Sejarah & Latar Belakang Sarawak Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang Salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak -negeri yang terbesar di Malaysia. Terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:Berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:Berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penglibatan Inggeris
Di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. 1839-Rajah Muda Hasim meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.
Raja Putih Sarawak
James Brooke
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.
Charles Brooke
Charles Anthoni Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya, James Brooke sebagai raja.
Charles Vyner Brooke
Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak. –
Sejarah muzik di Sarawak
Pengenalan Terdiri dari pelbagai suku kaum. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik minoriti yang lain. Muzik yang dibawakan juga mpunyai perbezaan. Pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.
Iban Muzik kaum iban terbahagi kepada empat jenis iaitu : a)Membran ofon b)Idiofon c)Kordofon d)Aerofon Muzik Iban dikategorikan kepada dua jenis iaitu muzik vokal dan muzik instrumental (Matusky,2004). Menurut Sandin (1980:88),upacara ritual dan perayaan amat memerlukan gabungan muzik seperti gong dan gendang.
Bidayuh muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.
Kaum-kaum Minoriti Sarawak
Orang Ulu (Kenyah)
Kayan
Penan
Kelabit
Mempunyai alat muzik yang tersendiri.
Alat muzik yang terdiri daripada Membranofon,Idiofon,kordofon,Aerofon
Muzik Awal Sarawak
Animisme Penyembuhan Perayaan Kedatangan Islam pada kurun ke-15 dan 16 di negeri tersebut-mempengaruhi muzik (org melayu) Namun, lagu-lagu tradisional yang bersifat spiritual, penyembuhan dan perayaan masih diamalkan dalam muzik awal di Sarawak.
Muzik Sarawak Semasa Zaman Penjajahan
kemajuan penggunaan alat-alat muzik serta bentuk muzik yang terdapat di Sarawak. Pengenalan terhadap teknologi-teknologi baru seperti radio dan televisyen telah sedikit sebanyak mula mengubah rupa bentuk muzik di Sarawak. masyarakat di Sarawak mula belajar menerima muzik-muzik daripada luar. mendengar dan melihat muzik melalui radio dan televisyen.
Muzik Sarawak Selepas Zaman penjajahan hingga Kini
Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan Internet, muat turun MP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Rakaman muzik tempatan banyak dijalankan muzik tradisional masih dimainkan dalam upacara perayaan dan untuk upacara spiritual. Banyak composer tempatan Sarawak yang memasukkan unsur-unsur tradisional di dalam lagu ciptaan mereka. Genre muzik pop dan ballada banyak digunakan dalam lagu tempatan pada masa kini.
Fungsi muzik kepada masyarakat
penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Muzik ini berperanan menaikan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Kini muzik tradisional di Sarawak memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai alat untuk menghibur dan mengiringi tarian, malah menjadi wadah penyatu masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
ALAT MUZIK DI SARAWAK
KATEGORI ALAT MUZIK
Erofon menghasilkan
bunyi melalui lubang udara. terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
kordofon mengeluarkan
bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan rebab, sape, satung, erhu
Membranofon menghasilkan
bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang
dan dipalu. Berbagai jenis alat gendang, rebana kompang Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat
Idiofon menghasilkan
bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang
bergema. kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.
SARAWAK
sejarah wujudnya alat muzik di Sarawak
cara pembuatan
kaum yang memainkan alat muzik ini
cara untuk bermain alat muzik
peranan alat muzik ini sendiri
Engkromong
berasal daripada Asia Tenggara. dikategorikan sebagai alat idiofon daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Terdapat lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'.
cara untuk memainkan - menyusun alat ini di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. - dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola ritma yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise menaik dan menurun.
Fungsi - muzik iringan tarian, dan dalam muzik kumpulan oleh orang-orang Iban di Sarawak. - berkait rapat dengan simbol kekuasaan dan kekayaan bagi masyarakat Iban.
Engkerurai
jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkan dalam bahan cetak. dikategorikan sebagai erofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Cara membuat - diperbuat dari buluh dan sejenis labu.
Pertama - penyediaan labu dan batang sejenis labu yang dikenali sebagai tangkong dipilih untuk membuat kotak suara. batang engkerurai biasanya buluh dari jenis yang dikenali sebagai temiang dipilih kerana kemerduan bunyi yang dihasilkan oleh buluh berkenaan serta saiznya yang kecil.
•
Kedua - pembuatan dan penentuan bunyi lidah. penting kerana menentukan bunyi yang bakal dihasilkan baik dari segi kehalusan mahupun ketinggian nada. Ketiga - susunan batang atau buluh engkerurai dan bunyi.
•
•
Batang atau buluh yang berkumpul dalam bulatan disusun mengikut bunyi dan setiap buluh mempunyai nama tersendiri. lebih bersifat berseorangan, solo mahupun mengiringi tarian. Peranan alat muzik boleh dipersembahkan pada sebarang waktu, tempat atau majlis kecuali sekiranya terdapat kematian di kawasan kampung berkenaan.
Sape
kumpulan kordofon. alat muzik bertali buatan tangan daripada sebatang kayu yang ditebuk menyerupai gitar. setiap alat muzik sape mempunyai ukuran lebih kurang 130 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar. dipusakai oleh orang Ulu Sarawak
dimainkan dalam tema yang berbeza bagi mengiringi tarian Ngajat atau Datun Julud. Cara maindiriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.
Gendang Perang dan gendang panjang
Gendang perang Kategori membranofon Orang perang Ulu seperti drum berbentuk silinder dengan unjuran sedikit di bahagian atas berhampiran kepala drum iaitu sedikit menyerupai drum jam pasir. Ukurannya sekitar 18 inci dan digantung horizontal dari atap. Hanya satu sisi ditutupi dengan kulit kerbau atau kulit lembu.
Gendang panjang
kaum Bidayuh
turut dikenali sebagai sebang yang mana memiliki tubuh silinder yang cerun ke bahagian bawah yang dimasukkan ke lantai di condong untuk memudahkan bermain. lima kaki panjang dengan satu pertiga daripada panjangnya dimasukkan di bawah lantai.
•
•
masa dahulu memberikan amaran serangan oleh puak-puak musuh. Masa sekarang gendang ini hanya digunakan untuk mengiringi tarian sahaja.
Bentuk Muzik Tradisi Sarawak
Setiap komuniti mempunyai cara persembahan tersendiri. Kebanyakan persembahan muzik sarawak bertujuan untuk upacara tarian dan upacara ritual. Ada persembahannya untuk memikat anak dara yang menjadi idaman si pemuda seperti pemuda yang bermain engkerurai. Skel yang digunakan dalam muzik sarawak adalah skel pentatonik dan skel major.
Bentuk Muzik Tradisi Sarawak
Alat yang dimainkan selalunya secara solo atau dalam bentuk ensembel. Alat muzik sarawak yang bermain secara solo seperti kesuling, silinguit, keluri, sape, engkerurai dan rudeing. Alat muzik yang bermain secara ensembel adalah seperti alat membrafon dan juga dimain dengan gabungan alat solo dan ensembel muzikal instrument. Terdapat alat muzik yang dimainkan untuk memberi amaran serangan oleh puak-puak musuh seperti gendang perang.
Bentuk Muzik Tradisi Sarawak
Terdapat alat muzik yang dituningkan seperti sape. Tuning sape adalah tali pertama dan kedua dituning dalam nada F3, tali tiga dan empat dituning dalam nada C4 ( tuning ini dalam kiraan major 5 th. Cara persembahan Sarawak juga mengiringi ensembel menyanyi oleh komuniti tertentu. Bentuk muzik Sarawak tidak dapat ditetapkan kerana cara dipersembahkan adalah mengikut kaum-kaum tertentu yang menggunakan alat yang berlainan.
Terdapat beberapa nama nada dan tanda yang digunakan dalam permainan alat muzik sarawak seperti contoh : engkerurai •
Nama Nada
Tanda
Bapak
B
Emak
E
Anak 1
1
Anak 2
2
Anak 3
3
Anak 4
4