PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
UNIT 1
ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.
1.1 Sinopsis Bab ini memaparkan strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasi diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran(pdp). Kebijaksanaan guru memilih strategi dan kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Justeru itu guru harus memilih kesesuaian tajuk dengan strategi dan pendekatan. Unit ini mengandungi: Analisis Strategi Strategi dan Pendekatan Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
1.2 Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1. Membanding beza di antara strategi dan pendekatan pendekatan pengajaran pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 2. Membanding beza di antara strategi berpusatkan guru, berpusatkan berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. 3. Membanding beza beza di antara pendekatan pendekatan bersepadu, bersepadu, induktif, deduktif, elektif, berpusatkan murid, tematik dan qudwah hasanah. 4. Mengaplikasi
pedagogi
Pendidikan
Islam
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran. 5. Mengelola sesi pdp Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.
Arahan 1. Baca dan fahami objektif modul. 2. Jawab soalan soalan berdasarkan berdasarkan pengalaman pengalaman sedia sedia ada. 3. Sila baca arahan dan dan isi kandungan dalam unit. 1
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
1.3 Kerangka Tajuk
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
STRATEGI
PENDEKATAN
Rajah 1 : Kerangka Tajuk
2
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.4 STRATEGI
1.4.1 Definisi Strategi Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan pelaksanaannya terhadap
semua aspek pdp. Ini
termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah,
teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan.
BERPUSATKAN GURU
STRATEGI
BERPUSATKAN
BERPUSATKAN
BAHAN
MURID
Rajah 2: Strategi pdp Dalam Pendidikan Islam
1.4.2 Jenis Strategi Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pdp pendidikan Islam ialah:
Strategi berpusatkan guru
Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan bahan
3
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.4.2.1 Strategi berpusatkan guru
Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pdp, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu; 1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala. 2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik. Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Demontrasi.
Syarahan/ Kuliah.
Bercerita.
Penerangan.
1.4.2.2 Strategi berpusatkan murid Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pdp. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses pdp dan guru hanya sebagai pemimpin untuk 4
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pdp lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Kumpulan.
Inkuiri penemuan.
Perbincangan.
Penyelesaian masalah.
Bermain.
Simulasi.
Sumbangsaran.
Projek.
Main peranan.
Penyoalan.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
5
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
1.4.2.3 Strategi berpusatkan bahan Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pdp dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pdp menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai. BBM memainkan peranan penting dalam proses pdp. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut; Ketepatan
Kejelasan
Keluasan
Kepelbagaian
6
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
Strategi yang dirancang perlulah:
Dapat meningkatkan keberkesanan pdp.
Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan.
Berpusatkan murid.
Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.
Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Audio-visual.
Pengajaran terancang.
Penggunaan bahan pdp.
Modul.
Penggunaan buku teks dan rujukan
7
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.5. PENDEKATAN
1.5.1 Definisi Pendekatan Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya
objektif
jangka panjang dapat dicapai. Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik.
Dalam pdp Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :
Memberi ilmu – kognitif.
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah - afektif.
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor.
Memupuk dan menanam penghayatan – afektif.
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif.
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid.
Menyepadukan faktor dan nilai.
Merentas kurikulum.
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai.
Memotivasikan murid dalam pembelajaran.
1.5.2 Jenis-jenis Pendekatan
Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pdp pendidikan Islam. induktif
Deduktif
Bersepadu
Pemusatan Murid
Elektif
Qudwah Hasanah
Tematik
8
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
INDUKTIF PEMUSATAN MURID
DEDUKTIF
PENDEKATAN DALAM pdp PENDIDIKAN ISLAM
EKLEKTIK
BERSEPADU
QUDWAH HASANAH
TEMATIK
Rajah 3: Pendekatan pdp Dalam Pendidikan Islam
1.5.2.1 Pendekatan Induktif Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagianbahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya: Guru akan meminta murid-murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian guru membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.
Contoh-contoh khusus
Memerhati, mengkaji, mengenalpasti, mentafsir.
Membuat generalisasi
Rajah 4: Proses pdp Melalui Pendekatan Induktif
9
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
Ciri-ciri pendekatan induktif: 1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan. 2. Mengutamakan pengantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan. 3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran. 4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit. 5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru. 6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan. 7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. 1.5.2.2 Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan
diamalkan
mengggunakan
strategi
penggabungjalinan
dan
penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
Kecintaan terhadap ilmu Kesinambungan Di Peringkat Rendah
Kepelbagaian Aktiviti
BBMK Perkembangan Potensi
Pelaksanaan Konsep Bersepadu Dalam pdp Pendidikan Islam
Penerapan Nilai
Kurikulum Dengan Kokurikulum
Gabungjalin Perentasan
Mengaitkan Dengan Masyarakat
Rajah 5: Proses pdp Melalui Pendekatan Bersepadu 10
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.5.2.3 Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Memperkenal teori/rumus, prinsip, hukum atau peraturan barui
Pilih teori/rumus, prinsip, hukum atau peraturan yang telah diketahui
Gunakan contohcontoh berkaitan
Murid mengukuhkan pemahaman tentang konsep
Rajah 6 : Proses pdp Melalui Pendekatan Deduktif
Ciri-ciri pendekatan deduktif: 1.
Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi.
2.
Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu.
3.
Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks.
4.
Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal.
1.5.2.4 Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pdp. Dalam pendekatan ini pdp boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza. 11
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.5.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid
Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pdp. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran.
Komunikasi berbentuk dua hala.
Guru
menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik.
Dalam pendekatan ini, pencapaian
objektif pembelajaran murid
diutamakan.
1.5.2.6 Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. Satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan. Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema
yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.
1.5.2.7 Qudwah hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara, malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role
model ).
Pelajar akan mencontohi sikap guru yang
ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
12
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
1.6 RUMUSAN
STRATEGI
Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif
Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
Mengambil kira segala aspek pembelajaran
Rajah 7: Rumusan mengenai strategi
PENDEKATAN
Cara mengajar berdasarkan objektif
Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
Rajah 8: Rumusan mengenai pendekatan
13
Mendokong sesuatu teori
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
LATIHAN
Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai strategi dan pendekatan, jelaskan: 1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pdp..
2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pdp dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut.
Aktiviti Pembelajaran :
Air Hujan
Air Laut
Air Sungai
Air Embun Air Mata Air
Salji
Air Paip /Perigi
1.
Berpandukan
gambar-gambar
di
atas,
dimaksudkan dengan pendekatan deduktif.
14
cuba
anda
jelaskan
apa
yang
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
2. Perhatikan gambar di bawah ini, apa yang anda faham
tentang pendekatan
Qudwah hasanah.
Perlakuan guru sering menjadi ikutan murid-murid
Sebagai ‘role model’ perlakuan begini amat tidak sesuai dilakukan oleh uru
Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan
Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pdp yang baik dan menarik?
15