1
Tugas guru adalah mendidik pelajarnya menjadi insan yang berguna.
disiplin merupakan satu daya kawalan sosial
HUKUMAN HUKU MAN ROT ROTAN AN WAJAR DILAKSANAKAN BAGI MENDISIIPLINKAN PELAJAR
pendekatan dendaan yang disyorkan islam
tindakan terakhir setakat diizinkan oleh peraturan sekolah
hukuman biasa yang dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan kecil
2
3
Soalan 7: Hukuman Rotan Wajar Dilaksanakan bagi Mendisiplinkan Pelajaran Sirih lipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara; Pemanis kata selamat datang; Awal bismillah pembuka bicara. bicara.
Berpaksikan tema hukuman rotan membuatkan saya berdiri di pentas yang megah dengan penuh gah pada hari yang penuh barakah. Terima Kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, yang berbahagia, En. Azman Bin Aris selaku pemberi ilmu yang setia, seterusnya, warga dewan, rakan taulan seperjuangan bakal pendidik harapan bangsa sekalian. Assalammualaikum dan dan salam pertemuan. Sebelum bicara terus diatur, sebelum tirai minda dikuak, sebelum rasional hujah menerjah ke otak, manis rasanya saya memperkenalkan tajuk pidato saya.. “Hukuman rotan wajar dilaksanakan bagi mendisiplinkan pelajar”. Itulah kalimat yang ingin saya kongsikan bersama pada hari ini. Sidang dewan sekalian, Sebelum kita mengorak langkah lebih panjang, ayuh sama-sama kita hayati definisi tiap kata dalam tajuk pidato saya. Berpandukan Kamus Dewan edisi keempat, “hukuman” dapatlah diertikan keputusan atau pertimbangan yang dibuat oleh hakim ( jika dalam mahkamah) . Kamus ini seterusnya pada halaman 1344 menggariskan “rotan” sebagai memukul atau menyebat dengan rotan (sebagai hukuman). Penerokaan ke helaian bernombor 1795 membawa saya kepada maksud terperinci perkataan “wajar”. Ia membawa maksud memang begitu ( tidak dibuat-buat dibuat -buat atau ditambah). Seterusnya, izinkan saya menyampaikan maksud tersirat bagi kata “dilaksanakan”.Kamus keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka ini menyatakan maksud tersirat bagi perkataan dilaksanakan adalah dijalankan.Kata “bagi” didefinisikan sebagai untuk, buat, guna seperti yang tercatat pada muka surat 103. Kamus tebal ini juga ada menyatakan maksud “mendisiplinkan”. Halaman 356 mencatatkan maksud disebalik kata tersebut adalah adalah membuat supaya berdisiplin. berdisiplin. 4
Akhir sekali, “pelajar”. Sebagaimana dirujuk dalam halaman 21 merupakan, orang yang belajar. Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan disini, tajuk pidato saya pada pagi ini bertunjangkan pertimbangan yang dibuat oleh seseorang untuk mengenakan sebatan harus dibuat untuk melahirkan individu berdisiplin. Dalam konteks ini, individu yang dilihat adalah insan yang masih dalam proses menuntut ilmu. Sidang saksi bermisi. Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan virus influenza A, H1N1. Sehingga kini, virus tersebut telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia. Di negara kita sahaja, angka yang terkorban meningkat dengan mendadak. Sehubungan dengan itu, World Health Organisation (WHO) telah mengishtiharkan H1N1 sebagai satu pandemik yang besar. Maka, kementerian pelajaran pula harus mengumumkan pandemik barah salah laku pelajar disekolah. Institut pendidikan di Malaysia telah menerima pelbagai penghargaan antaranya di peringkat UNESCO, Komenwel dan sebagainya. Namun, masalah disiplin pelajar bukan semakin berkurang, tetapi semakin bertambah dari semasa ke semasa.Di mana silapnya sehingga pelajar sekarang secara terbuka berani mencabar undang-undang? Pengajaran guru kurang berkesan?atau silap didikan ibu bapa? atau sistem pendidikan tidak lagi efisyen? atau masalah pelajar sendiri yang tidak sedar diri? Warga dewan yang budiman, Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang kritikal. Setiap hari ada sahaja masalah disiplin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun majalah. Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di sekolah. Sama ada kita sedar atau tidak, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut permasalahan pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan tertekan. Itu belum lagi masalah yang berlaku di luar kawasan sekolah seperti samseng jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak, ponteng sekolah, juvana, seks bebas dan lain-lain. Statistik polis menunjukkan pada tahun 2007 sebanyak1,837 kes jenayah dan membabitkan 3,383 pelajar ditahan. Namun begitu, pada tahun 2008 kes jenayah meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan. Itu belum lagi dilihat statistik kaum hawa yang selama ini 5
dikenali sebagai insan yang lemah lembut. Akhbar tempatan tempatan bertarikh 3 Ogos tahun ini mencatatkan, bilangan pelajar perempuan yang terlibat dalam masalah disiplin meningkat sejak tahun 2005. Pada tahun tersebut, 514 kes dicatatkan. Dua tahun berikutntya, 2007, ia meningkat kepada 673 kes. Segala program yang dirancang ibarat air besar, sampan tak hanyut. Sejajar dengan itu, tanggal 6 april yang lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengumumkan, kementerian itu akan mengambil satu anjakan paradigma dengan menguatkuasakan kembali Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959, khususnya hukuman rotan. Beliau juga menambah, kali ini, satu prosedur khas pelaksanaan hukuman itu akan dikeluarkan. Cuba kita fikirkan, dimana rasionalnya hukuman hukuman ini dijelmakan kembali setelah lama lama dikuburkan? Sidang hadirin dan hadirat, Apa sebenarnya tugas guru? Mengajar atau mendidik? Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapannya, mengajar dan mendidik. Nah, jika begitu, insan yang dipanggil cikgu haruslah mendidik pelajarnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mari sama-sama kita imbas sejarah lampau, persekolahan tiga hingga empat dekad yang lalu, jika guru merotan pelajar, ia perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa. Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu kepada ibu bapa. Aduan itu akan menjadi seperti bakar air, hendakkan abu. Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat. Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana mengambil tindakan berkenaan.Malangnya, senario masa kini cukup berbeza, hukuman rotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang melakukan perbuatan itu mungkin menerima hukuman ibu bapa. Ada ibu bapa mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan anak mereka. Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya disimpan dalam laci meja dan akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal. Lantaran itu hadirin, haruslah kita akui, rotan itu bukan untuk mendera, tetapi untuk mendidik. Warga dewan berwibawa, 6
Kebanyakkan guru-guru guru-guru di Malaysia amat berminat berminat dengan pendekatan pendekatan Barat yang menekan kebebasan serta perkembangan emosi tanpa gangguan fizikal. Namun kita harus sedar, lain padang, lainlah belalang. Negara kita yang tercinta ini dihuni pelbagai kaum dan agama. Budaya berbagai kaum dan agama mewarnai disiplin pelajar. Justeru itu, kita harus mencorak pelajar kita, mengikut acuan kita sendiri.Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur, agar proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) dapat berjalan dengan licin dan lancar. lancar.
Justeru itu, aspek disiplin disiplin murid
hendaklah diberi perhatian khusus oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah dan keluarga. Hal ini, sejajar dengan kehendak kementerian pelajaran pada tahun 1981. Itu hampir 3 dekad yang lalu, adakah ia masih relevan? Sudah tentu ya, buktinya Datuk Dr. Dzulkarnain Rahman, Tokoh Guru Kebangsaan 2008 menyatakan, ketika beliau beliau bertugas sebagai sebagai pengetua, beliau beliau berjalan dari kelas ke kelas dengan membawa rotan. Pelajar yang berkeliaran tanpa tujuan, akan dirotan dan selepas itu baru beliau akan bertanya kenapa mereka bebas ke sana ke sini.Hasilnya, pelajar di sekolah menengah itu berdisiplin dan guru-guru mudah menyampaikan pelajaran. Warga dewan berkarisma, Merotan atau juga disebut “ corporal punishment ” adalah tindakan terakhir setakat yang diizinkan oleh peraturan sekolah. Ada ketikanya hukuman rotan menyebabkan para pelajar mendapat pengajaran. Ada juga menyebabkan pelajar mempunyai perasaan dendam terhadap guru dan bertindak balas. Kata orang tua, mereka ini tak dapat tanduk, tanduk, telinga dipulas. Sangat Sangat bertepatan dengan
pepatah rambut sama sama
hitam hati lain-lain Dalam hal ini, pihak sekolah menjadi serba salah. Ibu bapa kadangkala hilang arah dalam mendidik anak
dan akhirnya, akhirnya, pemuda pemuda pemudi pemudi
harapan bangsa bangsa tonggak negara negara ini menjadi mangsa. mangsa. Sekiranya ibu bapa datang datang „menyerang,‟ guru-guru guru-guru akan patah hati. Apabila guru-guru patah hati, murid-murid akan terbiar dan prestasi sekolah merudum. Benarkan, seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Akan tetapi, harus diingat hukuman rotan yang dikenakan janganlah lebih jengkal daripada jari dan, jika merotan sekailpun, janganlah secara terbuka. Hal ini ada dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 7/2003, hukuman rotan di khalayak ramai adalah dilarang. „Menyerang‟ 7
guru atau membawa masalah ini ke tengah, bukanlah alternatif terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. melanda. Ini bukan bukan sahaja memadamkan semangat guru untuk mendidik, malah hubungan pelajar dengan guru juga akan bertambah keruh. Cuba kita sama-sama fikirkan, kelak, siapa yang akan rugi? Tepuk dada, tanya selera. Sidang penonton yang penuh santun, Junjungan mulia, nabi kita, nabi Muhammaad S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, “Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud). Jika kita bandingkan hukuman yang dikenakan dari perspektif islam dan Kementerian Pelajaran, pasti kita akan nampak persamaan. Pendekatan dendaan yang disyorkan oleh Islam, digunakan dalam sistem pendidikan masa kini.Masa yang secukupnya harus diberikan kepada pelajar agar mereka dapat mengubah sikap. Amaran demi amaran diberikan sebelum dipanggil untuk sesi kaunseling. Jika semua itu bagai mencurah air ke daun keladi, keladi, satu tindakan tegas harus dilaksanakan. dilaksanakan.
Pensyarah Pusat
Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar, menganggap kesesuaian hukuman rotan bergantung kepada usia anak atau pelajar. Dari segi psikologi, bagi pelajar sekolah menengah hukuman rotan adalah langkah terakhir, tetapi bagi murid sekolah rendah, ia tidak sesuai. Namun, itu tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak boleh dihukum. Elakkan memukul di bahagian sensitif seperti muka, perut atau kepala. Pukul pula jangan terlalu kuat, cukup sekadar memberi 'pengajaran dan peringatan' supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Khalayak dewan yang saya muliakan, Dalam satu kajian yang dijalankan Reynolds (1977), membuktikan bahawa, sekolahsekolah yang kadar hukuman deranya yang tinggi mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah yang lain. Dalam erti kata yang lain, jika guru menjatuhkan hukuman atas niat untuk mendera, maka, kemelut yang melanda dunia penididikan akan menjadi seperti sutera yang kusut. Hukuman yang bersifat 8
mendera ini cuma membantu meningkatkan lagi perasaan kecewa yang bersarang dalam diri pelajar. Abdullah Salleh (1979) dalam kajiannya menunjukkan, menunjukkan, faktor yang mengakibatkan
berlakunya
vandalisme
dalam
kalangan
pelajar
disebabkan
perasaan ingin membalas dendam pada pihak sekolah. Mereka berasa senang hati dan cukup gembira melihat segala kemudahan yang disediakan musnah. Ada juga yang kononnya ingin menunjukkan kekuatan. Justeru, saya ingin ulang kembali apa yang telah saya katakan sebelum ini, rotan itu bukan untuk mendera, tetapi untuk mendidik. Suka saya menambah, ada dua jenis hukuman yang boleh diguna pakai oleh pihak sekolah, ringkasnya hukuman biasa dan hukuman berat. Hukuman biasa yang dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan kecil adalah seperti, hukuman rotan, denda, amaran dan penahanan. Berdiri di atas bangku, berdiri di depan kelas menahan pelajar selepas waktu sekolah adalah hukuman yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada diri pelajar. Warga dewan tunjang negara, Kekalutan kemelut yang merunsingkan kita kini merupakan bahan perbincangan yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Pelbagai tingkat sosial masyarakat memandang serius soal disiplin dalam kalangan pelajar. Hasrat untuk meningkatkan taraf disiplin kerap kali mendapat liputan di halaman hadapan dan lidah pengarang akhbar tempatan. Hakikatnya, guru merupakan insan yang sentiasa mendapat perhatian
utama
masyarakat.
Guru
merupakan
golongan
berdedikasi
dan
mempunyai latihan sebagai ahli ikhtisas yang dapat menyemai dan memupuk sikap,norma dan nilai sosial seiring dengan permintaan setempat. Tuntasnya hadirin, pembentukan disiplin disekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu hadirin, masih adakah dalam kalangan kita meragui kewajaran
pelaksanaan
hukuman
rotan?
Sekian
dahulu
dari
saya,
Assalammualaikum dan dan salam pencorak negara negara
9
RUJUKAN Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka www.utusan.com.my/utusan/ http://www.malaysiakini.com/news/48011 http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=414 Mok Soon Sang (2000) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Omardin Ashaari (1996) Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2003) Kamus Pepatah, Bidalan dan Perumpamaan, Kuala Lumpur : PTS Professional. Suliati Asri (2009) 3 OGOS 2009, Kuala Lumpur ( Harian Metro) http://sinchan.wordpress.com/2007/07/26/ http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/10/sok http://perkhidmatanpelajaran.blog spot.com/2008/10/sokong-kembalikan-hukumanong-kembalikan-hukumanrotan http://ibnuhasni.blogspot.com/2009/06/salah-laku-pelajar-salah-siapa.html
10
11