KEBERKESANAN LAGU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Oleh: Edith Binti Indek Kamariati Binti Hussin I
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat melihat sejauh mana lagu dapat menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu subjek yang tidak disukai ataupun menghafal fakta-fakta dalam pelajaran bagi memudahkan memudahkan pelajar pelajar tersebut menjawab soalan soalan peperiksaan. peperiksaan. Kajian ini dijalankan di Sekolah Tanjung Batu,Tawau. Responden dalam kajian ini adalah seramai 60 orang yang yang terdiri daripada pelajar tahun 5. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu responden A sebagai kumpulan kawalan di mana guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pada kaedah secara eksperimen seperti lazimnya. Selain itu, kaedah kedua yang dijalankan ialah dengan menggunakan responden B sebagai kumpulan sasaran di mana guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan elemen lagu. Dapatan kajian kajian menunjukkan pencapaian responden kumpulan sasaran dalam kajian ini sangat baik dimana 90% dairpada responden dapat melabel dan menyatakan proses dan aplikasi sains dengan betul. Manakala responden kumpulan kawalan hanya menunjukkan 10% pencapaian yang baik. Ini menunjukkan penggunaan elemen lagu dalam pembelajaran amatlah berkesan.
Pengenalan Jika
seseorang pelajar bercita-cita mahu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
mana-mana mata pelajaran sekolah rendah maka mereka mestilah mahir dalam menghafal, mengira, mengeja, membaca, membina struktur ayat dan sebagainya. Seringkali para pelajar menyuarakan rungutan mereka terhadap masalah mahu mengingati fakta-fakta di dalam matapelajaran tertentu khususnya matapelajaran sains. Malah kadangkala perasaan bosan akan menjadi sandaran kepada masalah tersebut apabila para pelajar tiba kepada persoalan gagal untuk menghafal atau menjawab soalan dalam peperiksaan. Suatu masa dahulu, mata pelajaran Sains seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang susah, berat, memerlukan tumpuan yang amat serius.
1
Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda pelajar untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran sekolah rendah khususnya Sains dengan menggunakan elemen lagu (nyanyian). Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan µmemancing¶ para pelajar untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan para pelajarnya.
Justeru
itu, pengkaji cuba menggunakan
kemahiran nyanyian bagi menghafal gambar rajah berlabel dalam Sains. Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan nyanyian(bukti). Oleh kerana itulah, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan lagu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan lagu di dalam pengajaran subjek Sains khususnya untuk menghafal dan memahami gambar rajah berlabel seperti gambar rajah kitaran air dan sebagainya. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal dan menyebut struktur-struktur yang terdapat pada topik-topik mata pelajaran sains dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur±struktur yang terbabit di dalam matapelajaran tersebut malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan.
Pernyataan masalah
Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut, menghafal, melukis dan melabel gambar rajah- gambar rajah yang terlalu banyak yang perlu dihafal oleh mereka dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen lagu dan nyanyian di dalam aktivitin pengajaran dan pembelajaran.
Berbekalkan sedikit ilmu lagu yang ada pada pengkaji semasa di Institut Pendidikan Guru dahulu maka pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu murid-murid selama ini khususnya murid-murid yang baru menduduki Tahun 5 yang akan menduduki UPSR pada tahun berikutnya. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, murid-murid berasa agak sukar untuk mengingati sesuatu fakta khususnya namanama struktur yang terlibat di dalam sesuatu proses seperti contoh di dalam kitaran air. Mereka 2
ini tidak tahu mencari kaedah yang dapat membantu mereka untuk menghafal selain membaca berulang-kali.
Di samping itu, kaedah pengajaran bergantung kepada kaedah mengajar secara menyebut dan menghafal sahaja terlalu bersifat konvensional dan membosankan para pelajar. Selain itu, murid-murid juga mengalami masalah dalam menjawab soalan peperiksaan kerana tidak tahu untuk menulis dan menjawab dalam bahasa Inggeris.
Rasional Kajian
Kemahiran mengingati fakta merupakan asas bagi mencapai keputusan yang baik dalam setiap mata pelajaran semasa peperiksaan dijalankan.
Penekanan yang lebih harus harus
diberikan untuk menguasai subjek-subjek teras seperti sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kelemahan murid yang ketara dalam mengingati fakta-fakta penting sains menjadi kekangan utama untuk mendapat keputusan yang baik. Kelemahan dalam aspek ini perlu diberi fokus utama apabila mengajar murid-murid tersebut. Teknik dan kaedah dapat menrencanakan satu bentuk pengajaran yang baik, mudah dan menarik untuk murid-murid.
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar agar mampu menyebut dan menghafal nama-nama proses/langkah yang terbabit di dalam sesuatu fakta sains, menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan para pelajar dan secara tidak langsung menghapuskan rasa bosan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian ini juga bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan kaedah nyanyian untuk menghafal sesuatu fakta. Ini secara tidak langsung dapat memupuk dan mengasah bakat seni pada murid-murid tersebut.
3
Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di satu buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau.
Responden yang diambil terdiri daripada murid-murid tahun 5.
Kelas murid-murid murid-mur id
tersebut terdiri daripada tahap kecerdasan yang baik.
Kajian ini hanya bertumpu ke atas 60 orang responden yang terdiri daripada murid murid tahun 5 yang mengambil subjek Sains. Kajian ini juga hanya bertumpu kepada tajuk di dalam subjek sains Tahun 5. Para responden hanya diuji menghafal dan menyebut nama struktur-struktur yang terbabit di dalam subjek-subjek sains tersebut seperti ³ Ev aporation, aporation, Condensation Condensation and Percipitation´. Percipitation´.
Metadologi Kajian
Reka bentuk kajian
Alat Kajian
Dalam kajian ini 3 bahagian digunakan untuk mengumpul data seperti berikut iaitu; 1. Bahagian A : Pemerhatian (menjalankan (menjalankan aktiviti aktivit i pengajaran dan pembelajaran). 2. Bahagian B : Lembaran kerja 3. Bahagian C : Soal Selidik (Rujuk lampiran 2 contoh soalan) soalan)
Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan 32 orang responden yang dianggap kumpulan kawalan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid ini diajar tajuk ³The ³ The Water Cycle Song ´ iaitu mengenali struktur-struktur yang terlibat dalam kitaran air. Kumpulan pelajar ini diajar secara biasa iaitu tanpa menggunakan elemen lagu dan nyanyian. Kumpulan kedua merupakan 28 orang responden yang dianggap sebagai kumpulan eksperimen di dalam kajian ini iaitu kumpulan yang juga menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang diajar juga adalah sama seperti kumpulan kawalan iaitu kitaran air tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza iaitu belajar mengenali struktur-struktur yang terlibat dalam kitaran air secara menyanyi diiringi muzik. 4
Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku pembelajaran pelajarpelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan oleh pengkaji. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka dan bagaimana mereka memberi respon terhadap pengajaran guru (pengkaji).
Sementara itu dalam bahagian B pula, kedua-dua kumpulan responden diberi kertas lembaran kerja (rujuk lampiran) yang meminta mereka kitaran air.
Jawapan
yang diberi oleh
responden di dalam lembaran kerja tersebut kemudiannya akan disemak oleh pengkaji untuk dibuat perbezaan antara kedua-dua kumpulan.
Akhir sekali dalam bahagian C pula, soal selidik secara rawak ke atas kedua-dua kumpulan responden dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan kaedah pengajaran yang dijalankan. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dapat menyatakan pendapat secara bebas isi hati mereka tanpa berasa dikongkong oleh soalan.
Tempat kajian
Pemilihan ini juga bersesuaian dengan pendangan yang dikemukakan oleh Marshall dan Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian apabila hendak menjalankan sesuatu penyelidikan iaitu:
i.
Tiada halangan untuk menjalankan kajian.
Dalam hal ini, pengkaji mendapati guru-guru dan murid-murid memberikan kerjasama yang yang baik.
Pihak sekolah sekolah juga bersetuju bersetuju memberikan memberikan kerjasama kerjasama untuk
proses pengumpulan data.
ii.
Mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan data dengan baik, serta minat dan kerjasama daripada responden.
5
Dalam hal ini, pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir sekolah dan semua responden.
iii.
Berkemampuan untuk membina hubungan percaya-mempercayai percaya-mempe rcayai dengan responden. Dalam hal ini pengkaji mewujudkan suasana kemesraan serta saling mempercayai , hormat-menghormati
dan
sentiasa
bersedia
untuk
berbincang.
Pengkaji
telah
memaklumkan kepada responden tujuan kajian ini dijalankan.
iv.
Berkeyakinan Berkeyaki nan boleh mendapatkan data yang berkualiti berkualit i dan mempunyai kreadibiliti kreadibil iti untuk tujuan kajian.
Dalam hal ini, responden yang dipilih merupakan murid-murid yang belajar di sekolah berkenaan.
Dalam hal ini kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau. Responden yang diambil adalah murid-murid kelas 5A dan 5B berdasarkan pada subjek sains.
Dapatan Kajian
Analisis Dapatan Kajian
Pencapaian Dalam Ujian Pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
Berdasarkan pada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, didapati responden menunjukkan minat adan tertarik dengan proses pengajaran yang dikendalikan oleh kerana elemen muzik telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
6
Pencapaian Dalam Ujian Lembaran Kerja
Kumpulan Kawalan
Berdasarkan pada data yang telah diperolehi, didapati murid-murid menghadapi masalah dalam mengingati dan menjawab soalan lembaran kerja yang telah diberikan kepada guru. Berdasarkan pada Jadual 1 tersebut juga, didapati murid-murid menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan.
Khususnya, pada bahagian kebolehan menyatakan aplikasi sains
dengan betul lebih kurang 90% daripada murid-murid tersebut gagal atau lemah manakala hanya 10% sahaja yang menunjukkan markah yang baik,
Bil 1 2 3
Item yang diuji Melabel soalan 1 ± 4 dengan betul. Menyatakan proses yang terlibat dalam kitaran air Kebolehan menyatakan aplikasi sains dengan betul
Baik 2
% 50
Lemah 2
% 50
Jumlah 4
% 1 00 100
1
50
1
50
2
1 00 100
1
10
2
90
3
1 00 100
Jadual
1
Kumpulan Sasaran
Berdasarkan pada Jadual 2 di bawah, didapati lebih kurang 90% daripada murid-murid tersebut menunjukkan markah yang baik dan hanya 10% sahaja yang menunjukkan kelemahan dalam asper atau bahagian melabel soalan, menyatakan proses dan kebolehan menyatakan aplikasi sains dengan betul
Bil 1 2 3
Item yang diuji Melabel soalan 1 ± 4 dengan betul. Menyatakan proses yang terlibat dalam kitaran air Kebolehan menyatakan aplikasi sains dengan betul
Baik 3
% 90
Lemah 1
% 10
Jumlah 4
% 100
2
100
0
0
2
100
2
90
1
10
3
100
Jadual
2
7
Hasil Dapatan Daripada Temubual
Kumpulan Kawalan
Berdasarkan pada data ( Jadual 3) yang telah diperolehi, didapati 8ajority murid-murid berasa tidak tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru tersebut.
Di samping samping itu, data juga menunjukkan kesukaran bagi murid-murid murid-mur id untuk
menghafal dan mengingati nama-nama atau struktur-struktur dalam fakta-fakta sains yang perlu dihafal. Dalam jadual di bawah juga menunjukkan bahawa murid-murid murid-muri d berasa berasa sangat bosan untuk mengambil bahagian pembelajaran tersebut. Bil 1. 2.
3. 4 5
6
7
8
9
10
Soalan temubual Adakah kamu berasa gembira selepas mengikuti pelajaran hari ini. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan aktiviti sebelum ini? Adakah kamu berasa terhibur disepanjang aktiviti pada kali ini? Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi? Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal secara membaca ataupun secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan nama-nama ataua strukturstruktur yang terlibat? Bersetujukah Bersetuju kah kamu kalau saya katakana bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik minat kamu untuk terus meminati mata pelajaran sains? Bersetujukah Bersetuju kah kamu kalau saya katakana bahawa guru sains juga mampu mengajar sambil berjenaka? Bersetujukah Bersetuju kah kamu kalau saya katakana bahawa guru-guru sains masa kini tidak patut dilabel sebagai guru yang serius dan membosankan? Aktiviti hari ini menyebabkan menyebabkan kamu akan tertunggu-tunggu apakah betuk aktiviti yang akan saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya? Bersetujukah Bersetuju kah kamu kalau saya katakana bahawa kaedah ini mapu kamu gunakan sendiri untuk topic-topik yang lain? Jadual 3
Jawapan Ya 10 31
Jawapan % Tidak 22 69
14
43
18
57
12
37
20
63
16
50
16
50
10
31
22
69
12
37
20
63
15
46
17
54
9
28
23
72
8
25
24
75
12
37
20
63
%
8
Kumpulan Sasaran Berdasarkan pada data ( Jadual 4) yang diperolehi, didapati murid-murid berasa sangat tertarik dengan proses pembelajaran dan pengajaran kerana aktiviti yang dijalankan oleh guru murid-murid murid-mur id berasa sangat suka dan menarik. Selain itu, jadual di bawah juga menunjukkan bahawa murid-murid mudah untuk mengingati dan juga menghafal nama-nama atau strukturstruktur struktu r dalam fakta-fakta sains. Dalam jadual tersebut tersebut juga menunjukkan bahawa murid-murid sangat tertarik untuk belajar subjek yang diajar oleh guru tersebut. Bil
Soalan temubual
Jawapan
Adakah kamu berasa gembira selepas mengikuti pelajaran hari ini. 2. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan aktiviti sebelum ini? 3. Adakah kamu berasa terhibur disepanjang aktiviti pada kali ini? 4 Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi? Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel 5 dan menghafal secara membaca ataupun secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan nama-nama ataua strukturstruktur yang terlibat? Bersetujukah kamu kalau saya katakana 6 bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik minat kamu untuk terus meminati mata pelajaran sains? Bersetujukah kamu kalau saya katakana 7 bahawa guru sains juga mampu mengajar sambil berjenaka? Bersetujukah kamu kalau saya katakana 8 bahawa guru-guru sains masa kini tidak patut dilabel sebagai guru yang serius dan membosankan? 9 Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggu-tunggu apakah betuk aktiviti yang akan saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya? 10 Bersetujukah kamu kalau saya katakana bahawa kaedah ini mapu kamu gunakan sendiri untuk topic-topik yang lain? Jadual 4 1.
Jawapan
Ya
%
Tidak
28
100
0
0
16
57
12
43
23
82
5
18
15
53
13
47
22
78
6
22
24
85
4
15
21
75
7
25
28
100
0
0
26
92
2
8
24
85
4
15
%
9
Perbincangan
Kajian yang dijalankan ini juga adalah untuk melihat sejauh mana kebolehan muridmurid untuk menghafal nama-nama dan juga struktur-struktur dalam fakta-fakta fakta-fak ta sains. sains. Kajian ini dijalankan dijalan kan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau.
Ianya dijalankan dengan
menggunakan 3 bahagian cara iaitu secara proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru, secara lembaran kerja dan seterusnya secara temubual dengan responden.
Justeru
itu, cara ini dapat menentukan peringkat penguasaan murid-murid dan juga
mengasah bakat murid-murid dalam bidang muzik.
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, murid-murid daripada kelas 5B ataupun kumpulan sasaran berasa seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut. Manakala bagi kumpulan kawalan pula, murid-murid menunjukkan minat yang sangat negatif dan pendekatan serta kelemahan dari pelbagai sudut. Didapati murid-murid daripada kumpulan kawalan mempunyai prestasi kerja yang lemah dan tidak memuaskan serta pencapaian dari segi pembelajaran yang tidak efektif terutamanya dalam mengingati fakta-fakta sains yang penting dan selalu keluar pada soalan UPSR.
Kejayaan seseorang guru di dalam pengajarannya adalah apabila ilmu ataupun mesej yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau dikuasai oleh pelajar-pelajarnya. Guru yang baik adalah guru yang dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang dimilikinya untuk dikongsi oleh para pelajarnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Sesekali, guruguru khususnya guru-guru Sains perlu memikirkan minat dan kecenderungan murid-muridnya untuk digunakan sebagai pemangkin bagi µmemancing¶ minat mereka.
Sebagai contohnya, kebanyakan murid-murid amat gemar akan muzik dan nyanyian mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya. Menyedari akan hakikat tersebut, maka kajian ini menggunakan elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat murid-murid dan sekaligus membantu murid-murid tersebut menghafal fakta-fakta mahupun sturuktur ±struktur berlabel bagi sesebuah gambar rajah. Di dalam kajian ini, seorang guru Sains yang mempunyai sedikit kemahiran dalam bidang Muzik telah menggabungjalinkan kedua-dua mata pelajaran Bahasa Inggeris / Sastera dengan Sains di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya didapati murid-murid berjaya dengan mudah melabel dan menghafal struktur-struktur yang 10
terlibat di dalam kitaran hidup manusia. Di samping berjaya melabel dan menghafal strukturstruktur tersebut, murid-murid terbabit juga berasa seronok ketika mengikuti pelajaran Sains.
Ini sekaligus, merangsang murid-murid untuk meminati mata pelajaran Sains. Para pelajar sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap mata pelajaran Sains.
Kesimpulan
Secara keseluruhnya, murid-murid tahun 5B, Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau mennunjukkan minat dan prestasi yang baik dalam pembelajaran disebabkan oleh teknik pengajaran pengajaran yang menerapkan menerapkan elemen muzik.
Di samping itu, kelas 5A pula
menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan serta tidak langsung menunjukkan minat terhadap pengajaran yang telah telah dikendalikan oleh guru guru tersebut.
Oleh itu, kesimpulannya
ternyata bahawa elemen muzik yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memba ntu meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid dari aspek mengingati fakta-fakta sains yang penting dan sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.
11
BIBLIOGRAFI
Dr Kim Phaik Lah, Modul Kajian Tindakan, Tindakan , Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ( Jun 1995). Kuala Lumpur.
Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr, Tan Sun Seng, The Lay Hong, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Biologi Tingkatan 4 . (2001). Mutiara Cemerlang Sdn Bhd
Nota-nota kuliah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
12
LAMPIRAN 1
LIRIK LAGU (The Water Cycle Song)
aporation Ev aporation Condensation Precipitation On my mind
A
This is only the water cycle And it happens all the time
Condensation 2x Makes the cloud in the sky They cool the water v apour apour As you see them fly by
*Repeat A
aporation Ev aporation
is the heating
The water in the world Water changes to a gas And it rises in the air
*Repeat A
Precipitation can be.. Rain, snow, sleet or hail It comes from the sky And falls to ground
*Repeat A
13
LAMPIRAN 2 SOAL SELIDIK
1.Adakah kamu berasa gembira selepas mengikuti pelajaran hari ini?
2. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan aktiviti sebelum ini?
3.Apakah kamu berasa terhibur di sepanjang aktiviti pada kali ini?
4.Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi?
5.Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal secara membaca ataupun secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan nama-nama struktur- struktur terlibat di dalam kitaran air ( air ( water water cycle)? cycle)?
6. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik minat kamu untuk terus meminati mata pelajaran Sains?
7. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru Sains juga mampu mengajar sambil berjenaka?
8. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru-guru Sains masa kini tidak patut dilabel sebagai guru yang serius dan membosankan?
9. Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggu-tunggu apakah bentuk aktiviti yang akan saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya?
10. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa kaedah ini mampu kamu gunakan sendiri untuk topik-topik yang lain?
14