalam pendidikan yang bersifat futuristik-pragmatik, guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran yang kreatif dan menarik contohnya mendedahkan bahan pengajaran yang berasakan IT dan multimedia yang lebih menarik minat pelajar serta mudah difahami dengan adanya animasi atau video pendek berbanding dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Kaedah pengajaran berasaskan multimedia sesuai digunakan dalam setiap tahap pendidikan dan sanagat mempengaruhi tahap pencapaian murid. Selain itu juga, dasar solusi dalam pendidikan bukan sahaja merancang dan melaksanakan pendidikan bagi pelajar normal, malah turut merancang dan melaksanakan dasar pendidikan khas bagi pelajar berkelainan upaya seperti pelajar bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan dan pendengaran. Dasar sekolah khas telah diperkenalkan khusus bagi pelajar berkelainan upaya atau berkeperluan khas. Terdapat tiga jenis program pendidikan khas iaitu sekolah pendidikan khas (SPK), program inklusif dan program pendidikan khas integrasi. Dasar sekolah khas ini adalah bagi menyediakan kemudahan bagi pelajar berkeperluan khas sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi meningkatkan tahap pencapaian murid berkeperluan khas. Melalui dasar pendidikan yang telah digubal, dapat dilihat bahawa kerajaan berusaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia agar pendidikan di negara kita terus berkembang standing negara-negara maju.
Dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara, justeru dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar yang telah digubal akan menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program dasar pendidikan Dasar pendidikan yang digubal merupakan usaha membangunkan modal insan akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Ia juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Sebagai contoh, pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan memberi pendedahan kepada pelajar dan mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal pengetahuan, pemahaman, kemahiran praktikal dan presentasi kepakaran dalam bidang pengajian seperti matematik, sains, dan pendidikan sosial serta berkebolehan menggunakan ICT dengan baik. Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan teras yang terkandung dalam dasar pendidikan turut memberi fokus dan strategi pelaksanaan seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar dengan mewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pilihan pendidikan memberikan peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang yang diminati dan dapat mengasah bakat serta kemahiran sedia ada pelajar contohnya sekolah sukan serta sekolah seni. Hal ini tidak dapat dinafikan akan meningkatkan prestasi serta pencapaian pelajar. Melalui penggubalan dasar kebajikan dalam pendidikan kita dapat melihat bahawa kebajikan pelajar diutamakan dan terjamin kerana kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan contohnya menawarkan biasiswa, Baucer Buku 1 Malaysia, pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh dan yuran pendidikan percuma. Kemudahan prasarana, bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelajar untuk menerima pendidikan secara efektif serta persekitaran sekolah yang kondusif. Biasiswa dan wang pinjaman turut ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.