Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.
Definisi bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-14 apabila pengaruh Islam / Arab datang kealam Melayu. - Pada peringkat permulaan bahasa yang digunakan masih lagi dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dengan bercampur-aduk bahasa Arab. Tulisan yang digunakan masih lagi tulisan kawi. - Bahan bukti pertama bahasa Melayu klasik ialah batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 702H (22 Feb 1303).
Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
- Pada peringkat permulaan sistem tulisannya dipengaruhi oleh system tulisan India seperti yang terdapat dalam batu bersurat Pagar Ruyung dan Minye Tujuh. - Apabila islam dan arab dating, tulisan arab bentuk kufi seperti dalam batu bersurat di Pekan, Phanrang dan di Champa. - Bagi menyesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu, huruf arab yang berjumlah 33 ditambah 6
Tatabahasa - Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan bahasa istana, dan kata perdu - Bahasa Istana seperti bersiram, santap, beradu - Kosa kata klasik seperti berahi, ceritera, masygul - Perdu kata (pangkal ayat) seperti alkisah, sebermula, hatta - Dari sudut ayat, bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat majmuk, ayat Songsang, dan ayat pasif.
c. Kosa kata
- Dengan adanya pengaruh Islam, kosa kata arab benyak diserap ke bahasa Melayu sejajar dengan konsep islam terutamanya apabila membicarakan bab hokum.
Contoh: sembahyang menjadi solat.
PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
- Tulisan Jawi merupakan aksara arab yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu - Perkataan Jawi berasal dari perkataan AlJawah yang bermaksud pulau Sumatera. Pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari Jawa. Manakala pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari perkatan peranakan iaitu campuran arab, parsi dan Melayu
- Bukti pertama penggunaan tulisan jawi terdapat pada batu bersurat Kuala Berang manakala manuskrip tertua dalam tulisan jawi ialah Aqaid Al Nasafi (1590 M)
- Pada peringkat awalnya tulisan arab menggunakan system baris, tetapi lama kelamaan dibuang barisnya menjadi tulisan arab gondol.
- Apabila menghadapi masalah, maka huruf saksi (vocal) diletakkan pada suku kata kedua dan ketiga.
- Sistem ejaan jawi yang lengkap ialah Pedoman Ejaan Jawi terbitan 1956 dan disempurnakan pada tahun 1986 hingga sekarang.
Surat-surat Awal Dalam Bahasa Melayu Klasik
Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan raja asing dan pedagang eropah. Oleh itu mereka menggunakan bahasa Melayu apabila mengadakan hubungan dengan mereka.
Antara surat yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu ialah:
a. Surat Sultan Ternatee kepada raja Portugal (1521M)
b. Surat Sultan Acheh kepada nakhoda Inggeris (1602M)
c. Surat Ala Al Din Shah kepada kapten Harry Middleton (1602M)
d. Surat Perisytiharan Lord Minto (1811M)
- Surat-surat di atas menjadi bukti bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua Franca sekitar abad yang ke 19.
Karya sastera Dalam Bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat letika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403-1511) - Antara karaya sastera zaman kerajaan Melaka ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah.
- Selepas kejatuhan Melaka perkembangan bahasa Melayu berpindah ke Acheh. Antara penulis dan karya yang terkenal ialah: a. Hamzah Fansuri (Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair SiBurung Pungguk b. Syamsuddin AlSumaterani (Mirat Al Mukminin,Miratul Iman) c. Nurudin al Raniri (Siratal Mustakim, Bustanul Salikin) d. Abdul Rauf alSingkel (Mirat alTulub)
Bukti-bukti Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu Klasik