contoh soalan bahasa melayu tingkatan 2Full description
kuiz
PERA
ulangkaji, latihan, ABM
Full description
testFull description
Full description
Beberapa pandangan tentang kerancuan bahasa MelayuFull description
Full description
Full description
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Pada pagi yang berseri ini saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Para pengguna memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga barang-barang di pasaran.” Guru dan para pelajar sekalian, Siapakah sebenarnya pengguna? Pengguna ialah seseorang yang membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan untuk memenuhi kehendaknya. Dengan itu, pengguna ialah kita semua. Ya, kita semua merupakan pengguna. Jadi, sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk membeli serta memuaskan kehendak kita. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa memang para pengguna memainkan peranan dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan. Harga barang-barang di pasaran ditentukan oleh dua faktor penting, iaitu permintaan dan penawaran. Permintaan barang-barang dipengaruhi oleh para pengguna. Jikalau terlalu banyak orang yang membeli sesuata barang, misalnya motokar Proton Wira maka permintaan untuk motokar itu akan meningkat. Peningkatan permintaan motokar Proton Wira akan menyebabkan harga pasaran motokar itu naik. Sebaliknya, sesuatu barang yang mempunyai permintaan yang sedikit akan mengakibatkan harga barang itu di pasaran turun. Jadi, pengguna berperanan untuk menentukan permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Dengan itu, pengguna berperanan dalam menentukan harga barang-barang di pasaran. Guru dan para pelajar yang saya kasihi, Sekarang, mari kita meninjau sedikit tentang pendapatan yang diterima oleh penduduk di negara ini. Penduduk Malausia boleh dikatakan mempunyai taraf hidup yang sederhana. Namun begitu, kita mampu untuk memiliki serba sedikit harta dan barang-barang mewah. Oleh itu, kita mendapati harga barang keperluan harian serta pakaian agak tinggi jika dibandingkan harganya beberapa tahun yang lalu. Harga barang-barang di bandar lebih tinggi jika dibandingkan dengan harganya di kampung atau di kawasan pedalaman. Hal ini disebabkan para pengguna di situ berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membayar harga sesuatu barang jika harganya terlalu tinggi. Sehubungan dengan itu, saya merumuskan bahawa daya beli penduduk di sesuatu kawasan dapat mempengaruhi harga barang. Berdasarkan hujah-hujah yang saya sampaikan tadi, saya berharap para pengguna sekalian sedar akan kepentingan peranan masing-masing ketika berbelanja. Sekiranya kita boros, maka harga barang dan perkhidmatan akan naik dan hal ini akan merugikan semua pengguna. Oleh itu, kita harus bijak berbelanja dan merancang perbelanjaan dengan teliti. Sekian syarahan saya dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.