Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa Sebagai lontaran idea yang pertama, terdapat pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk aserk seni bahasa Bahasa Melayu. Aspek seni bahasa dalam Bahasa Melayu merangkumi pelbagai skop yang merangkumi nyanyian, lakonan, dan sastera secara dasarnya. Jadi, teknik yang sesuai mestilah teknik yang bersifat fleksibel dan tidak membosankan sedangkan aspek seni bahasa sepatutnya diajar dengan situasi yang gembira, tidak tertekan, dan memiliki unsur didik hibur. Dengan ini, teknik main peranan yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan dapat memenuhi kehendak skop aspek seni bahasa. Hal ini kerana aktiviti main peranan dapat memberi peluang murid untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi. Secara langsungnya, murid yang bersifat pendiam dapat membina keyakinan diri di samping menggunakan bahasa yang bernas. Sebagai contoh, murid boleh diberi peranan sebagai seorang penyanyi untuk menyanyi. Murid boleh diberi peranan polis dan penjenayah untuk membincangkan isu penjenayahan dan sebagainya. Teknik ini sangat fleksibel untuk pelbagai tema dan unit Bahasa Melayu supaya pengajaran dan pembelajaran berunsur didik hibur. Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, teknik bercerita juga merupakan teknik teknik pengajaran dan pembelaja pembelajaran ran yang sesuai untuk aspek seni bahasa. bahasa. Teknik bercerita sesuai untuk membina kecekaan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang data menarik minat dan perhatian. Teknik bercerita ini boleh dilaksanakan di mana guru sendiri yang bercerita mahupun murid yang bercerita. Teknik ini bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistic iaitu jeda, nada, dan intonasi serta bukan linguistic iaitu mimik muka, gerak tangan, kepada dan sebagainya dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa. Misalnya, guru boleh memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid kemudian sesuaikan denga nisi pelajaran yang hendak disampaikan. Cerita tersebut harus dikaji dan cuna memasukkan aspek-aspek serta melafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Tambahan pula, objek autentik, boneka, gambar, dan bahan bantu mengajar yang sesuai juga boleh digunakan sebaiknya. Selain itu, teknik nyanyian juga merupakan teknik yang baik untuk skop nyanyian dalam aspek seni bahasa. Hal ini kerana, tiada cara lain untuk mencapai objektif nyanyian selain teknik nyanyian itu sendiri. Sebagai contoh, guru boleh memilih ataupun mengubah lirik lagu dengan kesesuaiannya mengikut tahap murid. Lirik lagu itu boleh dibaca dahulu sebelum dinyanyian. Kemudian, guru mengaitkan isi pelajaran yang terdapat dalam lirik lagu yang dinyanyikan.
Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa Pertama sekali, aspek tatabahasa merupakan pengetahuan tentang peraturan dan hukum sesuatu bahasa dan bukannya suatu kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Jadi, pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa haruslah menfokuskan penggunaan peraturan bahasa secara betul dan tepat. Dengan kata lain, aspek ini perlu diajar secara fakta dan konsepnya. Antara pendekatan yang sesuai ialah pendekatan eklektik yang mengabungakan pendekatan induktif dan deduktif. Rasional untuk menggunakan pendekatan eklektif selain daripada induktif dan deduktif ialah pendekatan ini boleh memenuhi pelbagai tahap murid dari segi kefahaman. Pendekatan eklektif dapat menjelaskan sesuatu konsep dan juga mendorong murid untuk mengaplikasikannya serta merumuskan semula. Sebagai contoh untuk pengajaran golongan kata adjektif, guru boleh memberikan pelbagai rangsangan contoh kata adjektif diikuti dengan penjelasan konsep kata adjektif dan akhirnya meminta murid untuk menjana idea memberi contoh lain yang belum disebut oleh guru. Jika dilihat secara menyeluruh ketika melihat prosedur yang menerapkan pendekatan tersebut, kaedah tatabahasa terjemahan merupakan kaedah yang sesuai digunakan. Sebenarnya, kaedah tatabahasa terjemahan meurpakan kombinasi kaedah tatabahasa dan kaedah terjemahan. Kaedah ini menekankan kemahiran menulis dan bukan bertutur. Pengajaran dan perbendaharaan kata akan diberi awal sesi pengajaran. Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa dan dihafaz sebagai cara menguasai bahasa. Sebagai contoh, guru memberi penerangan kepada murid mengenai konsep kata adjektif diikuti dengan contoh kemudian murid diminta untuk menghafaz penggunaan kata adjektif. Perbendaharaan kata akan diberi untuk dihafal. Akhirnya, murid diminta untuk membina ayat dengan menggunakan perbendaharaan kata. Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, sebagai strategi atau taktik untuk pendekatan dan kaedah tersebut, teknik latih tubi merupakan teknik yang sesuai untuk aspek tatabahasa. Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari untuk meningkatkan taraf penguasaan dan pencapaian sesuatu kemahiran supaya kekal membentuk tingkah laku pembelajaran. Hal ini kerana tatabahasa merupakan sesuatu fakta yang perlu dihafal dan diingati, teknik ini memang dapat mengukuhkan peringatan sesuatu pengetahuan. Sebagai contoh, guru boleh mengulangkan contoh kata adjektif serta penggunaanya dalam ayat sehingga murid dapat ingat dan mengaplikasikannya sebagai suatu kebiasaan.