KONSEP NEGARA BANGSA
Nation building atau “negara bangsa” adalah bangsa” adalah konsep dan ideologi yang lahir dalam sejarah
bangsa
Eropah
yang
menghadapi
masalah
nasionalisme,
seterusnya
menyebabkan berlakunya peperangan antara bangsa-bangsa Eropah, dan mencetuskan revolusi. Ia berupa suatu peralihan dari “pemujaan” “pemujaan” (worship) terhadap monarki kepada “pemujaan” terhadap “pemujaan” terhadap negara, umpamanya Revolusi Perancis tahun 1789 menentang rejim feudal dianggap sebagai bermulanya perbahasan akademik dan politik bangsa Eropah tentang konsep bangsa (nation) dan negara bangsa (nation-state) (Mohamed Anwar Omar Din, 2004:434).
Chambers’ Encyclopedia Chambers’ Encyclopedia (1973:671) memberi definisi “nation building” building” sebagai negara bangsa itu merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatanikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36), negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu negara, individu dan bangsa selain daripada tiga syarat utama. Pertama sekali ialah masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang diskriminasi dan pepecahan. Kedua, rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama. Syarat yang ketiga pula ialah penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.
Justeru, negara bangsa merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan oleh sesebuah negara. Konsep ini mengetengahkan gabungan makna daripada dua frasa menjadi satu pengertian iaitu frasa negara dan frasa bangsa. Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Tuntasnya, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentalit i dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut. Maka, Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
Perkembangan bangsa Malaysia telah melalui jalan yang berliku-liku. Sebelum ini, Malaysia terdiri daripada masyarakat peribumi dan kerajaan Melayu yang gemilang. Namun, kedatangan kolonialisme Inggeris telah mengubah wajah Malaysia dengan memperkenalkan dasar buka pintu kepada buruh-buruh China dan India. Malangnya, masyarakat majmuk ini hanya bertemu dalam interaksi ekonomi tanpa hidup bersama sebaliknya hidup terpisah dalam segala aspek kehidupan.
Oleh itu, negara ini masih menghadapi laluan berliku bagi mencapai matlamat pembentukan sebuah negara bangsa. Menurut pandangan Abdul Rahman Embong:
“Ditinjau dari segi sejarah, bangsa Malaysia adalah satu konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini... Apabila Malaya diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara, bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk pada 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia,
sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu masih jauh daripada terwujud.”
Memandangkan Malaysia menghadapi cabaran ini, maka mantan-mantan pemimpin negara berhasrat untuk mencapai pembinaan negara bangsa. Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan:
“Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan” (Wawasan
2020,
Lihat
Cabaran
Pertama)
Matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan juga semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau:
“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.”
Selain itu, dalam perutusan hari kebangsaan negara ke-52 (2009) pula, Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Menurut beliau:
“... lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.” (Malaysiakini: 2009)
31
Ogos
Bagi mengukuhkan kenyataan tersebut, beliau turut menginatkan generasi muda Malaysia bahawa kerjasama antara kaum mendorong kepada kemakmuran Malaysia. Beliau mengatakan:
“ ... kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda.” (Malaysiakini:
31
Ogos
2009)
Dengan ini, kita perlu membina bangsa Malaysia yang patriotik kepada negara, mengatasi perasaan perkauman demi kecemerlangan Malaysia.