contoh soalan bahasa melayu tingkatan 2Full description
ISU SEMASA BAHASA MELAYU Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan? Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi mahupun tidak rasmi. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Bukti terbaru, Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana barubaru ini. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan mengikut mengikut struktur Bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. Rentetan Rentetan itu, Bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai mempunyai tahap keterbukaan keterbukaan dan toleransi toleransi yang begitu tinggi,kepada tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta (Sanskrit). Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima menerima nasib yang sama seperti ‘dinossours’ ‘dinossours’ yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti seperti sains sains dan teknolog teknologi, i, undangundang-und undang, ang, pendidika pendidikan, n, perbanka perbankan, n, kompute komputerr dan internet. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan perlembagaan
Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Gerakan “Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Terkini Bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi dan mendasari pentadbiran negara. Status sebagai bahasa Kebangsaan menyebabkan fungsinya digunakan dengan meluas dan berkesan di semua jabatan-jabatan kerajaan, swasta, dan badan-badan berkanun. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato Bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan Bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja dalam masyarakat dunia. Menelosori perkembangan isu semasa berkaitan Bahasa Kebangsaan ini, amatlah wajar untuk saya katakan bahawa Bahasa Melayu kini masih lagi dapat bertahan memainkan peranannya sebagai lingua franca selagi mana tiada pencerobohan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa. SYABAS DAN TAHNIAH!
Adiwarna oleh; Saiful Hisyam Mamat PISMP Pengajian Melayu – P2B