MESYUARAT MESYUARAT AGUNG AGUNG TAHUNAN TAHUNAN KALI KALI PERTAMA SESI 2016-2018 1438 HIJRAH HIJRAH / TAHUN TAHUN 2016 2016
MASJID DARUSSALAM PUCHONG
TARIKH TARIKH : 24 DISEM DISEMBE BER R 20 2016 16 MASA : 9.00 MALAM TEMPAT : MASJID DARUSSALAM PUCHONG
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018 2016-2018
ISI KANDUNGAN
Agenda Mesyuarat
3
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5
4
Tahun 2015.
Laporan Tahunan 2016 · Laporan dan Aktiviti dan Program
10
· Laporan Penyata Kewangan
23
· Laporan & Penyata Khairat Kematian · Usul
2
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
AGENDA
1. Bacaan Doa. 2. Ucapan Pengerusi. 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke – 5 Tahun 2015. 4. Perkara Berbangkit. 5. Pembentangan Laporan Tahunan 2016 i.
Laporan Aktiviti dan Program
ii.
Laporan Penyata Kewangan
iii.
Laporan & Penyata Khairat Kematian
6. Perbincangan Aktiviti Masjid. 7. Usul. 8. Hal-hal Lain. 9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat.
3
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2016-2018 TAHUN 2016
MASJID DARUSSALAM
4
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAL I KE- 5 SESI 2012-2015 MASJID DARUSSAL AM
TARIKH : 15 OGOS 2015 HARI : SABTU MASA : 9.00 MALAM TEMPAT : MASJID DARUSSAL AM PUCHONG
1.
UCA PAN PENGERUSI MA JL IS
Dr Latip bin Muhammad sebagai Pengerusi Majlis telah mengumumkan jumlah kehadiran ahli mesyuarat iaitu seramai 51 orang hadir dan mesyuarat boleh dijalankan mengikut Enakmen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Ahli Kariah yang dapat meluangkan waktu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Kariah.
2.
BACAAN DOA
En.
Huraimi
bin
Hamzah
iaitu
Imam
1
Masjid
Darussalam
telah
menyempurnakan bacaan doa.
3.
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG (TN HJ SHARIF BIN HJ ISKANDAR) 3.1
Beliau mengucapkan terima kasih di atas undangan pihak Masjid Darussalam untuk hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Darussalam.
3.2
Beliau menasihati supaya pengurusan masjid dibuat dengan sebaik mungkin untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada ahli jemaah yang hadir ke masjid ini.
3.3
Keharmonian dalam kalangan ahli kariah perlu dipertingkatkan dalam semua aspek dan perbezaan fahaman politik tidak perlu dicampur aduk dalam pengurusan masjid supaya silaturrahim sesama ahli kariah serta pengurusan masjid dapat berkekalan dalam keadaan baik.
3.4
Tn Hj Sharif Bin Hj Iskandar merasmikan Mensyuarat Agung Masjid Darussalam kali ke – 5 dengan lafaz Bismillah. 5
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
4.
UCAPAN ALUAN ( NAZIR ) 4.1
En. Mohd Musleh Bin Yunos selaku Nazir Masjid Darussalam mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua Ahli Kariah serta kehadiran Ketua Kampung iaitu Tuan Hj Mohd Sharif Bin Hj Iskandar yang berkesempatan hadir bersama dalam Mesyuarat Agung 2015.
4.2
Beliau bersyukur kerana pihak pengurusan masjid dan ahli kariah kerana telah dapat bersama-sama menguruskan dan memelihara kemualiaan Masjid Darussalam sebagai pusat pembangunan ilmu dan tempat ibadah yang selesa kepada para jemaah.
4.3
Beliau memaklumkan bahawa prestasi kewangan masjid berada dalam keadaan yang baik dan membolehkan fasa pembangunan seterusnya dibuat untuk menaiktaraf ruang rumah sewa dan dewan wanita supaya lebih tersusun sejajar dengan poembangunan pesat kawasan sekitar dan keperluan menyediakan kemudahan untuk jemaah yang semakin meningkat.
4.4
Beliau memohon agar mesyuarat ini sebagai tempat untuk memberi ruang
kepada
cadangan
para
jemaah
mengemukakan
pandangan
dan
yang bernas dari Ahli Kariah demi pembangunan dan
kepentingan semua pihak bagi tahun yang akan datang.
AGENDA 1 : PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN. LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM.
Laporan aktiviti dan program telah dibentangkan oleh En. Baharuddin bin Abdul Kudus selaku Penolong Setiausaha masjid yang terkandung dalam Laporan.
6
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
AGENDA 2 : PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN.
Ahli mesyuarat telah sebulat suara menerima dan meluluskan laporan tahunan yang telah dibentangkan.
AGENDA 3 : LAPORAN PENYATA KEWANGAN.
3.1
Tuan Hj. Baharom Bin Abd Ghani telah membentang Laporan Kewangan berakhir Jun 2015 dan mohon untuk disahkan.
3.2
Pengesahan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2015 Cadangan :
Tn Haji Danuri Bin Mohd Sidek
Sokongan :
En. Ramli Bin Mat Isa
AGENDA 4 : L APORAN
DAN
PENYATA
B ADAN
K HAIRAT
K EMATIAN
MASJ ID
DARUSSALAM
4.1
Tn Hj. Baharom Bin Abd Ghani telah membentang laporan Badan Khairat Kematian berakhir 31 Julai 2015.
4.2
Hj. Baharom Bin Abd Ghani telah menemukakan senarai Ahli Khairat Kematian untuk rujukan ahli.
4.3
Pengesahan Laporan Penyata Khairat Kematian Tahun 2015 Cadangan :
En. Mohd Azrul Fitri bin Abu Bakar
Sokongan :
En. Abd Aziz bin Othman
7
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
AGENDA 5 : PERKARA BERBANGKIT.
5.1
Ustaz Ikhsan Bin Kayat mencadangkan supaya mimbar yang baru dibuat menggantikan mimbar lama memandangkan Masjid Darussalam telah lama dinaiktaraf daripada Surau Berjumaat kepada masjid dan keadaan kewangan masjid yang baik. Tindakan : Biro Pembangunan
5.2
Untuk menangani kebocoran di bahagian dewan solat wanita dan dapur, kerja - kerja baikpulih akan dilaksanakan secara berperingkat. Tindakan : Biro Pembangunan
5.3
Ustaz Ikhsan memberi cadangan supaya senarai nama ahli kariah yang hadir dalam mesyuarat agung disertakan ke dalam laporan minit akan datang. Tindakan : Setiausaha
AGENDA 6 : USUL DAN PERBINCANGAN AKTIVITI MASJID
6.1
Nazir mencadangkan pembangunan Kompleks Serbaguna dibuat sebelum akhir tahun. Perincian dari segi pelan dan susun atur bangunan akan diperhalusi di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa akan datang. Tindakan : Setiausaha
AGENDA 7 : HAL – HAL LAIN. 7.1
Tn Haji Sahari Bin Konor mencadangkan agar dibuat penambahan tabung di bahagian ruang legar masjid. Nazir menyatakan, buat masa ini terdapat 5 tabung disediakan, dua di ruang legar, dua di dalam dewan solat dan satu lagi di dewan solat perempuan.
Tindakan : Makluman
8
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
7.2
Nazir memaklumkan Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai Masjid dan Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2016-2018 akan diadakan sebelum hujung tahun. Beliau meminta supaya ahli kariah hadir menjalankan tanggungjawab memilih pegawai dan ajk yang berkelayakan untuk menerajui masjid. Tindakan : Makluman
AGENDA 8 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT (NAZIR)
8.1
Tuan Nazir mengucapakan rasa kesyukuran atas komitmen Ahli Kariah dan Ketua Kampung atas kehadiran dan menjayakan Mesyuarat Agung dengan penuh harmoni. Beliau memohon kerjasama dealam kalangan ahli kariah dipertingkatkan, bimbingan, teguran membina dari Ahli Kariah untuk kebaikan bersama dalam dialu-alukan bagi menjayakan program-program serta dapat mengimarahkan Masjid.
8.2
Memandangkan mesyuarat ini merupakan mesyuarat agung kali terakhir sesi 2012-2015, Nazir dan mewakili seluruh ahli memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang beliau memimpin masjid ini. Semoga pegawai dan ajk yang akan dilantik bagi sesi yang akan datang mampu memimpin pengurusan masjid dengan lebih cemerlang dan t eratur ini.
8.3
Selanjutkan Tuan Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir dan menjayakan mesyuarat agung pada tahun 2015.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam bertarikh 15 Ogos 2015.
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
.......................................................
...................................................
(Baharuddin Abd Kudus)
(Mohd Musleh B. Yunos)
Penolong Setiausaha Masjid
Nazir Masjid
9
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM TAHUN 2016 MASJID DARUSSALAM LAPORAN TAHUNAN 2016 LAPORAN AKTIVITI 2.1
Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam
Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam terletak di bahagian hadapan masjid dan telah mula dibina pada awal bulan September 2015. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat Islam di sekitar kariah Masjid Darussalam untuk aktiviti kemasyarakatan dan pengisian ilmu. Antara kemudahan yang telah dan sedang disediakan adalah:
Dewan Serbaguna
Dapur Moden
Tiga (3) unit Ruang Inapan Pelbagai Guna
Bilik Pejabat Penolong Pendaftar Nikah
Bilik Kaunseling & Muallaf Center
Pondok Mengaji/Balai Ilmu
Koperasi/Pusat Makanan Halal
Stor
Sebelum ini tapak sedia ada adalah merupakan bangunan satu tingkat yang mempunyai dua (2) unit rumah sewa dan bilik pengajian Al-Quran. Ia telah dibina sekitar tahun 1990an secara gotong royong oleh penduduk kampung.
10
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Progres pembangunan pembinaan kompleks baru setakat 30 November 2016 adalah dalam lingkungan 94%. Kos perbelanjaan pembangunan kompleks baru setakat ini adalah sebanyak RM425,812.38. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM91,896.00 atau 22% diperolehi daripada sumbangan orang ramai melalui Tabung Wakaf Khas Pembangunan. Baki kerja yang belum siap adalah melibatkan Tingkat 2 Kompleks Serbaguna. Antara skop kerjanya adalah pemasangan ’tile’, pendawaian elektrik, pemasangan pintu, tandas dan tangga. Kerja yang masih belum selesai di tingkat bawah pula adalah pemasangan ’roller shutter’ dapur kering, penghawa dingin Dewan Serbaguna, penyambungan meter TNB dan rak di dalam stor dapur. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Kompleks Serbaguna adalah Pejabat Pendaftar Nikah Kahwin, Pengajian Kanak-kanak oleh Ustazah Wan Khadijah, Kuliah Wanita, Program Dapur Masjid, Penyediaan Makanan untuk Kenduri Hari Kebesaran, Gotong Royong Pemotongan Daging Korban, Ruang tambahan untuk solat Jumaat dan lain-lain. 2.2
Sam bu tan Har i K eb es ar an · Awal Muharram
2.3
·
Maal Hijrah
·
Isra Mikraj
·
Nifsu Syaaban
Aktiviti Riadah Kejohanan Badmin ton Masjid Daruss alam 2016
Biro Hal Ehwal Belia Masjid Darussalam telah mengadakan Kejohanan Badminton Masjid Darussalam pada 8 Mei 2016 bertempat di KSL Sports Puchong Utama. Pada edisi kali ini, dua (2) kategori telah diperkenalkan iaitu: 1. Bergu Lelaki Terbuka (18-45 tahun) 2. Bergu Lelaki Terbuka Senior (46 – 60 tahun) Sebanyak 24 regu telah mengambil bahagian di mana Regu Rudy Izhar dan Muhammad Syafiq Maula telah memenangi kategori pertama manakala regu Asamizam Tauhid dan Abdul Wahab telah memenangi kategori kedua.
11
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Karnival Sukan Masjid Daerah Petaling 2016
Buat julung-julung kalinya, Masjid Darussalam telah dijemput untuk menyertai Karnival Sukan Masjid yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 1 Oktober 2016 yang lalu bertempat di Frenzy Sport Center, Seksyen 16, Shah Alam. Pihak masjid telah menghantar pasukan badminton lelaki (perseorangan dan beregu) serta futsal. Pasukan futsal dan badminton perseorangan berjaya ke suku akhir manakala badmiton bergu terkandas di peringkat kumpulan. Pengurus pasukan untuk karnival tersebut adalah Imam Mohd Azrul Fitri.
2.4
K ar ni val K am pu ng ku K es ay an gan ku
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi telah menganjurkan Karnival Kampungku Kesayanganku pada 23 & 24 September 2016. Pelbagai program telah dilaksanakan di sekitar Puchong seperti di Masjid Istiqamah Kg Batu 13, Kg Seri Aman, Maahad Tahfiz Aman Bestari, Puchong Batu 14 dan lokasi utama bertempat di Masjid As Salam Puchong Perdana.
Masjid Darussalam telah menjadi salah satu distinasi lawatan suai mesra dengan rombongan exco untuk solat fardhu Asar. Rombongan tersebut disertai oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Ahmad Yunos Bin Hairi (EXCO Kerajaan Negeri Selangor), Yang Berhormat Puan Noor Hanim Binti Ismail (ADUN Sri Serdang), Tn Hj Zulkurnain bin Che Ali (Timbalan Yang DiPertua MPSJ), En Nasir bin Mamat (KPPD Pembangunan PD/TP), para pegawai MPSJ, Pejabat Daerah/Tanah Petaling, pegawai JKR dan lain-lain.
Pihak masjid telah membawa ahli rombongan melawat pembangunan kompleks baru Masjid Darussalam dan menyediakan minum petang kepada ahli rombongan. Dalam pada itu, Timbalan Nazir, Dr Latip Muhammad mengambil kesempatan berbincang dengan YB dan pegawai yang hadir tentang aktiviti dan program Masjid Darussalam serta pembangunan Kompleks Serbaguna MDSP. Pihak masjid mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada YB dan agensi terlibat. Terima kasih kepada YB dan ahli
12
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
rombongan kerana dapat menjalin hubungan yang harmoni dengan masjid ini. 2.5
Prog ram Pen gaji an
i.
Pengajian Selepas Maghrib dan Subuh ·
Ust Khairuddin Haiyon
: Pengajian Muamalat & Jinayat
·
Drs.Achmad Mued Rofii
: Kitab Sairus Salikin
·
Ust Taufeq Ozzad
: Pengajian Feqah
·
Ust Hj Mohamed Abd Hamid
: Pengajian Tasawwuf
·
Ust Mashud Salleh
: Soal Jawab Imam & Makmum
·
Ust Mohd Affendi
: Pengajian Sirah Nabawi
·
Ust Hafiz Samhuri
: Pengajian Hadis
·
Ust Aznur Abdullah
: Tafsir Juz Amma
·
Ust Rafeei
: Dosa-dosa Besar
·
Ust Ibrahim
: Mastika Hadis
·
Ust Azhar Tuarno
: Pengajian Akidah
·
Ust Firdaus
: Zakat
·
Malam Jumaat
: Bacaan Yassin
Pada tahun 2016, seorang ustaz baharu telah dijemput untuk memberikan kuliah bulanan iaitu Ustaz Firdaus (Zakat). Manakala 3 orang ustaz pula telah menamatkan pengajian iaitu Ustaz Karim (Usuluddin), Syeikh Majid Al Humaid (Tajwid Al-Quran) dan Y.Bhg Dato Abdul Majid Omar (Kitab Matlaul-Badrin).
ii.
Pengajian Wanita : Ahad 9.00 pagi ·
iii.
Pengajian Kanak-kanak ·
iv.
Ustazah Zawiah Bt Hassan
Ustazah Wan Khadijah Ahmad
: Pengajian Al-Quran
Pembelian dan Sumbangan buku-buku dan kitab agama.
Mulai bulan Ogos 2016, pengajian wanita setiap Ahad telah menggunakan Dewan Serbaguna di Kompleks Baru.
13
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
2.6
2.7
Program Pengisian Bulan Ramadhan dan Hari Raya
i.
Tahlil Perdana (Kongsi kenduri) di ambang Ramadhan
ii.
Majlis Iftar Ramadhan (berbuka puasa ) setiap petang
iii.
Bubur Lambuk Setiap Hari Ahad
iv.
Solat Sunat Tarawih
v.
Tadarus : Lelaki, wanita, remaja & kanak-kanak
vi.
Moreh
vii.
Tazkirah
viii.
Majlis Tahlil
ix.
Qiammulail
x.
Sahur
xi.
Majlis Khatam Al-Quran
xii.
Nuzul Quran
xiii.
Takbir Hari Raya Idul Fitri
K ur su s Haj i B er si ri Per cu ma 1438H
Masjid Darussalam dengan kerjasama Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Cawangan Puchong) telah menganjurkan Kursus & Ceramah Haji secara percuma. bermula hari Sabtu, 5 November 2016 dari 8:30 sehingga 11:00 pagi. Kursus ini akan diadakan selama 13 siri dengan penceramah jemputan yang disediakan oleh syarikat Andalusia. Semua jemaah dan ahli kariah dijemput hadir untuk m enimba ilmu pengetahuan berkenaan ibadah haji.
2.8
Pro gram Dap ur Mas ji d
Bertempat di Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam pada 2 Julai 2016, satu program bimbingan memasak untuk menu Hari Raya diadakan untuk kaum wanita. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyediaan masakan hari raya seperti serunding daging, sambal jawa, kerabu taugeh, kicap kerisik dan kuah kacang berdaging.
14
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Peserta seramai 26 orang hadir sejak jam 8:30 pagi lagi. Ahli kariah saling bertukar kemahiran dalam penyediaan makanan tersebut. Tuan Nazir Masjid Darussalam sendiri turut serta membimbing program tersebut. Tidak ramai yang mengetahui bahawa beliau mempunyai kepakaran dalam memasak makanan kenduri dalam skala besar. Di akhir program, setiap peserta akan membawa pulang setiap hidangan yang dimasak iaitu sebanyak lima (5) hidangan kesemuanya termasuk ketupat dan nasi impit untuk bekalan berbuka puasa nanti. Yang Dihormati Ketua Kampung, Tn Hj Sharif bin Hj Iskandar turut hadir program ini seterusnya merasmikan penggunaan dapur baru masjid di Kompleks Serbaguna. Beliau berasa gembira dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak masjid iaitu yang julung-julung kali diadakan di kawasan Puchong dan berharap program sebegini dapat dicontohi oleh masjid-masjid lain.
2.9
Majlis Khatam Al Quran Ramadan 1438H
Alhamdulillah pada tahun ini, hampir 85 orang ahli kariah Masjid Darussalam telah menyertai Program Tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan. Tadarus tersebut diadakan selepas solat sunat terawih dan diadakan hampir setiap malam. Bagi peserta tadarus lelaki dan wanita pula, tadarus al-quran diteruskan selepas subuh dan pada waktu pagi di dewan solat. Pecahan Peserta Tadarus adalah seperti berikut: 1) Kanak-kanak Lelaki (7-12 tahun) : 16 orang 2) Remaja Lelaki (13-20 tahun) : 26 orang 3) Kanak-kanak & Remaja Perempuan : 18 orang 4) Lelaki Dewasa : 18 orang 5) Wanita Dewasa : 9 orang Pihak Masjid Darussalam ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana kedatangan yang cemerlang iaitu melebihi 90%. Terima kasih juga kepada para pegawai, ahli jawatankuasa dan sukarelawan masjid yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini berlangsung, Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sharif selaku Ketua Kampung. Beliau juga dengan rasminya telah melancarkan Angkatan Remaja Masjid Darussalam. 15
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
3.0
Kempen Anti Denggi
Melihat kepada keruncingan masalah demam denggi di Selangor khususnya di daerah Puchong, pihak masjid dengan kerjasama MPSJ, telah mengadakan KEMPEN ANTI DENGGI pada 28 Februari 2016. Program yang julung kali diadakan di kariah masjid ini mendapat sambutan dan penyertaan yang amat baik dari ahli kariah. Gotong Royong untuk kawasan Kg Pasir Baharu dan Perumahan PKNS telah diadakan seminggu sebelum itu iaitu pada 21 Februari 2016. Pada 28 Februari 2016, pelbagai aktiviti dan program telah diadakan di masjid seperti: 1. Pertandingan Melukis & Mewarna Kanak-kanak 2. Demonstrasi Ukiran Buah 3. Pameran Anti Denggi 4. Bengkel Surah Al Fatihah 5. Ceramah Kesihatan & Islam oleh Ustazah Zawiyah 6. Tayangan Gambar Upin & Ipin (Cegah Denggi) Untuk Kanak-kanak 7. Sarapan & Jamuan Makan Tengahari 8. Pemeriksaan Kesihatan oleh Doktor Pelatih UiTM 3.1
Pengurusan Jenazah
Urusan mandi jenazah lelaki dan wanita telah dapat diuruskan oleh pihak pengurusan masjid. Pada 12 September tahun 2015, Imam Azrul telah mengadakan Kursus Jenazah secara tertutup kepada ahli kariah masjid yang berminat. Lebih kurang 21 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut dan alhamdulillah telah ada beberapa peserta yang turut membantu pegawai masjid memandi dan mengkafankan jenazah sebenar sepanjang tahun 2016. Untuk makluman, Imam Azrul telah mengikuti beberapa kursus jenazah yang dianjurkan oleh pihak JAIS & JAKIM. Beliau juga pernah mendapat ilmu memandikan jenazah daripada Allahyarham Tn Hj Ibrahim, mantan bilal jenazah Masjid Darussalam.
16
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
3.2
Gotong Royong
Program Gotong Royong telah dijalankan untuk meningkatkan keceriaan dan kebersihan masjid serta menjalinkan ukhuwah antara ahli kariah. Selain itu ia juga diadakan untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan penyakit denggi yang semakin membimbangkan di negeri Selangor. Antara aktiviti yang telah dibuat adalah:
3.3
3.4
·
Membersihkan kawasan persekitaran masjid
·
Membersihkan ruang dalam masjid dan stor
·
Membersihkan longkang
·
Membersihkan tandas lelaki & wanita
·
Vakum karpet
·
Menservis kipas angin dan lain-lain
Imam, Bilal, dan Siak Eksekutif (Rakyat)
i.
Tn Hj Osman Bin Mohamad
: Imam
ii.
En Anuar Bin Ahmad
: Bilal
iii.
En Aziz Che Ri
: Bilal
Ib ad ah Ko rban 1438H
Tahun 2016 merupakan tahun pertama pihak masjid memperkenalkan tabungan secara ansuran untuk ahli kariah melakukan ibadah korban. Ia dimulakan pada bulan November 2015 sehingga Ogos 2016 dimana harga untuk satu bahagian lembu adalah sebanyak RM600 manakala satu ekor kambing sebanyak RM850. Dengan inisiatif ini buat julung kali , jumlah binatang yang dikorbankan adalah paling tinggi direkodkan pada tahun ini. 13 ekor Lembu ( 2 ekor masing-masing sumbangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan 7 ekor kambing biri-biri. Sebanyak 46 individu/keluarga menyertai ibadah korban. 19 daripadanya adalah peserta yang menyertai Skim Ansuran Korban.
17
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
3.5
Ib ad ah Zak at & As naf Zak at
Lembaga Zakat Selangor telah melantik pegawai dan AJK masjid seperti berikut untuk menguruskan hal zakat fitrah dan asnaf di kariah Masjid Darussalam Ketua Penolong Amil Fitrah :
Imam Hj Huraimi bin Hamzah
Penolong Amil Fitrah (1)
:
Imam Mohd Azrul Fitri
Penolong Amil Fitrah (2)
:
En Abdul Aziz bin Othman
Ketua Penolong Amil Kariah :
En Mohamad Najib bin Hj Norawi
Penolong Amil Kariah (1)
:
Bilal Khairul Azhari bin Suleiman
Penolong Amil Kariah (2)
:
En Fauzi bin Ibrahim
Di dalam kariah Masjid Darussalam terdapat 6 orang di bawah asnaf fakir manakala 8 orang di bawah asnaf miskin
3.6
Program Infaq Barangan Dapur Untuk Fakir Miskin
Selain daripada bantuan zakat yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor, Biro Kebajikan & Keselamatan Masjid Darussalam telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan kotak khas untuk sumbangan barangan dapur kepada asnaf fakir dan miskin. Alhamdulillah sejak diperkenalkan pada bulan Oktober 2016, banyak sumbangan barangan dapur seperti beras, minyak, gula, garam dan sebagainya diterima daripada penderma-penderma. Hal pengurusan dan agihan barangan diterajui oleh Pengerusi Biro Kebajikan, En Abd Aziz bin Othman dengan bantuan Amil Kariah. Mudah-mudahan ia memberi kelegaan dan kemudahan kepada mereka apatah lagi kos sara hidup dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.
18
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
3.7
J aw an ku as a Bi ro -B ir o 2016 - 2018 Biro Pembangunan
Pengerusi
: En. Mohd Musleh Bin Yunos
Setiausaha
: En. Mazlan bin Mohammad
Biro Dakwah dan Pendidi kan
Pengerusi
: Dr.Latip Bin Muhammad
Setiausaha
: En. Mohd Azrul Fitri Bin Abu Bakar
Biro Keceriaan Dan Kebersihan
Pengerusi
: En. Baharuddin Bin Abdul Kudus
Setiausaha
: En. Aziz bin Mat Lodin
Biro Keraian Dan Jamuan
Pengerusi
: Pn. Nor Faizah Binti Mohammad Salim
Setiausaha
: En Khairul Azhari bin Suleiman
Biro Hal Ehwal Wanita
Pengerusi
: Pn. Zaini bt Alias
Setiausaha
: Pn Nur Izzah Kkanani bt Mohd Musleh
Biro Hal Ehwal Belia
Pengerusi
: En. Mohd Yusof Bin Kassim
Setiausaha
: En. Amirul Sulbah Bin Mohd Musleh
Biro Kebajikan Dan Keselamatan
Pengerusi
: En. Abdul Aziz bin Othman
Setiausaha
: En. Fauzi bin Ibrahim
19
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Biro Hal Ehwal Pengurus an Jenazah
Pengerusi
: En. Mohammad Najib bin Hj Norawi
Setiausaha
: En. Ros Abadi bin Abd Rahman
Biro Teknikal
Pengerusi
: En. Ramly Bin Abu Bakar
Setiausaha
: EN Abdullah bin Atan
Biro Tugas-tugas Khas
Pengerusi
: En. Mohd Ghazi bin Johar
Setiausaha
: En. Mohd Khairi Bin Hamzah
20
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Ahli Jawatankuasa Masjid Darusslam Puchong 2016 – 2018. Nazir
En Mohd Musleh Bin Yunos Timbalan Nazir
Dr.Latip Bin Mohamad Setiausaha
En. Mazlan bin Mohammad Penolo ng Setiausaha
En. Mohd Khairi bin Hamzah Bendahari
En Mohammad Najib bin Hj Norawi Imam 1
Hj Huraimi Bin Hamzah Imam 2
En. Mohd Azrul Fitri Bin Abu Bakar Bilal 1
En. Amirul Sulbah Bin Mohd Musleh Bilal 2
En. Khairul Azhari bin Suleiman
Siak 1
En. Aziz Bin Mat Lodin Siak 2
En. Abdullah Bin Atan
21
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
Ahli Jaw atan ku asa
En. Ros Abadi Bin Abdul Rahman En. Mohd Ghazi Bin Johar En. Abdul Aziz Bin Othman Pn. Norfaizah Binti Mohd Salim En. Fauzi bin Ibrahim En. Ramly Bin Abu Bakar
Ahli Jaw atan ku asa Waki l Pem ud a
En. Mohd Yusoff bin Kassim Ahli Jaw atan ku asa Waki l Wan it a
Pn Zaini bt Alias Pemeriksa Ki ra-Kira 1
En. Baharuddin bin Abdul Kudus Pemeriksa Ki ra-Kira 2
Pn. Nur Izzah Khanani Binti Mohd Musleh
22
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2016 (JANUARI – NOVEMBER) MASJID DARUSSALAM PUCHONG
23
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
LAPORAN PENYATA KEWANGAN KHAIRAT KEMATIAN TAHUN 2016 (JANUARI – NOVEMBER) MASJID DARUSSALAM PUCHONG
24
MESYUARAT AGUNG MASJID DARUSSALAM PUCHONG KALI PERTAMA SESI 2016-2018
USUL
25