Berikan gambarajah tentang Kon Pengalaman Pembelajaran Dale ( 1946). Pada setiap aras kon ini berikah huraian dengan mengemukakan contoh-contoh yang tepat. Aras manakah yang anda fikirkan paling utama dan mengapa?
1.0
PENDAHULUAN
Proses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpukan pada satu aspek semata-mata, malahan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam menarik minat para pelajar untuk mendalami sebarang ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P (P&P)) adaka adakala lany nyaa memb membos osan ankan kan para para pela pelaja jarr seki sekira rany nyaa topi topik k atau atau taju tajuk k yang yang dibincangkan tidak menarik minat dan perhatian mereka. Untuk itu, guru memainkan peranan penting dalam usaha untuk menarik minat pelajar di samping mengaplikasikan segala kemahiran yang ada untuk kembali memancing supaya pelajar dapat memahami dengan tepat mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. dibincangkan. Untuk itu, Kon Pengalaman Pengalaman Pembelajaran Dale merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses P&P supaya pelajar dapat memahami dengan mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan. Dalam Kon ini, Dale menegaskan mengklasifikasikan bahawa mengenai media dan teknik yang boleh digunakan dalam P&P untuk proses pembelajaran berkesan. 2.0 2.0
KON KO N PEN PENGA GALA LAMA MAN N PEM PEMBE BELA LAJA JARA RAN N DAL DALE E (19 (1942 42))
Rajah 1: Kon Pengalaman Dale (1964) 1
Rajah 1 merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasakan oleh Dale yang boleh digunakan oleh para-para guru untuk meyesuaikannya dalam bidang P&P.
Terdapat 3 tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale iaitu persimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Di bawah tahap persimbolan, kon pembelajaran Dale memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan dan juga simbol penglihatan. Pada tahap kedua pula, Dale telah memecahkannya kepada 4 bahagian iaitu rakaman radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakala pada aras terakhir iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3 peringkat iaitu lakonan/main peranan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalam langsung. Ketiga-tiga aras pengaman belajar yang diutakan oleh Dale mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah mengajar. Guru perlu bijak dan pandai untuk menyesuaikan setiap aras dengan bentuk P&P yang akan disampaikan kepada pelajar. Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak. Peringkat penglibatan misalnya, Dale telah menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa, penilaian, mereka bentuk dan mencipta. Sebagai contoh, jika guru sejarah mahu menceritakan mengenai faktor-faktor dalam pembinaan negara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kertas untuk menulis faktor-faktor tersebut dan kemudiannya mereka akan mengkritik atau menilai jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul ataupun salah. Hal ini melibatkan proses analisis di mana murid secara tidak langsung telah memainkan peranannya dengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan yang telah diberikan oleh kumpulan lain dan menilai sama ada jawapan itu betul atau salah. Penialain mereka adalah berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan mengetahui sama ada jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah. Guru kemudiannya akan melakukan proses pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui tayangan video atau gambar mengenai proses-proses pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid akan mengetahui jawapan yang betul serta salah. Peringkat seterusnya ialah persimbolan di mana guru akan meminta murid untuk menyenaraikan semula faktor-faktor pembinaan Negara Bangsa. Daripada huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa nerpandukan Kon
2
Pengalaman Pembelajaran Dale, aktiviti dalam proses P&P dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan tidak membosankan.
3.0 FUNGSI KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE DALAM BIDANG PENDIDIKAN.
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale boleh diklasifikasikan sebagai mentor kepada guru dalam memilih langkah atau aras yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Proses P&P. Sebagai contoh, dalam aras kedua iaitu pemerhatian, guru boleh menggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu topik. Aras pemerhatian secara ringkasnya merupakan satu aras yang melibatkan penggunaan mata di mana murid akan melihat sesuatu perkara di sekeliling dan cuba mengaitkannya dengan proses P&P. Misalnya dalam bidang pendidikan sejarah, untuk memudahkan murid memahami dan mengingati dengan lebih mendalam mengenai bentuk-bentuk rumah yang terdapat di malaysia, lawatan ke muzium merupakan satu langkah dalam aras pemerhatian yang boleh digunakan. Hal ini disebabkan kerana, murid terlibat secara tidak langsung kerana mereka melihat, menilai dan mengingat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Dale di mana beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan. Untuk itu, setiap aras sememangnya memainkan peranan dan funsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yang akan diterima oleh pelajar.
3
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale juga menekankan penggunaan media dalam proses P&P. Depdiknas (2004: 4) merumuskan bahwa media pembelajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan, merangsang fikiran, perasaan, perhatian dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terjadinya proses P&P dalam diri pejar itu sendiri. Meida mampu memberikan ransangan yang variatif kepada otak sehingga dapat berfungsi sehingga ke peringkat maksimum.
Selain itu, penggunaan media juga dapat mengatasi perbezaan pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Maksudnya, jika pelajar tidak berpeluang untuk melihat sendiri binaan Piramid di Mesir, media boleh membawa murid untuk merasai dan melalui pengalaman itu. Dalam aras Kon Pembelajaran Dale, ia berada pada aras ketiga iaitu penggunaan alat dan bahan sebagai model serta penggunaan bahan bercorak 3 dimensi. Dalam hal ini, media dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya murid tidak tertinggal jauh di belakang. Penggunaan media juga dapat mengatasi masalah ruang. Satu perkara yang mustahil untuk membawa masuk model meriam atau membawa istana Melaka ke dalam kelas untuk pengajaran sejarah, tetapi dapat direalisasikan melaui penggunaan media seperti tayangan video atau gambar. Hal ini secara tidak langsung memudahkan guru dan murid dalam proses P&P. Apabila pelajar terlibat dengan proses P&P, secara tidak langsung mereka telah telah melalui pengalaman konkrit, asas kepada pejaran itu telah dimiliki dan hanya perlu dikembangkan melalui pengalaman serta penggunaan aras yang seterusnya sahaja. Sesuatu pengalaman abstrak pula akan berlaku sekiranya penggunaan sesuatu simbol visual atau verbal yang memainkan peristiwa itu. Contohnya melalui penglihatan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
4.0 SUMBANGAN KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE.
Kon pembelajaran Edgard Dale sememangnya menyumbang banyak kemajuan dalam bidang pendidikan apabila teknik mengajar serta penggunaan pelbagai aras untuk menarik minat pelajar diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan juga pembelajaran. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan
4
media dalam pengajaran. Jadi, secara tidak langsung, Kon pembelajaran Edgard Dale sememangnya menyumbang banyak kebaikan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah, dapat dimanfaatkan oleh guru supaya penggunaan bahan media dan teknik mengajar mengikut aras dapat dilakukan dengan tepat, proses P&P menjadi lebih jelas dan juga menarik, efisen dari sudut tenaga dan menjimatkan waktu, wang meningkat kualiti pembelajaran pelajar serta dapat menarik minat pelajar supaya mengkaji sesuatu hal itu dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika seorang guru sejarah itu mengajar mengani pembinaan Piramid di Mesir. Cara yang paling berkesan menurut Dale ialah membawa pelajar ke Mesir dan melihat sendiri piramid kerana ia akan menjadi pengalaman berbentuk enaktif yang akan memudahkan pelajar untuk mengingati, tetapi ia juga akan melibatkan kos yang tinggi dan Dale mencadangkan agar diganti dengan pengalaman ikonik yang dapat murid peroleh melalui tayangan video tetapi disampaikan dengan cara yang menarik supaya maklumat yang ingin disampaikan kepada murid diterima dengan baik dan hal ini dilihat bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Rahadi (2004: 13 -16) di mana beliau mengklasifikasikan manfaat media pembelajaran kepada 3 iaitu manfaat secara umum, terperinci dan juga praktis.
5.0
HURAIAN
DAN
LANGKAH
MENGIKUT
KON
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN DALE.
Dalam Kon Pengalama Pembelajaran dale, terdapat 3 aras utama yang setiap satunya memainkan peranan yang tersendiri, 3 aras yang dimaksudkan ialah persimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Setiap aras pula mempunyai pecahan-pecahannya yang tersendiri. Dari sini, guru boleh memilih mana-mana aras untuk disesuaikan dengan proses P&P atau mencampurkan kesemua aras supaya proses pembelajaran itu menjadi lebih sempurna apabila murid mendengar, menulis, melihat dan merasai kesemua pengalaman-pengalaman itu. Jika seseorang guru sejarah mahu mengajar mengenai ”Proses Kemerdekaan Negara”, teknik bercerita berdasarkan teks sahaja adalah tidak mencukupi, malahan akan membuatkan suasana kelas menjadi bosan dan suram kerana tidak mempunyai sesuatu yang menarik untu menarik minat pelajar. Berbeza sekiranya seseorang guru itu menggunakan teknik yang terdapat dalam Kon pengalaman
5
Pembelajaran Dale kerana Edgard Dale menggalakkan kepada proses pembelajaran yang aktif dimana pelajar tidak hanya mendengar semata-mata, tetapi ”terlibat” secara langsung dan tidak langsung dalam peristiwa itu. Beberapa teknik dan cara yang boleh dilakukan berdasarkan kepada Kon Pengalaman Pembelajaran Dale ialah:
1. Pengalaman langsung Di bawah aras ini, guru akan menyampaikan serba sedikit mengenai proses kemerdekaan di Tanah Melayu supaya murid dapat memperoleh fakta dan juga pengalaman.
Murid
juga
boleh
membaca
teks
yang
disediakan
untuk
memperkukuhkan mengenai bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
2. Penggunaan alat/ bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi. Penggunaan model serta alat 3 dimensi terletak di bawah aras penglibatan di mana guru akan melibatkan murid dalam proses P&P melalui model-model 3 dimensi yang berkaitan dengan subjek sejarah yang bercerita mengenai bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 ogos 1957. Penggunaan bendera Malaysia, potret Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta lukisan atau gambar Dataran Merdeka boleh digunakan supaya murid dapat menangkap dengan lebih cepat mengenai apa yang ingin disampaikan oleh guru. Dalam hal ini, murid akan terlibat dalam peristiwa ”Merdeka” ini melalui penggunaan model-model di atas.
3. lakonan/ Main Peranan Lakonan atau main peranan juga berada di bawah aras penglibatan menurut Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Dalam hal ini, guru boleh melakukan aktiviti di dalam kelas. Misalnya mengarahkan pelajar untuk melakonkan kembali peristiwa kemerdekaan berdasarkan jalan cerita yang diberi. Penglibatan ini akan menarik minat pelajar kerana mereka berperanan dan secara tidak langsung menjadikan proses P&P itu lebih menarik.
6
4. Demonstrasi/ Tunjuk cara Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan utama dalam menunjukkan contoh supaya lebih difahami oleh murid. Misalnya, di dalam peristiwa Merdeka, Tunku Abdul Rahman akan diiring oleh kereta mengelilingi Dataran Merdeka dan dikelilingi oleh ribuan rakyat untuk melaungkan kata-kata keramat ” Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Sebanyak 3 kali. Seterusnya, pelajar akan lebih mudah untuk mengingati mengenai peristiwa merdeka tersebut.
5. Lawatan Lawatan juga terletak di bawah aras penglibatan dan guru boleh membawa murid ke muzium atau tapak berlakunya kemerdekaan negara supaya mereka dapat melihat keadaan secara langsung.
6. Pameran Pameran juga merupakan antara perkara yang terdapat di bawah Kon Pengalaman pembelajaran dale di mana pameran juga dapat mengukuhkan minda pelajar kerana mereka akan ditayangkan dengan pelbagai alatan atau juga poster, pamplet serta sebagainya lagi yang secara tidak langsung turut bercerita mengenai peristwa kemerdekaan itu sendiri. Hal ini diakui oleh Edgard Dale apabila beliau menyatakan bahawa seseorang murid itu akan lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara sekiranya dia mendengar, melihat dan melaui sendiri peristiwa itu.
7. Televisyen Televisyen merupakan satu contoh pengunaan media yang sangat membantu sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Murid dapat melihat sendiri peristiwa kemerdekaan yang ditayangkan di televisyen. Walaupun aktiviti ini merupakan aktiviti pasif dimana murid hanya melihat, ia sebenarnya meninggalkan semangat yang mendalam sekiranya mereka menghayati jalan cerita yang disampaikan sekaligus dapat menanamkan semangat cintakan negara.
7
8. Rakaman radio/ gambar. Guru boleh menggunakan aras ini untuk memperlihatkan kepada murid mengenai rakaman gambar atau video mengenai kemerdekaan negara. Selingan berbentuk aktiviti juga boleh dilakukan untuk mengukuhkan minda pelajar.
9. Simbol Penglihatan Dalam proses ini, guru boleh duduk bersama pelajar dan membincangkan pokok pokok utama dalam isu kemerdekaan negara berdasarkan tayangan gambr, video serta bahan bantu mengajar yang lain sebelum mereka terus ke langkah seterusnya iaitu menulis karangan.
10. Simbol Lisan Murid kemudiannya akan diminta menulis sebuah karangan mengenai ”Proses Kemedekaan Negara”
Berdasarkan kepada Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, sesi P&P akan menjadi lebih seronok dan berkesan kerana guru menggunakan setiap aras dengan contoh yang baik dan tepat.
6.0 KONSEP
SUMBER
BELAJAR
BERASASKAN
KON
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN DALE
Sumber belajar yang dimaksudkan di sini ialah alatan-alatan yang digunakan untuk proses P&P seperti penggunaan alatan media dan juga alat bantu mengajar seperti papan tulis, buku teks, bilik tayangan dan sebagainya lagi. Sumber-sumber ini berada dalam lingkungan kegiatan belajar yang bertujuan untuk memaksimumkan pemahaman murid terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Dalam proses P&P, guru seharusnya bijak untuk menggunakan kemudahan sumber belajar untuk menarik minat pelajar. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar mengenai perang dunia kedua. Komunikasi sehala mungkin akan mematikan minat
8
pelajar untuk mendengar perkataan demi perkataan. Untuk itu, guru perlu kreatif untuk memperlihatkan suasana perang dunia kedua kepada pelajar. Penggunaan sumber belajar seperti bilik tayangan dan juga enskilopedia dapat membantu pelajar melihat mengenai suasana perang yang sebenar. Guru juga boleh mengarahkan pelajar untuk melakonkan kembali watak atau membawa pelajar kembali pada ”zaman perang dunia kedua” melalui kemahiran mereka yang tersendiri dan dibantu oleh penggunaan sumber belajar. Konsep ini sememangnya membawa banyak kebaikan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul dan terancang seperti proses P&P menjadi lebih menarik, interaktif, dan meninggalkan kesan
yang mendalam kepada pelajar. Kemahiran
guru dalam
menggunakan sumber belajar seperti kemahiran menggabungkan antara teks, gambar, audio, muzik, animasi dan juga video dalam proses P&P mengikut aras dan teknik yang telah dinyatakan oleh Dale akan membuatkan proses P&P mencapai matlamatnya. Hal ini disebabkan oleh setiap murid mempunyai tahap penerimaan yang berbeza, untuk itu, guru perlu bijak menggunakan alat bantu mengajar atau sumber belajar ini dengan tepat dan berkesan supaya semua murid dapat menerima input yang ingin disampaikan.
7.0 PEMILIHAN ARAS PENGLIBATAN SEBAGAI ARAS PENTING DALAM KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE SEBAGAI ARAS PENTING DALAM PROSES P&P.
Menjawab kepada soalan yang ditanya, saya memilih lakonan dan main peranan di bawah aras penglibatan sebagai aras terpenting jika dibandingkan dengan aras-aras yang lain. Hal ini disebabkan jika murid terlibat dalam sesuatu perkara, adalah lebih mudah untuk mereka memahami dan mengingati kerana mereka berada dalam peristiwa tersebut. Jika murid hanya melihat, mendengar atau membaca semata-mata, ia mungkin kurang menarik minat serta membuatkan mereka bersikap acuh tidak acuh. Hal ini disebabkan kerana, jika guru hanya memilih komunikasi sehala yang tidak melibatkan peranan murid dalam P&P, tidak mustahil apa yang disampaikan oleh guru ibarat mencurahkan air ke daun keladi, kerana murid mungkin akan berfikir guru tersebut tidak akan bertanya apa-
9
apa soalan. Jadi proses P&P itu akan berlangsung dalam keadaan serta suasana yang hambar.
Sebaliknya, jika guru meggunakan aras penglibatan dengan baik, proses P&P akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka murid akan berusaha untuk mendalami serta mengkaji dengan lebih mendalam mengenai setiap aspek yang dibincangkan. Sebagai contoh, seorang guru sejarah yang mahu mengajar mengenai sistem tanaman di Tanah Melayu pada tahun 1900. Perkara yang boleh dilakukan oleh guru di bawha aras penglibatan ini seperti lakonan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalaman langsung. Di bawah pecahan pertama, iaitu lakonan, guru boleh mengarahkan murid untuk melakonkan kembali suasana pada tahun 1900 berdasarkan latar belakang zaman tersebut yang boleh dipaparkan melalui penggunaan alat bantu mengajar sebagai model bercorak 3 dimensi. Misalnya, dengan mambawa alatan pertanian tradisional seperti cangkul, bajak, sabit, kain sarung serta diperkuatkan lagi dengan tayangan gambar supaya murid dapat melihat kesemua perkara perkara ini dengan jelas. Selain itu, aspek emosi serta ketepatan juga perlu dinilai dengan betul supaya peristiwa itu kelihatan seperti benar-benar berlaku pada tahun 1900.
7.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kon Pengalaman Pembelajaran Dale semangnya banyak membantu guru dalam proses P&P jika digunakan secara tepat kerana teknik-teknik serta setiap aras yang terdapat dalam kon ini mempunyai peranan dan cara perlaksanaannya yang tersendiri. Jadi, guru sebagai pendidik perlu bijak dalam mengawal serta memastikan apa yang diajar dapat difahami oleh murid sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan juga terbilang salam setiap aspek.
10