Materi Bisnis Internasional Manajemen-S1Full description
Materi Bisnis Internasional Manajemen-S1Full description
isu isuFull description
Patriotisme
Deskripsi lengkap
Full description
Kemitraan strategis
makalah
Kursus Polisi & Isu-isu SosialFull description
Chapter 18Full description
ISU PEMBUANGAN BAYI Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Pada hari ini saya akan menyampaikan pengucapan awam tentang isi yang semakin hari semakin serius di Negara Negara kita iaitu isu isu pembuangan bayi. Sedih, pilu,ngeri dan tidak tidak berperasaan berperasaan dapat digambarkan digambarkan tentang kes pembuangan pembuangan bayi di Malaysia.Nasib ciptaan Allah ini di pandang ringan oleh sesetengah manusia dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang di ciptakan tanpa nyawa.Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku di mana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang terlibat dalam isu ini mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan adalah semata-mata untuk memuaskan diri sendiri tanpa memikirkan ia hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu jani yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi melalui media cetak atau media elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun sehingga membuatkan membuatkan banyak pihak berasa risau dengan keadaan ini. Kebanyakan bayi yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam menjadi tempat bayi-bayi malang ini di temui. Mereka dilayan tanpa belas kasihan dan dibuang begitu sahaja demi menutup malu dan menjaga maruah. Walaupun telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan seperti kempen dan denda 20 tahun penjara kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini, isu ini makin menjadi-jadi sehingga sehingga tidak dapat dibendung lagi. Islam dan agama utama di Malaysia yang lain mengharamkan dan mencegah penggguguran dan pembuangan bayi dalam kalangan masayarakat kerana ia dianggap membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ An-Nisa’ ayat 93, ‘Maksudnya: Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahannam, kekal dia didalamnya dan allak murka kepadanya kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar’ Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gelaja ini. Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak menjadi penyebab. Tetapi ibu bapa tidak harus dipersalahkan sertaus peratus dalam hal ini kerana ada ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna tetapi apabila anak mereka meningkat dewasa, mereka membawa haluan sendiri sehingga lupa akan ajaran dan nasihat ibu bapa. Maka, anak- anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak serta media elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Semua ini akan menyebabkan mereka terjebak dalam lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah. Tetapi semuanya bergantung kepada diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau sebaliknya.
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama bagi membendung isu ini. Remaja-remaja ini ibarat kapal yang tiada nakhoda sekiranya mereka tidak dibimbing dengan betul. Mereka harus sedar bahawa gejala pembuangan bayi adalah satu kesalahan yang amat kejam. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Inikan kita, satu ciptaan Allah yang begitu hebat dimana kita diberi mata, telinga, kaki, tangan, hati, perasaan dan akal untuk digunakan bagi membezakan antara perkara yang baik dan sebaliknya. Renung-renungkanlah…….. TQ