Konsep keselamatan Negara
Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman. Dalam disiplin pengajian keselamatan pula, konsep ini sering dikaitkan dengan keselamatan Negara, iaitu idea asalnya dicetuskan oleh US selepas tamatnya Perang Dunia ke-2 (Triut dan Harf 1982: 1). Justeru, keselamatan Negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ianya wujud sebagai sebuah Negara yang merdekan dan berdaulat. Keselamatan bukan hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga termasuk isu-isu ekonomi dan isu-isu yang merantasi sempada. Malah kebanyakan isu sebenarnya bergantung antara satu sama lain. Walaupun isu-isu seperti migrasi, perdagangan dadah dan penyeludupan manusia, pencemaran alam sekitar dan kemiskinan, tidak member kesan kepada keselamatan Negara secara mendadak, tetapi dalam jangka masa yang panjang ia mempunyai dampak ke atas kelangsungan hidup sesebuah Negara. Contohnya, kita dapat lihat bagaimana isu kemiskinan yang menyebabkan beribu-ribu rakyat terpaksa berpindah dan menyeberangi sempadan untuk mencari nafkah dan keselamatan di Negara lain, seperti dari Indonesia ke Malaysia dan dari Myanmar ke Tahailand. Pendatang atau imigran pula menjadi isu kepada sesebuah Negara terutamanya apabila mereka ini memasuki Negara asing secara tanpa izin, iaitu tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Isu pendatang asing tanpa izin(PATI)
Tindakan Malaysia dalam isu ini mengambil kira kepentingan nasionalnya dan juga dalam konteks hubungan istimewa dengan Indonesia. Beberapa langkah awal sebelum ini boleh dianggap sebagai mengambil kira dengan agak teliti supaya ia tidak menyonggung mana-mana pihak terutama sekali rakyat dan kerajaan Indonesia. Masalah PATI telah member kesan kepada hubungan antara dua hala antara kerajaan Malaysi dengan Indonesia. Tidak dapat dinafikan banyak usaha perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Lebih daripada 1 juta PATI di Malaysia, merupakan satu beban ekonomi, sosial dan keselamatan. Malaysia mempunyai sebab untuk bertegas dalam mempertahankan kepentingan nasionalnya berbanding dengan kepentingan ikatan Melayu serumpun, yakni kedatangan mereka mestilah melalui saluran yang sah. Kepentingan konsep 1 Malaysia
Melihat kepada isu ini, rakyat Malaysia tidak seharusnya memandang isu ini sebagai isu yang boleh dipandang enteng. Masalah PATI ini juga dapat menjejaskan keamanan dan keselamatan di Negara kita jika masalah ini tidak dibendung. ontohnya, anak-anak PATI ini sering dikaitkan dengan masalah sosial yang berlaku di Negara ini seperti pergaduhan, curi, vandalism, perbuatan mengacau dan membuat bising, rogol dan sebagainya. Kekadang, kita juga berasa tidak selesa dan tidak selamat apabila Ramai orang asing berada di sisi kita. Tidak dinafikan ramai juga golongan PATI yang benar-benar datang ke Negara ini untuk mencari rezeki halal dan mencari nafkah hidup. Namun, sejak hari-hari ini banyak kes yang sering dikaitkan dengan dengan golongan PATI ini sebagai contoh pembinaan rumah setinggan yang banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia harulah bekerjasama dalam menangani isu ini dan tidak hanya berharap kepada pihak berkuasa sahaja. Jika terdapat aktivit yang kurang sihat berlaku, kita perlu menghubungi pihak yang berkuasa bagi mengelak sesuatu perkara itu menjadi lebik teruk ataupun membendung sesuatu perkara yang tidak baik itu agar tidak berlaku.
Isu kemiskinan di Malaysia
Kemiskinan sememangnya menjadi isu penting terutama kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Jurang kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi. Daripada statistik keseluruhan, jurang kemiskinan bagi Bumiputra ialah 2.1 peratus berbanding Cina (0.1) dan India (0.6). Suatu angka yang mencabar bagi kepimpinan negara untuk diselesaikan.Kita lihat pula perbandingan dengan negara luar. Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,146 setahun. Pada detik yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$34,152 (Sumber IMF 2007), lima kali ganda dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Padahal, jika kita lihat kembali pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama. Isu keselamatan ini sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan Negara kerana disebabkan isu kemiskinan dan desakan hidup, maka aktiviti jenayah seperti ragut, rompak dan curi akan berlaku. Rasa tidak selamat akan muncul pada diri seseorang individu tersebut. Manakala, mangsa daripada aktiviti jenayah tersebut boleh menerima kecederaan, fobia malahan maut.
Kepentingan konsep 1 Malaysia.
Dalam membasmi kemiskinan dan mengubah struktur ekonomi Malaysia, golongan atasan dan bawahan perlu seiring. Inilah pentingnya konsep 1 Malaysia yang telah diwar-warkan. Berpandukan slogan Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan Pemimpin dan rakyat perlu sama-sama bertekad untuk mengubah keadaan. Kalau yang di atas ingin mengubah tetapi yang dibawah belum bersedia untuk berubah, tidak ada apa pun akan berlaku. Perkara yang sama terjadi apabila yang dibawah berhempas-pulas ingin berubah, tetapi yang diatas tak membantu untuk perubahan. Keadaan tetap sama. Jadi kita sama-sama betulkan keadaan. Semoga wujud keberkesanan dalam mengubah nasib Malaysia. Sama-sama kita raikan kritikan membina dalam membentuk ekonomi Malaysia. Bersatu-padu kita gerakkan posisi masing-masing demi mencapai agenda ekonomi baru yang lebih cemerlang. Semoga kita dapat membentuk suatu sinergi yang lebih utuh dalam memacu ekonomi Malaysia.
Isu penggunaan kalimah Allah
06/02/2009 | Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapanungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.
Kepentingan konsep 1 Malaysia
Isu ini sebenarnya agak sensitive untuk dibincangkan. Kita telah diwar-warkan mengenai konsep 1 Malaysia, namun kenapa mesti wujudnya hal sebegini yang hanya akan menjejaskan hubungan baik di antara masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.
Kita seharusnya memerhatikan tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita agar tidak menyinggung perasaan ataupun menyentuh mana-mana sensitiviti kaum ataupun agama di Negara ini. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama, peristiwa sedemikian hanya menjejaskan keharmonian dan keselamatan Negara yang kita kecapi sekarang. Isu keselamatan telah ditimbulkan apabila pembakaran gereja telah berlaku setelah isu penggunaan kalimah Allah ini ditimbulkan. Bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan keharmonian Negara ini, kita seharusnya mengambil konsep 1 Malaysia ini sebagai satu acuan yang penting bagi mengeratkan hubungan antara kaum di Negara ini.
Tragedi berdarah 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965. `Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
Kepentingan konsep 1 malaysia
Politik perkauman masih lagi menjadi politik mainstream sepertimana yang ilaksanakan oleh penjajah British dahulu. Sedar tak sedar, selepas lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi gagal dalam membentuk sebuah Negara Bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Kita sering mengutuk Indonesia dan Thailand diatas pergolakkan politik dinegara mereka akan tetapi kita tidak sedar bahawa Indonesia dan Thailand sudah selesai dengan permasalahan Negara Bangsa. Sehingga hari ini, rakyat masih dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama. Sebagai contohnya,polarisasi di institusi-institusi tinggi kini berlaku dengan dahsyatnya.Melayu hanya bersama Melayu.Cina hanya bersama Cina.India hanya bersama India dan begitu juga dengan bangsa yang lain. Konsep 1 Malaysia amat patut diamalkan bagi setiap rakyat Malaysia agar persefahaman antara kaum akan terjalin bagi mengelakkan tragedi berdarah seperti ini akan berulang kembali. Jika peristiwa sedemikian berulang nescaya keselamatan Negara kita akan tergugat hanya kerana ketidaksefahaman yang berlaku di antara kaum-kaum di Negara ini.
http://pemudasabah.blogspot.com/ http://ahmadfahmie.wordpress.com/2008/02/11/basmi-kemiskinan-yang-di-atas-dan-di-bawah-perluselari/ http://perkarayangbelumselesai.blogspot.com/2009/10/hukum-hudud-di-malaysia.html http://beliamuda.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-gereja-desa-melawati-dibakar/ http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/2-e-akhbar/46-isu-penggunaan-kalimahallah-oleh-abu-bakar-bin-yang-fellow-di-ikim.html http://aminiskandar.wordpress.com/2009/05/13/selepas-40-tahun-tragedi-berdarah-13-mei-1969/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei http://usrahwave.com/site/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=103
sity Daud, Zarina Othman, politik dan keselamatan, 2005 penerbit UKM