Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
67
PERKHID PERKHIDMATA MATAN N KAUNSEL KAUNSELING ING KELUARG KELUARGA: A: SATU SATU ALTERNA ALTERNATIF TIF DALAM DALAM PENGURUS PENGURUSAN AN KONFLIK KONFLIK RUMAHTA RUMAHTANGGA NGGA Siti Fatimah Haji Abdul Ghani Unit Bimbingan dan Kaunseling Universiti Putra Malaysia Haslee Sharil Lim Abdullah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya All marriages are subject to continuous challenges due to differences in values, feeling, lifestyle and attitude between the couple. If these differences are not dealt with properly, tension will build up causing stress that jeopardizes the marital relationship. This paper discusses conflicts which happen frequently in marriages. It also explores the contributory factors to the conflicts. Any conflict which is not handled well will bring adverse effects on one's marriage. If not resolved, the marriage may eventually end in divorce. The prevalence prevalence of marital marital conflicts creates a need for marital and family family counsel counseling ing services services.. The relevant relevant counsel counseling ing approa approaches ches,, techniques and skills are presented in this paper. It also elaborates on the concept of marriage and family.
Tajuk artikel ini akan diperjelaskan secara teliti dan mendalam dengan menyentuh empat perkara pokok iaitu perincian tentang perkahwinan, penjelasan tentang konflik suami isteri, huraian tentang kaunseling dan akhirnya penelitian secara umum tentang proses kaunseling kaunseling yang terlibat dalam menguruskan menguruskan konflik rumahtangga. rumahtangga. Perkahwinan merupakan satu jalinan yang kukuh berpandukan aspek penyatuan terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih sayang, kepercayaan, penghormatan, komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya. Perkataan 'perkahwinan' pada dasarnya bermula dari perkataan 'kahwin'. Kahwin bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Perkahwinan seterusnya bermaksud perihal berkahwin, berkahwin, pernikahan: pernikahan: ~ itu berlangsung dengan selamat (Dewan Bahasa, 2005, ms. 654-655). 654-655). Menurut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah, dan sunnah baginda Rasulullah S.A.W. Melalui perkahwin perkahwinan, an, individu individu akan dapat dapat mengelakk mengelakkan an diri dari melakukan melakukan perkara-perkara yang mungkar dan keruntuhan akhlak, akan menjaga diri dan terlindung dari perkara yang yang tidak tidak baik atau dosa. dosa. Perkahwi Perkahwinan nan juga membant membantu u individ individu u untuk untuk memelihara iman, akhlak dan Islamnya serta dapat menyempurnakan tuntutan agama. Seperti diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Rasulullah S. A. W. bersabda: Barangsiapa Barangsiapa beristeri beristeri (berkahwin) (berkahwin) bereiti ia telah memelihara sebahagian agamany agamanya. a. Kerana Kerana itu, itu, hendak hendaklah lah ia bertakw bertakwaa kepada kepada Allah Allah untuk untuk memelihara memelihara sebahagian sebahagian yang tinggal.
68
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
Perkahwinan itu bertujuan untuk memenuhi tuntutan naluri kemanusiaan, dari segi perhubungan jenis, pergaulan, berkasih sayang, bertimbang rasa dan cara yang halal untuk mendapatkan zuriat dan keturunan. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu menghalal dan membolehkan lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami isteri melalui akad nikah dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak. Betapa pun demikian, seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga atau berkahwin itu perlulah mempunyai keraampuan yang sempuma, umpamanya dari segi keinginannya, kesanggupannya mengeluarkan belanja (mahar), bempaya menanggung nafkah isteri dan sebagainya. Maka jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna, pastilah kehidupan rumahtangga akan terjamin dan seterusnya mampu menjadi sebuah keluarga bahagia, harmoni, berkat, aman damai, serta berkekalan. Namun tidak dinafikan bahawa perkahwinan yang pada asalnya dibina atas dasar saling kasih-mengasihi berkemungkinan jua dilanda konflik. Dan jika konflik yang melanda tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin, ia boleh menjurus kepada perkara yang lebih buruk seperti perceraian. Maka isu ini dikatakan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan rasional menggunakan perkhidmatan kaunseling keluarga. Falsafah Perkahwinan Menurut Islam Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud; Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya, Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah. (Surah al-Rum, ayat 21) Kejadian alam ini terasa begitu unik dan indah. Ia sekaligus menunjukkan kebesaran Allah yang menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh keredhaan dan keberkatan. Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia. Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
69
Definisi Konflik Definisi konflik pada asasnya bermaksud "perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan Iain-lain: beliau memberi amaran kepada orang-orang yang hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini: cerita itu penuh dengan ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik bermaksud berselisihan, bertentangan, terlibat dalam sesuatu konflik" (Dewan Bahasa, 2005, ms. 814) Konflik dalam rumahtangga pula merabawa maksud sebarang bentuk perselisihan atau pertentangan antara ahli keluarga khususnya suami dan isteri. Perselisihan yang wujud membawa banyak spekulasi dalam hidup berumahtangga yang berkemungkinan besar boleh mengganggu sistem keharmonian rumahtangga tersebut. Konflik ini melibatkan gangguan kepada beberapa elemen penting sesebuah institusi kekeluargaan iaitu perasaan, pemikiran, tingkah laku dan sistem kepercayaan serta konsep nilai. Konflik suami isteri pula berlaku disebabkan terdapat situasi di marra hubungarr, peranan, komunikasi, pemikiran, dan sistem kepercayaan pasangan adalah tidak sejajar dengan falsafah dan konsep perkahwinan. Tanda dan Punca Konflik Menurut Mat Saat Baki (1985), terdapat beberapa tanda konflik yang perlu disedari dan diberi perhatian secukupnya oleh pasangan suami isteri agar sesuatu konflik dapat diredakan. Di antaranya adalah ketiadaan nilai kasih sayang dan sikap mesra antara suami isteri, berlakunya gangguan emosi dan sistem kepercayaan, wujud masalah/gangguan komunikasi, sentiasa bertentangan pendapat dan perasaan, pergaulan menjadi kurang baik, bersikap negatif dan tidur berasingan, merasa tidak tenang dan seronok untuk berada di rumah, tanggungjawab dan peranan suami isteri terabai, bermasam muka dan menyendiri, serta membawa haluan masing-masing. Pengesanan dan kesedaran awal tanda-tanda konflik ini memudahkan proses pemulihan perhubungan yang renggang. Terdapat banyak punca konflik dalam perhubungan suami isteri dan di antaranya adalah menghadapi masalah kewangan, sikap marah yang tidak terkawal, sikap cemburu yang melampaui batas, masalah di tempat kerja mengganggu ketenangan emosi, gangguan dan faktor luaran yang negatif, perbezaan sistem nilai dan budaya serta gaya hidup, menghadapi masalah kesihatan, ketiadaan sikap toleransi antara pasangan, suami isteri tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, ketiadaan perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain, kurang menghargai pasangan dan sikap suka mengungkit peristiwa-peristiwa lampau. Bentuk Konflik Menurut Haji Abdul Rahman Ahmad (1989) konflik rumahtangga boleh dibahagikan kepada 3 bentuk, iaitu: 1. Nusyuz (Kederhakaan daripada satu pihak) Bentuk konflik ini melibatkan kederhakaan yang dilakukan oleh satu pihak sama ada suami atau isteri. Nusyuz isteri biasanya disebabkan oleh beberapa perkara seperti keluar rumah tanpa izin suami, ingkar perintah suami, melawan cakap
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
71
Kaunseling keluarga pula bermaksud proses di mana seorang kaunselor membantu mereka yang sedang berkonflik. Matlamatnya ialah membantu mereka yang berkonflik untuk mengenal pasti perasaan diri serta punca konflik yang melanda. Seterusnya, membolehkan mereka yang terlibat mencari satu alternatif penyelesaian secara bijak dan rasional menerusi usaha bersama kaunselor (Fauziah Mohamad, 1998). Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang dipanggil kaunseling keluarga. Suami Isteri yang Memerlukan Kaunseling Menurut definisi kaunseling yang telah dinyatakan sebelum ini,ternyata setiap individu itu memerlukan kaunseling. Paling tidak, cukuplah jika mempunyai sedikit kemahiran kaunseling dalam menguruskan perihal konflik diri. Pun begitu, apabila perbincangan berkisar kepada konflik, maka pastinya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan suami atau isteri perlu mendapatkan perkhidmatan kaunseling (Fauziah Mohamad, 1998). Suami isteri yang memerlukan kaunseling adalah mereka yang situasinya sering berkonflik, sukar berinteraksi atau berkomunikasi, memerlukan bimbingan emosi, memerlukan ruang perbincangan dan perkongsian masalah, untuk mengenal pasti masalah yang wujud, menginginkan ketenangan, mengalami tekanan, ingin memahami diri, pasangan dan ahli keluarga, ingin mempertingkatkan kemahiran diri, ingin memulihkan keadaan yang tegang dalam keluarga, hilang perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain, berprasangka dan menghadapi cemburu yang melampaui batas. Matlamat Kaunseling Di antara matlamat utama kaunseling adalah untuk membantu klien mempertingkatkan tanggungjawab ke atas dirinya dan mampu membuat keputusan. Adakalanya ia bertujuan untuk memperbaiki imej diri yang negatif, memahami diri, pasangan dan orang lain yang signifikan. Klien juga dibawa untuk memahami situasi dan konflik yang melanda, mengenal pasti punca konflik, mengenal pasti jenis konflik, memilih alternatif dan bertanggungjawab dengan keputusan yang diambil. Ada masanya klien perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan memulihkan perhubungan, mempermudah dan menggerakkan perubahan tingkah laku dan perasaan, menjadi suami/isteri yang lebih produktif, membina kekuatan jasmani, emosi, rohani dan pemikiran. Fungsi dan Peranan Kaunselor Dalam sesi kaunseling, seseorang kaunselor berfungsi untuk membantu klien mengetahui dan memahami dirinya dan menggalakkan peluahan buah fikiran dan isi hatinya. Kaunselor adakalanya menolong mengubah tingkah laku klien, membantu klien membuat keputusan, menimbulkan rasa penerimaan dalam diri klien dan membentuk kemahiran daya tindak
72
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
klien. Jika perlu, kaunselor akan membantu klien memperbaiki imej diri yang negatif, membantu klien berfikir secara rasional dan waras, serta membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor juga membantu klien membaiki perhubungan dengan orang lain yang signifikan, membantu klien agar lebih sedar akan peranan dan tanggungjawab terhadap diri dan hubungan dengan orang lain supaya lebih mudah mengetahui perasaan orang di sekeliling mereka. Fungsi dan Peranan Klien Kejayaan sesuatu sesi kaunseling juga bergantung kepada komitmen klien untuk hadir pada masa yang dijanjikan, memberikan kerjasama dengan meluahkan perasaan tanpa menyembunyikan sesuatu, menghormati kaunselor, bersabar dan bertenang, bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil, mempunyai matlamat yang jelas, dan bersedia melakukan perubahan positif/menerima pandangan. Kejujuran dan keikhlasan klien amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling. Penelitian Secara Umum: Proses Kaunseling dalam Menguruskan Konflik Rumahtangga Pendekatan Kaunseling Individu
Terlebih dahulu, kaunseling individu diperkenalkan kepada kedua-dua suami isteri untuk meluahkan segala isi hati, supaya kaunselor dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci daripada kedua-dua pihak yang berkonflik. Tujuannya bagi membolehkan kaunselor bersifat adil dan saksama terhadap klien dan bukan hanya mendengar perasaan dan pengalaman sebelah pihak sahaja. Langkah-langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah (menggunakan pernyataan Siti sebagai contoh): Langkah 1: Membina hubungan Dalam sesi pertama, kaunselor akan menggunakan kemahiran melayan sama ada secara lisan atau bukan lisan bagi membina hubungan saling mempercayai antara klien dan juga kaunselor. Kemahiran melayan ini bertujuan meyakinkan klien untuk meluahkan perasaan hatinya tanpa menyembunyikan sesuatu. Dalam proses ini, kaunselor juga akan membuat penstrukturan. Penstrukturan merupakan langkah pertama dalam proses kaunseling. la juga ditakrifkan sebagai satu bentuk penjelasan mengenai proses kaunseling. Penstrukturan akan membincangkan empat aspek utama iaitu memberitahu klien tentang tujuan, tanggungjawab, fokus dan limitasi kaunseling. Antaranya meliputi unsur masa, tingkah laku yang dikehendaki, tahu peranan klien dalara proses kaunseling, peranan kaunselor, kekerapan sesi/limitasi, dan menjaga etika kerahsiaan yang dicurahkan. Langkah 2: Penerokaan masalah Pada peringkat permulaan kaunseling, langkah ini bertujuan untuk mengenai pasti masalah sebenar klien dan memahami diri klien. Kemahiran-kemahiran seperti mendengar dengan aktif, empati, respon lisan, meminta penjelasan dan menggalakkan klien meneruskan cerita amat diperlukan. Dalam peringkat ini, kaunselor akan menggunakan teknik-teknik
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
73
untuk meneroka masalah klien. Antaranya: 1. Kemahiran membuat parafrasa Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan menyatakan semula pernyataan klien menggunakan ayat yang lebih ringkas tanpa menambah apa-apa idea. Sebagai contoh, Klien:" Setiap malam, saya tunggu dia di rumah selepas saya balik dari tempat kerja, tetapi apa yang saya dapat hanyalah seperti menunggu bilik kosong, katil kosong, semuanya kosong " Kaunselor: "Anda tidak dapat tunggu dia." 2. Kemahiran membias Kemahiran ini seolah-olah hampir sama dengan parafrasa, tetapi membias lebih memfokus kepada konotasi perasaan atau emosi yang dibawa datam sesuatu mesej yang disampaikan oleh klien. Teknik ini digunakan untuk memahami pengalaman klien seolaholah dari sudut pandangan klien, menggalakkan klien meluahkan perasaan mereka dan menyedarkan klien tentang sesuatu perasaan yang dialaminya. Antara contohnya: Klien: "Saya dan dia selalu bertengkar, bergaduh tak habis-habis. Saya tak tahu apa nak buat lagi... .saya macam putus asa saya tak tau macam mana nak buat dengan hubungan sayani...." Kaunselor: "Anda sangat kecewa dengan pertengkaran yang tak mendatangkan sebarang hasil dan tidak tahu pula macam mana nak memperbaiki keadaan ...." 3. Kemahiran merumus Kemahiran ini pula digunakan untuk menonjolkan perkara-perkara yang penting atau tema-tema yang dibawa oleh klien semasa proses kaunseling. la juga bertujuan untuk memudahkan usaha memfokus permasalahan supaya kaunselor boleh memberi bantuan tanpa mencari-cari apa masalah utama yang ingin diselesaikan klien. Contohnya: Kaunselor: "Dalam sesi ini, kita telah berbincang tentang suami anda dan perbalahan yang berlaku antara anda dengannya. Anda mengatakan anda merasa kecewa dan juga marah. Hubungan anda dengan suami anda tidak baik. Kita juga telah membincangkan tingkah laku atau tindakan yang anda telah jalankan terhadap suami anda." Selain daripada kemahiran-kemahiran tersebut, masih terdapat pelbagai kemahiran yang sering digunakan oleh kaunselor dalam usaha membuat penerokaan. Malahan kemahiran itu juga akan senantiasa digunakan oleh kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung. Antara kemahiran yang digunakan ialah seperti menyoal (soalan terbuka), interpretasi isi dan perasaan, melayan secara lisan dan bukan lisan, memberikan dorongan minimum, berempati dan sebagainya. Langkah 3: Penetapan matlamat Pada peringkat penerokaan masalah, klien dibantu untuk memahami masalahnya dengan lebih jelas berdasarkan perspektif klien itu sendiri. Perspektif klien ini mungkin tidak cukup luas, tetapi ia merupakan tahap permulaan untuk mengendalikan masalah itu nanti. Apa yang mustahak di sini ialah kebijaksanaan kaunselor dalam membantu klien
74
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
mendapatkan 'celik akal' (pemahaman kendiri yang rasional) dan berfikiran positif, Pada peringkat ini, terdapat 3 perkara yang harus dilakukan oleh kaunselor, iaitu membantu klien menyusun semula semua data atau maklumat yang diperolehi pada peringkat penerokaan masalah supaya klien dapat melihatnya dari perspektif yang lebih luas; raembantu klien untuk melihat masalah itu secara lebih objektif yang membolehkan klien menentukan matlamat yang sewajarnya iaitu cara mengendalikan masalah dan juga membantu klien menentukan matlamat berdasarkan pemahaman klien tentang masalahnya. Matlamat hendaklah realistik dan wajar serta boleh dilaksanakan. Keputusan tentang matlamat yang diambil mestilah berdasarkan nilai klien, bukan nilai kaunselor. Langkah 4: Pemilihan strategi Beberapa strategi boleh diaplikasikan oleh kaunselor dalam perihal membantu klien yang berkonflik. Strategi yang dimaksudkan di sini adalah daripada pelbagai teori kaunseling yang telah diterima pakai oleh semua pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antaranya ialah: 1. Strategi transferens Dalam kes ini, strategi yang dipilih ialah transferens, kerusi kosong dan penggunaan ganti nama diri. Dalam strategi transferens yang berdasarkan Teori Keluarga Psikoanalitik, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya dahulu kepada kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif. Konsep ini meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang signiflkan dalam hidupnya yang lampau. Dalam proses ini, seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor. Kaunselor cuba memahami curahan isi hati dan pengalaman ini, kemudiannya mentafsirkan kepada klien dan ahli keluarganya supaya mereka benar-benar memahami sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara tidak rasional. Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajamya dari segi intelektual dan emosi. Sebagai contohnya, Siti akan memindahkan perasaan dan pengalamannya semasa tempoh kedinginan hubungannya dengan suami kepada kaunselor supaya kaunselor dapat membantunya memahami dan mentafsir. Kaunselor di sini akan membantu klien untuk memahami perasaannya di ketika itu dan bekerjasama dengan kaunselor dalam pentafsirannya. 2. Strategi kerusi kosong Strategi kerusi kosong yang dikemukakan oleh teori Gestalt membenarkan klien berpeluang berlagak terkeluar daripada apa yang sepatutnya dan dia bersikap atau bercakap terhadap orang lain, yang digambarkan sebagai orang sedang duduk pada kerusi yang kosong. Peranan yang dimainkan ini akan membantu klien berhubung dengan bahagian dirinya sendiri yang mana mereka sendiri tidak sedar ataupun mungkin sengaja menafikannya. Memainkan peranan ini juga membolehkan klien meraptaikan dirinya dalam satu bentuk peranan baru yang akan dicubanya di luar kaunseling nanti. Raptai ini akan menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan klien bahawa tingkah lakunya yang
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
75
baru itu nanti memang boleh dijalankan. 3. Strategi penggunaan ganti nama diri Kaunselor juga menggunakan strategi penggunaan ganti nama diri dalam teori Gestalt kepada klien, Siti. Ini kerana Siti selalu menggunakan kata dia dalam sepanjang sesi kaunseling. Penukaran ganti nama dari 'dia' kepada 'saya' amat diperlukan, untuk merabantu klien memiliki tingkah laku diri dan lebih bereakap mengenai diridan bukannya orang lain. Pendekatan Kaunseling Keluarga
Setelah kaunseling individu, dapatlah kedua-dua pasangan memahami perasaan dan pengalaman yang telah mereka hadapi selama ini. Mereka juga sedar akan bahagianbahagian diri sendiri yang tidak sedar atau sengaja dinafikan serta lebih memberi tumpuan kepada tingkah laku atau perkara mengenai diri sendiri, Menurut pandangan Sistem Berorientasi Interpersonal yang dikemukakan oleh Goldenberg dan Goldenberg (1998), kaunseling akan lebih berkesan jika diberi fokus yang tinggi iaitu melibatkan kedua-dua pasangan. Kognisi mengetahui adalah keperluan bagi langkah pertama untuk mengurus semula sistem hubungan yang salah. Oleh itu, kaunselor dengan penuh hikmahnya mempersilakan mereka (Siti dan Ahmad) menyertai kaunseling keluarga untuk menyelesaikan masalah atau konflik rumahtangga mereka. 1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Dalam kaunseling keluarga, beberapa teori digunakan untuk membantu keluarga Ahmad dan Siti dalam menyelesaikan masalah keluarga mereka. Teori kaunseling keluarga Bowen adalah salah satu teori yang digunakan. Teknik rawatan yang digunakan ialah pulang ke rumah semula atau 'going home', 'Detriangulation', Perhubungan individu ke individu atau 'person to person relationship' dan menanya soalan. Dalam teknik rawatan Pulang ke Rumah Semula, kedua-dua pasangan dikehendaki pulang ke rumah semula untuk mengenali keluarga dengan lebih rapat. Teknik ini memudahkan pasangan suami isteri untuk membuat proses pembezaan dan memiliki kendiri yang lebih stabil. Sebelum mereka pulang ke rumah, mereka telah diajar untuk banyak bertenang dan bersabar menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Ini bermakna mereka akan kenal-mengenali semula antara satu sama lain dengan lebih rapat, di mana pertengkaran dan pergaduhan mereka akan diberhentikan atau ditukarkan dengan kesabaran dan ketenangan yang lebih. 'Detriangulation' pula melibatkan suami isteri untuk mempunyai kontrak dan berpisah secara emosi dari kalangan ahli keluarga. la beroperasi pada dua tahap. Pertama pasangan suami isteri akan menyelesaikan kebimbangannya mengenai keluarganya dan tidak membuat projeksi. Kedua, membantu mereka untuk tidak memberi fokus kepada diri sendiri apabila masalah muncul dalam keluarga. Dalam hal ini, tidak siapa yang akan dilempar-salahkan. Teknik perhubungan individu ke individu melibatkan kedua-dua pasangan yang
76
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
bercakap antara satu sama lain mengenai diri mereka sendiri. Mereka tidak akan bercakap tentang orang lain dan mereka tidak akan menjadi terlampau personal. Dalam keadaan ini, mereka boleh menerangkan sebab-sebab mereka bertingkah laku demikian, apakah perasaan mereka, apa yang mereka harap daripada pasangan dan Iain-lain. Selain itu, mereka juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan masalah akan membolehkan pasangan meluahkan perasaan untuk sama-sama difahami oleh pihak yang lain. Contoh soalan kepada isteri kepada suaminya,”kenapa kamu selalu keluar malam tanpa memikirkan perasaan saya?" "Kenapa kamu tidak sayang saya seperti dahulu?" Dengan soalan-soalan inilah isteri dapat memahami jawapan kepada soalan-soalan yang tidak ada jawapan selama ini. 2. Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial Teori kaunselktg Vftiuwgtt eksperieusial pula, teknik-teknik yang digunakan itdah modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, kenyataan 'saya', menuduh atau 'blamer' dan pengelak atau 'placater'. Bagi modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, dalam hal ini, beberapa teknik telah disenaraikan. Pasangan suami isteri akan dibawa melalui mana1 mana teknik berikut dalam keadaan yang lebih 'exaggerated' agar mereka akan sedar apa yang sedang berlaku dan apakah maklumat yang telah mereka sampaikan. Dengan ini, mereka boleh mengubah atau memilih cara komunikasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka amalkan selama ini. Kenyataan 'saya' melibatkan luahan dalam bentuk yang lebih peribadi dan lebih bertanggungjawab. la boleh menghasilkan keselarasan dalam proses komunikasi. la akan menjadi lebih berterus terang, tulen dan kenyataan yang sebenar dalam konteks yang lebih sesuai. la adalah serupa dengan penggunaan ganti nama diri dalam teori Gestalt. Menuduh adalah keadaan di mana seseorang yang suka menuduh akan mengalihkan fokus daripada dirinya kepada orang lain atau melepaskan dirinya daripada tanggungjawab. Manakala pengelak akan sentiasa melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang sering berlaku dalam konteks. Suami isteri yang selama ini berperanan sebagai penuduh dan pengelak akan ditunjukkan di dalam sesi kaunseling supaya mereka sedar lalu memilih cara komunikasi yang berkesan. 3. Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif Teori kaunseling keluarga tingkah laku dan tingkah laku kognitif telah memberi fokus kepada terapi perkahwinan, rawatan ketidakfungsian seksual, latihan keibubapaan dan Iain-lain. Terapi perkahwinan telah membantu pasangan suami isteri menjalankan fungsi perkahwinan dengan lebih baik. Terdapat 4 komponen dalam terapi tersebut, iaitu: a) Analisis tingkah laku mengenai tekanan yang dihadapi oleh pasangan, berdasarkan temuduga, laporan soal-selidik dan pemerhatian tingkah laku; b) Mewujudkan rasa positif yang bertimbal-balik, melalui teknik 'caring days' dan kontrak; c) Latihan kemahiran komunikasi, berlatih menggunakan kenyataan 'saya', fokus kepada masalah kini dan berlatih memberi maklum balas yang positif
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
77
kepada pasangan; d) Latihan menyelesaikan masalah, melengkapkan pasangan dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih khusus terhadap apa yang mereka perlukan, berunding dan membuat kontrak. Rawatan ketidakfungsian seksual secara umumnya banyak memperlihatkan rawatan terhadap mengurangkan aras kebimbangan dalam perlakuan seksual, pendidikan seks termasuk penggunaan teknik-teknik seksual, latihan kemahiran dalam komunikasi dan kaedah mengubah sikap dan perlakuan seksual. Ringkasnya, kaunselor bukan sahaja memberi rawatan ke atas pengalaman lampau, tetapi tumpuan juga diberikan kepada masalah kini dan akan datang, supaya dapat mencegah pengulangan tingkah laku yang akan membangkitkan masalah dalam kalangan ahli keluarga. Contohnya, teori kaunseling keluarga Bowen telah membantu klien dalam masa lampau manakala teori kaunseling keluarga tingkah laku dan tingkah laku kognitif membantunya dalam masalah kini atau akan datang. Di samping itu, teori kaunseling keluarga eksperiensial digunakan untuk mengatasi masa lampau dan kini. Namun perlu diingatkan bahawa keberkesanan proses kaunseling ini tidak hams diletakkan sewenang-wenangnya sebagai tanggungjawab kaunselor seorang. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam sesuatu proses kaunseling iaitu kaunselor dan klien. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian sudah pastinya proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna. Maka dengan ini wujudnya peranan kaunselor dalam membantu klien mendapatkan kefahaman tentang diri dan situasi yang dialami. Kerjasama antara kaunselor dan klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam meneapai matlamat kaunseling tersebut. Menerusi proses kaunseling, kaunselor akan menggunakan kemahiran memerhati yang lebih sistematik, berfikir dengan lebih mendalam dan menumpukan perhatian kepada maklumat-maklumat yang disampaikan oleh klien. Dengan itu, kaunselor dapat memahami klien dan sekaligus membolehkan klien memahami dirinya. Kaunseling dalam Pembentukan Keluarga Bahagia Sepertimana yang telah diperbincangkan sebelum ini, kaunseling mempunyai beberapa matlamat yang dibina bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan. Sehubungan itu, kaunseling dapat membantu pasangan suami isteri untuk menyedari tentang diri dan pasangan serta konsep perkahwinan itu sendiri dengan lebih mendalam. Apabila mereka menyedari semua itu, diyakini bahawa setiap klien yang mendapat celik akal akan mula sedar betapa pentingnya perkahwinan dan mula mengambil langkah sesuai untuk menguruskan konflik yang wujud selama ini. Berikut merupakan perkara-perkara yang diteroka menerusi proses kaunseling dan penelitian dari aspek Islam. Kesedaran tersebut boleh membantu klien dalam membentuk keluarga bahagia. Antaranya, seperti: 1. Klien dibimbing untuk memahami tujuan perkahwinan ialah mencari keredhaan
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
78
2.
3.
4.
5.
Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. Surah Al-Furqan ay at 74: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa." Membantu klien untuk menyedari bahawa perkahwinan dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah dilakukan ke arahnya. Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17: "Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Klien digalakkan untuk berfikir tentang hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga. Klien dibantu untuk meneliti perihal keagamaan. Seorang mukmin, sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, pemiagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24] Maka dengan ini, klien akan lebih memahami kedudukannya di sisi pasangan. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibu bapa. Klien diberi kekuatan untuk sedar akan hakikat hidup yang sebenarnya. Kaunselor membantu klien untuk akur bahawa pasangannya adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Begitu juga dengan dirinya. Oleh itu sekiranya pasangan melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Klien digalakkan untuk mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan antara suami dan isteri.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
79
Rumusan dan Kesimpulan Rumahtangga dan keluarga adalah amanah dari Allah s.w.t. ke atas para suami dan ayah. Dari itu ianya hendaklah dijaga, dipelihara dan diuruskan dengan sebaik-baiknya. Jangan diabaikan jauh sekali untuk dikhianati. Begitu juga, keluarga bahagia dan diredhai Allah tidak akan dapat dibentuk jika suami isteri tidak sama memainkan peranan ke arah membentuk keluarga tersebut. Setiap suami isteri bertanggungjawab untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya terhadap pasangan dan keluarga sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Tegasnya, untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan diredhai Allah itu, ianya hendaklah dibentuk dan diasaskan kepada nilai ajaran dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ianya tidak akan terbentuk melainkan dengan penghayatan Islam sepenuhnya sebagai ad-Diin yang syumul serta cara hidup yang sempurna dalam erti kata sebenar. Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan "sedangkan lidah lagi tergigit." Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya "kenapa aku marah?" "Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah?" Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga. Rujukan Arbuckle, D. S. (1975). Counseling and psychotherapy: An existential humanistic view (3rd ed.) Boston: Allyn & Bacon. Cottle, W. C, & Downie, N. M. (1970). Preparation for counseling (2nd ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Dewan Bahasa (2005). Kamus dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: DBP. Ee Ah Meng. (1999). Bimbingan dan kaunseling I. Shah Alam: Fajar Bakti. Fauziah Mohamad. (1998). Kaunseling rumahtangga. Batu Caves, Selangor: Pustaka Ilmi. Goldenberg, H., & Goldenberg, I. (1998). Counseling today's families. Monterey, CA: Brooks/Cole. Haji Abd. Rahman Ahmad. (1989). Bimbingan dan kaunseling dari perspektif Islam. Serdang, Selangor: Persatuan Siswazah Islam Universiti Pertanian Malaysia. Kitab Suci Al-Quran. Klang: Book Centre. Mat Saat Baki (1985). Asasperhubungan keluarga: Siri keluarga bahagia. Kuala Lumpur: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan.