KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI ____________________________________________________________________________ ASSIGNMENT (TUGASAN 10%) (TAJUK ASSIGNMENT)
KESIHATAN PEKERJAAN
MOHAMMAD NAZRUL BIN JUNAIDY
(910408-12-5951) BPP2012-7173
SESI AKADEMIK: JULAI 2012
PENGENALAN MAKSUD KESIHATAN Bebas dari kemungkinan risiko dan kemudaratan (ISO/IEC 2) PERBEZAAN:KESELAMATAN-Selalu berkaitan dengan pencegahan kemalangan terutamanya menglibatkan kecederaan fizikal.Ia melibatkan kawalan risiko dari bahaya mesin,elektrik dan bahan toksik KESIHATAN-Dilihat sebagai pencegahan penyakit dalam jangka masa yang lama.Ia melibatkan pengurangan risiko dari bahaya kimia,fizikal,dan egen biologi yang menyebabkan penyakit. OBJEKTIF SPESIFIK TOPIK:
Menerangkan visi/misi dalam Kesihatan Pekarjaan.
Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti yang dijalankan dalam Kesihatan Pekerjaan.
Menerangkan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam Kesihatan Pekarjaan.
DEFINISI KESIHATAN PEKERJAAN Kesihatan Pekerjaan bertujuan:Mempromosi dan Menyelenggaraan tahap tertinggi fizikal, mental dan kesejahteraan sosial pekerja dalam sesuatu pekerjaan; mencegahan di kalangan pekerja dari risiko kesihatan yang disebabkan oleh keadaan mereka bekerja;melindungan pekerja daripada risiko akibat daripada faktor-faktor yang buruk terhadap kesihatan mereka; menempatkan dan menyelenggara kerja dalam persekitaran pekerjaan yang disesuaikan kepada keupayaan fisiologi dan psikologi; dan, untuk meringkaskan, adaptasi kerja kepada manusia dan setiap manusia kepada tugasnya. (ILO/WHO)
VISI Ke arah sebuah negeri yang sihat dan produktif melalui promosi kesihatan para pekerja dan alam sekitar yang bersesuian serta mesra pengguna bagi mencegah penyakit-penyakit pekerjaan dan alam sekitar supaya kesihatan optima setiap individu dapat dicapai.
MISI Untuk mempromosikan persekitaran yang sejahtera dan taraf kesihatan yang berkualiti melalui pengenalan, taksiran, pencegahan, kawalan dan pengurusan isu-isu kesihatan alam sekitar, penyakit, kecederaan dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh interaksi diantara manusia dan pekerjaan dengan menggalakkan dan mempromosi kajian terhadap bahan-bahan hazad yang merbahaya kepada kehidupan manusia dan persekitaran.
OBJEKTIF OBJEKTIF UMUM:Untuk mempertingkat dan mengekalkan keadaan kesihatan fizikal, mental dan sosial para pekerja dalam semua sektor pekerjaan pada tahap yang optimum dan mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan selamat bagi mengurangkan kejadian penyakitpenyakit akibat pekerjaan dan persekitaran.
OBJEKTIF KHUSUS:
Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan pekerjaan bagi anggota kesihatan berisiko tinggi.
Mempertingkatkan perkhidmatan klinikal kesihatan pekerjaan di semua peringkat institusi kesihatan dengan peningkatan kes-kes rujukan penyakit pekerjaan.
Memperkukuhkan sistem notifikasi dan surveilan kemalangan di tempat kerja di kalangan anggota kesihatan dan penyakit pekerjaan termasuk keracunan bagi semua kes kesihatan pekerjaan.
Memantau kes-kes kecederaan tercucuk jarum (Needlestick Injuries) di kalangan anggota kesihatan.
Mempertingkatkan
aktiviti
Audit
Keselamatan
dan
Kesihatan
Pekerjaan
dan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di semua institusi kesihatan.
Memantau kesihatan persekitaran di tempat-tempat awam utama seperti sekolah, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan depot tahanan.
Memperkukuhkan
sistem
tindakan
menghadapi
banjir
dan
bencana
dengan
mengemaskinikan pelan tindakan peringkat negeri dan daerah.
Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat mengenai kesihatan pekerjaan dan persekitaran melalui sebaran promosi kesihatan maklumat.
Meneruskan dan mempertingkatkan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan kesihatan pekerjaan dan persekitaran.
JENIS-JENIS AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN AKTIVITI: Survelens Penyakit Pekerjaan Surveilens penyakit pekerjaan telah dimulakan pada bulan Jun 1997.Jenis penyakit yang perlu dinotifikasi ialah keracunan kimia dan pestisid, penyakit respiratori pekerjaan (occupational lung disease), penyakit kulit pekerjaan (occupational dermatoses) dan kecederaan di kalangan anggota kesihatan KKM.
Promosi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).Objektif MKKP ialah untuk menyampaikan informasi dan meningkatkan kesedaran semua anggota kesihatan mengenai amalan budaya kerja yang sihat dan selamat serta sentiasa prihatin terhadap kesihatan diri.
AKTIVITI LAIN:
Kursus Kempen Cara Hidup Sihat ‘Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan’
Ceramah ‘Keracunan Kimia’ oleh Pusat Racun Negara
Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Vektor
Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Jururawat
Penerbitan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Kajian tabiat merokok di kalangan anggota kesihatan
Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pekerjaan
Klinik Kesihatan Pekerjaan
Program Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
Pemeriksaan Tahap Kesihatan Anggota Kesihatan
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
PERINGKAT PRIMER:
Penolong Pegawai perubatan akan melakukan pencegahan awal dengan
mengadakan promosi kesihan dan pendidikan kesihatan kepada pekerja-pekerja
untuk memaklumkan kepentingan dan kebaikan untuk menjaga kesihatan dalam
pekerjaan.
PERINGKAT SEKUNDER:
Dalam peringkat ini,rawatan akan di berikam oleh Penolong Pegawai Keselamatan kepada pekerja yang menghadapi masalah dalam pekerjaan dengan memberi perkhidmatan kaunseling dan juga membuka klinik kesihatan.Rawatan terhadap mereka yang menghidapi penyakit dalam pekerjaan. PERINGKAT TERSIER: Dalam peringkat ini pula,rawan susulan akan diberikan kepada pekerja-pekerja yang mengalami masalah apabila rawatan dalam peringkat sekunder tidak dapat membantu dalam merawat penyakit dan masalah yang dihadapi oleh mereka.
RUMUSAN Secara keseluruhannya,Kesihatan Pekarjaan membantu memberi pengetahuan dan cara Bagi menggelakan berlakunya kecelakaan dalam menjalankan pekerjaan.Pelbagai program Yang telah di lakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam Pekerjaan.Oleh itu,masyarakat harus memainkan peranan mereka dalam mematuhi etika-etika Keselamatan yang di berikan oleh Kementerian.
RUJUKAN
Phoon .W.O and Chen P.C.Y. ( 1987 ) Text book of Community Medicine In South East Asia USA. A Simon & Schuster Company.
Joyce. M.Black and Jane Hokanson Hawks ( 2001 ) Medical-Surgical Nursing clinical management for Positive outcomes, 7th Edition by Elsevier Saunders, St Louis,Missouri USA..
KKM ( 2003 ) Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam,Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga JPA.
Ewles and Simnett ( 1994 ) Promoting Health 4th Edition by Middlesex Scutari Press
PENHARGAAN
Asalammualaikm,pertama sekali setinggi penghargaan diucapkan kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, KSKB K.K. Kerana memberi peluang kepada pelatih pembantu perubatan untuk menjalankan tugasan subjek sains komuniti berkenaan dengan tajuk Kesihatan Pekerjaan. Ribuan terima kasih juga kepada tenaga pengajar pembantu perubatan sem 1, Encik Rozzan Bin Edinin selaku pengajar yang bertauliah dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar saya semasa menyiapkan tugasan individu seperti yang diarahkan.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kedua yang menjadi tulang belakang saya dalam memberikan sokongan yang proaktif ialah keluarga saya diatas bimbingan, nasihat dan keperluan materialistik yang diberikan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan seperti yang diarahkan.
Kepada kawan-kawan seperjuangan saya, saya mengucapkan terima kasih diatas bantuan pendapat dan idea yang interaktif dan kerjasama yang proaktif dihulurkan kepada saya. Jasa baik rakan-rakan semua amatlah saya hargai dan hasilnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti tarikh yang dirancang.
Terima kasih di atas bantuan kesemua pihak, jasa baik dan pengorbanan semua amatlah kami hargai.
ISI KANDUNGAN BIL 1
PEKARA Penghargaan
MUKA SURAT 1
2
Pengenalan
2
3
Definisi
3
4
Visi/MIsi
4
5
Objektif
5
6
Jenis-Jenis Aktiviti
6-7
7
Peranan Penolong Pegawai Perubatan
8
8
Rumusan dan Rujukan
9