KOS BINA RUMAH SENDIRI bahan binaan Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini : Juga disertakan kos per unitnya Kerja-kerja konkrit
Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
Bata simen - RM0.21 satu
Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
Pasir kasar - RM 40 satu ela
Pasir halus - RM 45 satu ela
Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork) f ormwork)
Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
Skru atap - RM 35 sekotak
L bracket - RM 1.50 satu
Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
Wheel barrow - RM 70 satu
Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
Tanah merah - RM 25 satu ela
Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah. Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut. Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH ) Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
Beli barang - RM 80081
Upah pekerja - RM 44370
Ukur tanah - RM 350
Bersih tapak rumah -RM 1750
Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000
keatas
Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801 Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199 Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah. * Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010. Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah. Posted by Zaki at 7:22 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Wednesday, August 27, 2014 Unit Pengukuran
Kerangka Bumbung
TERMINOLOGY CONTRACT (Istilah Kontrak)
COST. PLUS CONTRACT -Bahan dan peralatan dibekalkan oleh pihak-pihak berkenaan kepada pemborong DEVELOPER (PEMAJU) -Membina lebih 10 unit rumah dan perlu mendaftar dengan kementerian perumahan VARIATION ORDER (VO) -Arahan-arahan selepas ditandatangani kontrak , selepas projek -projek dilaksanakan , Lukisan hendaklah diadakan disesuatu bahagian.
PRIME COST ITEM (PCI) -Kerja-kerja pengkhususan (specially) seperti mekanikal dan elekrikal. -KOntraktor utama hanya mengambil peratus keuntungan dari kerja-kerja 'PCI' SENARAI BAHAN (QUANTITIES) -Dokumen yang ada butiran lengkap termasuk jumlah dan kuantiti EXTRA OVER (EO) -Tambahan kos pada kerja-kerja yang lebih daripada kerja-kerja biasa yang dibuat pengukuran, contoh: Facing brick tambahan daripada pengukuran 'Comon brick' SPOT ITEM -Item yang dimasukkan didalam kos kerja-kerja yang terdapat di Tapak Bina (Site) contoh: Baik pulih dan meroboh PROVISIONAL QUANTITIES -Kerja yang dijalankan oleh kontrator dimana kerja-kerja yang lulus diasingkan daripada bil SCHEDULE OF RATE -Jadual untuk memudahkan penilaian penambahan dan pengurangan PRO-RATA RATE -Kadar harga berpandukan schedule of rate dan kadar harga yang diubah mengikut perubahan kerja. AN AGREED RATE -Kadar harga yang dipersetujui STANDARD METHOD OF MEASUMENT (SMM) -Pengukuran piawaian sementara untuk membuat kerja senarai bahan SPESIFICATION (SPESIFIKASI) -Penentuan quantiti bahan-bahan dan kerja-kerja dibuat QUOTATION -Sebut harga untuk kerja-kerja kecil yang kurang daripada RM50,000.00
LUMP-SUM -Pukul rata- Pemilihan kontraktor berdasarkan senarai jenis-jenis kerja (Borong Semua sekali) TAKING OFF -Kerja-kerja pengukuran daripada pelan yang dimasukkan kedalam borang diamensa (Borang Diamensa) CONTRACT PRICE -Harga kontrak yang dimajukan oleh pemborong kedalam borang biling / Dengan memasukkan kerja-kerja seperti jenis-jenis kerja / Harga dan jumlah keseluruhan.
Formwork (Ground Beam)
Formula Pengiraan Bata dan Permukaan Lepa
Cerucuk
CERUCUK TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan. PENERANGAN Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: 1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan. 2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada : i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile. ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile ) Contohnya Reinforcement Concrete pile. Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut : i.Cerucuk Bakau Saiz 3” atau 5” bulat Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima. ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile ) Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing Beban yang dibenarkan 8-15 tan iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile ) Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15” Beban yang dibenarkan 42 – 65 tan iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16” Beban yang dibenarkan 45 –110 v.Cerucuk keluli H Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12” Beban yang dibenarkan 50 – 150 vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile ) Saiz 18” – 160” bulat Beban 60 – 1000 tan. Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut: •Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet •Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang) Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya) •Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas) Konkrit (bahagian atas) •Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan 2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan. Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum i ni, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama 3.Cerucuk Kayu Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm.. 4.Cerucuk Konkrit bertetulang Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.
5.Cerucuk Keluli Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm. 6.Kumpulan Cerucuk Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk. 1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan. 2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling. 3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah : i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu
SENARAI HARGA PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 2013
Upah Pendawaian dan Pemasangan 1. 1x Point Lampu = RM 50 2. 1x Point kipas = RM 60 3. 1x Point power soket = RM 80 4. 1x Point water heater = RM 120 5. 4x Point Kamera CCTV = RM 200 6. 1x Point auto gate = RM 150-300 7. Point door acces/ alarm system = mengikut jumlah kuantiti. Upah Pemasangan Sahaja 1. 1x Point lampu = RM9-30 2. 1x Point kipas = RM 25-35 3. 1x Point aircond 1h/p = RM 250 4. 1x Point water heater = RM 100 5. 1x Point Auto gate = RM350 Upah pemasangan kotak fius agihan mengikut kuantiti MCB angaran pemasangan 3 fasa/36 fius agihan RM1200 angaran pemasangan 1 fasa/21fius agihan RM350
Harga Wiring Elektrik Rumah Kediaman 2014
Menyediakan perkhidmatan kontraktor pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan serta pasang lampu, pasang kipas di sekitar kota kinabalu
Harga pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan 2014 di sekitar kota
kinabalu Pendawaian Elektrik : - Harga pendawaian lampu RM80 - Harga pendawaian kipas RM80 - Harga pendawaian soket plug RM90 - Harga pendawaian water heater dari RM140 - Harga pendawaian aircond dari RM140 - Harga pendawaian Auto Gate dari RM500 Papan Agihan (DB-Distribution Board): Harga dari RM500
Pemasangan Lampu: Semua jenis lampu dari RM25
Pemasangan Kipas: Semua jenis kipas dari RM35
Pemasangan Water Heater: Semua jenis water heater dari RM80
Noted : Harga bergantung kepada jenis pendawaian surface/concealed, jarak dan laluan pendawaian