Peta i - T h i n k : : Meningkatkan minat dan prestasi pembelajaran murid bagi topik Prasejarah dalam mata pelajaran Sejarah Tahun Empat
Muhammad Zakwan b. Abdul Rahim
[email protected]
Abstrak
Cadangan kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah kaedah peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan minat dan tahap tahap kefahaman murid Tahun Empat terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Kumpulan sasaran bagi kajian saya ini terdiri seramai 15 orang murid yang terdiri te rdiri daripada 7 orang responden lelaki dan 8 orang responden perempuan tahun empat dari salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kajian tindakan ini menggunakan tiga jenis alat pengumpulan data iaitu ujian, soal selidik dan temu bual. Data yang dikumpul dalam kajian ini akan dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Terdapat dua set ujian yang terdiri daripada aneka pilihan yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu praujian dan pascaujian. Ujian-ujian yang digunakan ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman, mengingat dan prestasi responden. Nilai min dan peratus akan dikira bagi melihat perubahan prestasi responden. Sekiranya terdapat peningkatan nilai min dan peratus, kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini mampu untuk meningkatkan tahap prestasi responden terhadap topik Prasejarah. Soal selidik dan temu bual pula akan digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kefahaman dan minat responden terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Data yang diperoleh daripada alat pengumpulan data data ini akan memberikan bukti keberkesanan penggunaan penggunaan kaedah peta peta i-Think terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah.
Konteks
Abad ke-21 telah memaksa sistem pendidikan di Malaysia untuk membuat satu transformasi dalam memperbaharui taraf dan sistem pendidikan yang sedia ada kerana kehendak dan keperluan dalam sistem pendidikan abad ke-21 adalah lebih fleksibel, dinamik, mencabar, kreatif dan lebih kompleks (Hashimah & Amir, 2013). Oleh itu, bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia sejajar dengan sistem pendidikan abad ke-21, kerajaan Malaysia telah memikirkan satu langkah penyelesaian dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan harapan dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Salah satu aspirasi dalam PPPM 2013-2025 ini ialah setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). 1
Oleh itu, merupakan tugas dan tanggungjawab guru bagi mendukung dan merealisasikan aspirasi yang telah termaktub dalam PPPM 2013-2025. Justeru, guru perlu merancang kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang akan dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Kaedah yang diplih itu perlulah menepati dan seuai dengan objektif di atas supaya dapat mendorong murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya dapat melatih murid menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghubung kait dengan isi pembelajaran yang dipelajari dan dapat berfikir di luar konteks akademik biasa. Fokus Kajian
Kajian tindakan yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengukur keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Masalah yang dihadapi murid dari kelas Tahun Empat akan ditetapkan sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran ini adalah murid sukar untuk mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam mata pelajaran Sejarah serta kurang berminat untuk mempelajari dan mendalami mata pelajaran Sejarah. Dalam Brandt et. al (2001) menunjukkan bahawa murid menghadapi kesulitan dalam memahami konsep dan mengingati fakta isi pelajaran yang dipelajari (Nakhleh, 1992). Oleh itu, penggunaan peta pemikiran i-Think merupakan satu kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi membantu meningkatkan kefahaman murid serta mengingati isi-isi penting sesuatu topik yang dipelajari di dalam kelas dengan mudah. Hal ini disebabkan peta pemikiran i-Think melibatkan unsur grafik, warna, penggunaan perkataan yang ringkas dan tidak berulang-ulang serta mempunyai bentuk yang spesifik mengikut fungsi yang telah ditetapkan. Konsep ini dapat memudahkan murid untuk mengingati apa yang dibaca dan seterusnya dapat menunjukkan kefahaman tentang sesuatu topik yang dipelajari. Novak (2010) telah membuktikan pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui strategi pengajaran dan pembelajaran melalui pengaplikasian peta konsep. Justeru, peta pemikiran i-Think ini sudah semestinya amat berkesan dalam membantu meningkatkan kefahaman, minat serta prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Pelan Tindakan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur keberkesanan penggunaan peta pemikiran iThink dalam meningkatkan minat dan prestasi murid Tahun Empat dalam mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Model yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Model Kurt Lewin (1984) iaitu peringkat perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk membuat penilaian tentang situasi semasa bagi mengenal pasti masalah dalam bilik darjah yang akan dikaji. Pelaksanaan Pelan Tindakan
2
Responden dikenal pasti menghadapi masalah dalam memahami dan meminati isi pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tahun Empat. Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah ini merupakan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 bagi sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairan mengapa murid kurang menunjukkan minat dan sukar untuk memahami isi pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Tinjauan awal untuk mendapatkan bukti atau fakta akan dilaksanakan bagi menentukan soalan yang bersesuaian sebagai fokus kajian. Masalah yang dihadapi ini dikenal pasti melalui pemerhatian dan tinjauan yang dibuat terhadap responden semasa sedang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Sumber literatur juga dikumpul dan diperolehi sebagai panduan serta sokongan kepada kajian tindakan yang hendak dijalankan ini. Sumber literatur yang diperolehi dan dikumpul ini mempunyai perkaitan dengan kajian tindakan yang akan dijalankan kerana tinjauan literatur yang dibuat ini adalah untuk menghuraikan kajian lepas yang dibuat serta teori-teori yang berkaitan dengan kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Seterusnya adalah pemilihan responden sebagai kumpulan sasaran yang ditetapkan dalan kajian ini. Pemilihan kumpulan sasaran dilakukan secara terperinci berdasarkan beberapa aspek iaitu bilangan responden, jantina, jawatan, prestasi akademik dan ciri-ciri unik lain sekiranya ada. Pemilihan kumpulan sasaran perlu dilakukan secara terperinci supaya masalah yang ingin dikaji dapat menunjukkan keputusan yang lebih tepat selepas kajian dilaksanakan serta dapat melihat perubahan yang berlaku sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan ke atas kumpulan sasaran tersebut. Instrumen pengumpulan data dalam kajian ini terdiri daripada praujian, posujian, soal selidik dan temu bual. Soalan ujian bagi praujian dan pascaujian terdiri daripada soalan objektif dan soalan pemahaman tentang topik Prasejarah. Soalan yang dihasilkan bersesuaian dengan aras kognitif responden tetapi terdiri daripada pelbagai aras kesukaran seperti yang terdapat pada hierarki Taksonomi Bloom dan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini dapat mengukur keberkesanan serta memperolehi keputusan yang lebih tepat dan terperinci terhadap prestasi murid dalam penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think. Soalan tersebut akan digunakan semula dalam pascaujian namun urutan soalan diubah supaya dapat mengelakkan responden daripada menghafal jawapan seterusnya dapat membuktikan keberkesanan langkah intervensi yang dijalankan. Kaedah Pengumpulan Data
Ujian akan ditadbir melalui pelaksanaan praujian dan pascaujian. Praujian merupakan satu ujian yang akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden terhadap topik yang telah ditetapkan iaitu topik Prasejarah. Praujian juga akan dapat membantu mengenal pasti miskonsepsi dan memberikan maklumat tentang gambaran awal pencapaian responden tentang topik tersebut. Pascaujian pula merupakan ujian yang akan dijalankan kepada responden untuk melihat peningkatan tahap kefahaman dalam mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah selepas responden didedahkan dengan penggunaan peta pemikiran iThink. Pascaujian diberikan kepada responden setelah selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik Prasejarah tersebut. Di samping itu, pascaujian turut berperanan untuk menilai keupayaan responden dalam memahami dan mengingati fakta-fakta penting 3
dalam topik Sekolah Kebanggaan Saya secara khusus. Pascaujian yang disediakan adalah sama soalan yang terdapat pada praujian namun berbeza dari segi urutan soalan. Kaedah soal selidik pula dijalankan ke atas murid bagi mendapatkan persepsi responden tentang penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think sama ada dapat membantu meningkatkan kefahaman dan minat responden terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah atau sebaliknya. Kaedah ini dijalankan sebelum dan selepas responden didedahkan dengan penggunaan peta pemikiran i-Think sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Kaedah terakhir yang digunakan untuk mengumpul data adalah temu bual. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk memperoleh pendapat dan tanggapan peribadi responden tentang keberkesanan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think dalam sesi penagajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Kaedah ini bertindak sebagai triangulasi kepada soal selidik untuk meningkatkan kesahan data yang diperoleh dan dikumpul. Temu bual ini akan dijalankan kepada responden yang terpilih yang terdiri daripada responden yang menerima markah tertinggi, sederhana dan rendah dalam pascaujian dalam kalangan kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Temu bual ini melihat dari aspek kefahaman, minat, penglibatan dan perasaan responden selepas didedahkan dan menggunakan peta pemikiran iThink dalam mata pelajaran Sejarah. Data yang diperoleh dan dikumpulkan hasil daripada temu bual yang dijalankan akan ditranskripkan dan dianalisis secara kualitatif . Dapatan Kajian dan Perbincangan
Kajian yang akan dijalankan telah dinterpretasi melalui dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaeda kualitatif. i.
Ujian Pra dan Pasca
Rajah 1. Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap Responden
Ujian pra
Ujian pasca R1
R15
100
R2
80 R14
R3 60 40
R13
R4
20 0 R12
R5
R11
R6
4 R10
R7 R9
R8
Rajah 1 menunjukkan perbezaan markah dan peratusan peningkatan ujian pra dan ujian pasca bagi setiap responden. Responden R15 mencatatkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 70 peratus. Manakala responden R1, R2 dan R3 mencatatkan peningkatan paling rendah iaitu sebanyak 30 peratus. Walaupun mencatat peningkatan paling rendah, responden R1, R2 dan R3 telah memperolehi markah penuh dalan ujian pasca termasuk responden R4 dan R6. Walau bagaimanapun, kedua-dua situasi tersebut menunjukkan bahawa kaedah peta pemikiran i-Think yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini berjaya meningkatkan tahap ingatan dan prestasi responden dalam topik Prasejarah bagi mata pelajaran Sejarah tahun Empat.
Jadual 1 Perbezaan min markah bagi ujian pra dan ujian pasca (N=15) Ujian
Min Markah (%)
Ujian pra
45.3
Ujian pasca
90.7
Rajah 2. Perbandingan min markah bagi ujian pra dan ujian pasca (N=15) 100 90 80 70
) % ( 60 h a k r 50 a M n i 40 M
30 20 10 0 Ujian Pra (Sebelum intervensi)
Ujian Pasca (Selepas intervensi)
5
Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan perbezaan min markah antara ujian pra (sebelum intervensi) dan ujian pasca (selepas intervensi) setelah penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran. Terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua min markah ujian yang diperolehi. Ujian pra mencatatkan min markah sebanyak 45.3 peratus. Manakala, min markah bagi ujian pasca pula mencatat sebanyak 90.7 peratus. Data menunjukkan bahawa terdapat kenaikan yang tinggi antara min markah ujian pra dan min markah ujian pasca. Kenaikan tersebut adalah sebanyak 45.4 peratus. Perbezaan ini menunjukkan perubahan yang positif terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think. Data membuktikan fakta sejarah dapat diingat lebih tekal serta mampu meningkatkan prestasi pembelajaran apabila kaedah peta pemikiran i-Think digunakan dalam pembelajaran.
ii.
Soal Selidik
Jadual 2 Hasil kutipan data melalui soal selidik pasca bagi aspek minat (N=15) Aspek
Minat
Item
1. Saya minat belajar Sejarah 2. Saya seronok belajar Sejarah 3. Mata pelajaran Sejarah tidak membosankan saya 4. Saya suka kaedah baru guru mengajar dalam mata pelajaran Sejarah 5. Saya suka memberikan perhatian semasa guru mengajar Sejarah 6. Saya minat dengan cara guru mengajar Sejarah
Ya Bilangan Peratu responde s n (%) 15 100
Tidak Bilangan Peratu responde s n (%) 0 0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
Jadual 2 menunjukkan dapatan data bagi aspek minat hasil maklum balas melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada semua responden selepas intervensi dijalankan. Data menunjukkan kesemua responden (100%) telah menyatakan kaedah peta pemikiran i-Think yang digunakan semasa pembelajaran mata pelajaran Sejarah telah menarik minat mereka untuk belajar. Kesemua item mencatatkan semua responden menjawab ‘Ya’ yang menunjukkan mereka bersetuju bahawa peta pemikiran i-Think telah menarik minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tiada seorang responden yang tidak bersetuju 6
dengan kaedah peta pemikiran i-Think ini tidak mampu untuk menarik minat mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Kesimpulannya, kaedah peta pemikiran i-Think berjaya untuk menarik minat responden untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan data yang telah dikutip seperti yang telah ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 3 Hasil kutipan data melalui soal selidik pasca bagi aspek ingatan (N=15) Aspek
Ingatan
Item
1. Saya bermotivasi untuk membuat latihan Sejarah yang diberikan oleh guru 2. Saya dapat menjawab soalan-soalan bagi mata pelajaran Sejarah dengan mudah. 3. Saya dapat mengingati dengan mudah isi pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah 4. Saya tidak menghadapi kesukaran dalam mengingat apa yang diajar oleh guru bagi mata pelajaran Sejarah 5. Fakta-fakta yang ada dalam mata pelajaran Sejarah amat senang untuk saya ingati 6. Saya berasakan bahawa cara guru mengajar membantu saya mengingati isi pelajaran Sejarah
Ya Bilangan Peratu responde s (%) n 15 100
Tidak Bilangan Peratu responde s (%) n 0 0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
15
100
0
0
Jadual 3 menunjukkan hasil data yang diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diberikan kepada responden selepas intervensi dijalankan. Maklum balas ini adalah berkenaan aspek ingatan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan data yang diperolehi kesemua responden (100%) bersetuju bahawa mereka dapat mengingati isi pelajaran Sejarah yang dipelajari dengan lebih baik dan mudah apabila guru menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think semasa pengajaran dan pembelajaran. Kesemua item mencatatkan semua responden menjawab ‘Ya’ yang menunjukkan mereka bersetuju bahawa 7
peta pemikiran i-Think telah memudahkan mereka untuk mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah. Tiada seorang responden yang tidak bersetuju dengan kaedah peta pemikiran i-Think ini tidak dapat membantu mereka mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah. Kesimpulannya, kaedah peta pemikiran i-Think berjaya untuk membantu dan memudahkan responden untuk mengingat isi pelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan data yang telah dikutip seperti yang telah ditunjukkan dalam Jadual 3.
iii.
Temu Bual
Dapat menjawab soalan dengan baik dan betul Seronok menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran
Membantu responden dalam pembelajaran
Hasil temu bual dengan respoden
Dapat mengingat fakta-fakta yang dipelajari
Kurang menarik sebab tidak dapat lukis seperti peta minda
Mudah difahami
Ringkas dan tersusun
Temu bual telah dijalankan bagi menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua. Temu bual dilaksanakan selepas intervensi dijalankan kepada responden. Berdasarkan kepada temu bual yang telah dilaksanakan, didapati murid telah memberikan maklum balas yang positif dan menyokong bahawa pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-Think membantu dan memudahkan mereka untuk mengingat isi pelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, mereka menambah bahawa peta pemikiran i-Think memudahkan mereka untuk memahami isi pelajaran kerana ringkas dan tersusun. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa responden
8
yang menyatakan peta pemikiran i-Think ini kurang menarik kerana tidak dapat melukis pada peta tersebut seperti peta minda.
Refleksi dan Implikasi
Kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab dua persoalan kajian iaitu adakah penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think berkesan untuk meningkatkan prestasi murid Tahun Empat dalam mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah dan adakah penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think mampu meningkatkan minat murid Tahun Empat dalam mata pelajaran Sejarah bagi topik Prasejarah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, rumusan yang boleh dirangkumkan oleh pengkaji tentang persoalan pertama adalah penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think dalam pengajaran guru telah dapat menbantu responden meningkatkan prestasi dan ingatan terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran dalam topik Prasejarah. Berdasarkan kepada keputusan daripada analisis dan dapatan kajian, terdapat perbezaan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan oleh responden bagi topik Prasejarah selepas penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran. Berdasarkan keputusan ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah peta pemikiran i-Think ini telah dapat membantu responden dalam pembelajaran mereka di dalam kelas. Responden-responden telah dibantu oleh guru untuk mengingat isi pelajaran dengan baik. Kajian juga menekankan kepada beberapa aspek yang lain seperti kefahaman dan minat responden terhadap pembelajaran. Daripada aspek kefahaman, responden-responden mengakui bahawa mereka dapat memahami dengan lebih baik apabila menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran. Kefahaman terhadap pembelajaran merupakan aspek yang penting bagi membantu responden untuk mengingat dengan lebih tekal. Kefahaman yang baik dapat membantu responden-responden untuk mengingat isi pelajaran yang diajar dengan lebih baik dan tekal. Maklum balas responden-responden berkenaan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran apabila menggunakan peta pemikiran i-Think adalah positif. Kajian yang telah dilakukan ini memberi banyak kesan positif terhadap responden sepertimana kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dan tokoh ilmuwan sebelum ini.
Langkah Seterusnya
Berdasarkan hasil penyelidikan tindakan yang dijalankan, didapati bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan prestasi murid dan minat terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 4 dalam topik Prasejarah. Namun, kajian ini hanya menumpukan kepada satu topik sahaja. Justeru, terdapat beberapa cadangan bagi kajian lanjutan yang boleh dilakukan pada masa akan datang bagi penambahbaikan penyelidikan tindakan yang telah dijalankan. Pembelajaran berasaskan penggunaan peta pemikiran i-Think dapat diaplikasikan dalam topik-topik yang lain dalam mata pelajaran Sejarah. Dengan peningkatan prestasi murid dan minat terhadap pembelajaran dalam topik Prasejarah, peta 9
pemikiran i-Think seharusnya juga mampu memberikan impak positif terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik lan. Di samping itu, kajian penggunaan peta pemikiran i-Think ini juga boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran lain di sekolah. Contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, peta alir boleh digunakan untuk menunjukkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pula, peta titi boleh digunakan bagi menunjukkan analogi simpulan bahasa dan maksudnya. Seterusnya, pada masa akan datang kaedah pengumpulan data boleh dipelbagaikan lagi bagi memperolehi data yang lebih tepat dan tekal. Terdapat banyak lagi kaedah kajian untuk mengumpul data seperti pemerhatian dan analisis dokumen yang menggunakan lembaran kerja, buku log, jurnal, diari dan sebagainya. Di dalam penyelidikan tindakan ini, hanya kaedah ujian, soal selidik dan temu bual yang telah dijadikan sebagai alat untuk memperolehi data. Kaedah yang digunakan juga perlulah ditingkatkan mutunya seperti mempunyai kesahan yang lebih tinggi. Bagi menyediakan soalan ujian yang lebih bermutu contohnya, item ujian hendaklah disediakan daripada jadual penentuan ujian berdasarkan kepada tujuannya. Dapatan kajian juga akan mempunyai kesahan yang lebih tinggi apabila sampel dibesarkan dan bilangan soalan ditambah. Selain itu, dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan padat boleh diperoleh sekiranya masa bagi kajian dipanjangkan.
Rujukan
10 Sekolah laksana i-THINK. (2012, Mac 14). Harian Metro. Diperoleh daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10sekolahlaksanai-Think/Article Ary, D, Jacobs, L. & Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. (6th ed.). Belmont, CA : Wadsworth/Thomson Learning. Beadle, P. (2010). How To Teach. Wales, United Kingdom : Crown House Publishing Ltd. Bean, CJ. (2011). Engaging Ideas : The Professor’s guide to integrating writing, C ritical Thinking and Active Learning in the Classroom. San Francisco, SF : John Wiley & Son, Inc. Buzan, T. (2007). Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Cheras, Malaysia : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Buzan, T. (2011). Buzans Study Skills : Mind Maps Memory Technique Speed Reading. Edinburg Gate, United Kingdom : Pearson Education Linited. Carter, C. Bishop. J. & Kravits, L. S. (2010). Keys to Effective Learning : Developing Powerful Habits of Mind. New Jersey, NJ : Pearson Education, Inc. Erickson, H. L. (2007). Concept Based Curriculum and Instruction For the Thinking
10
Classroom. California, CA : A SAGE Publication Company. Fisher, R. (2007). Teaching thinking : Creating communities of enquiry in the classroom. Education Canada, Spring 2007. Henson, K. T. (2004). Constructivist Teaching Strategies For Diverse Middle-Level Classroom. New York, NY : Pearson Education. Holzman, S. R. (2004). Chapter 11 : A first language for thinking in a multilingual school. Dalam D. Hyerle, S. Curtis & L. Alper (Eds.), Student successes with thinking maps (pp.19-28). Thousand Oaks, CA : Corwin Press. Holzman, S. (2006). Thinking Maps : stratergy based learning for English language learners (and Others!). Diperoleh daripada http://www.thinkingfoundation.org/research/articles.html Hyerle, D. (2000). A field guide to using visual tools. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development. Hyerle, D. (2000). Transforming information into knowledge (2nd ed.). Thousand Oaks, CA : Corwin. Hyerle, D. & Alper, L. (2011). Student successes with thinking maps (2nd ed.). Thousand Oaks, CA : Corwin. Hyerle, D. & Williams, K. (2009). Bifocal assessment in the cognitive age : thinking maps for assessing content learning and cognitive processes. Diperoleh daripada http://www.thinkingfoundation.org/researcharticles.html Ili Liyana Mokhtar & Ling Poh Lean. (2012, Mac 14). Shifting focus to ‘thinking skills’. New Straits Times. Diperoleh daripada http://www.ithink.org.my/Home/Media/Newspaper Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan (edisi ke-3). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Sistem analisis peperiksaan sekolah. Diperoleh daripada http://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. (2013). Program i-THINK. Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Leohle, C. (2010). Becoming a Succesful Scientist : Strategic Thinking For Scientific Discovery. New York, NY : Cambridge University Press.
11
Long, D. & Carlson, D. (2011). Mind the map : how thinking maps affects student achievement. An-Online Journal for Teacher Research, 13, 1-7. Diperoleh daripada journals.library.wisc.edu/index.php/networks/article/download/…/49 Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikam. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Savich, C. (2009). Improving critical thinking skills in history. Networks, Fall 2009, 11(2), 42 50. Wormwrli, R. (2005). Summarization in any Subject : 50 Technique to improve Student Learning. Virginia, VA : ASCD Publication.
12