SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPI TOPIK K4
TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Sinopsis Topik ini membincangkan membincangkan Teori Pembelajaran Pembelajaran Bruner. Bruner. Anda akan akan belajar belajar tentang pembelajaran induktif sain sains. s.
dan macam mana kanak-kanak kanak -kanak belajar konsep
And Anda jug juga a akan akan dipe diperk rken enal alka kan n imp impli lika kasi si teor teorii pem pembe bela lajjaran aran ini ini unt untuk uk
mengajar sains sekolah rendah.
Objektif
Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner
Jelaskan Pembelajaran Induktif
Menerangkan implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)
Teori Pembelajaran Bruner
Pembelajaran Induktif
Pembelajaran Konsep
1
Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4.1
Teori Pembelajaran Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan
seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan secara bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanakkanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan.
Oleh itu kanak-kanak
sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang signifikan.
Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak. Dalam
proses
pemahaman
konsep,
Bruner
telah
menyatakan
bahawa
perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
(a) Peringkat enaktif (0-2 tahun) (b) Peringkat ikonik (2-4 tahun) (c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)
(a)
Peringkat Enaktif Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu
yang menarik
perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak
menggunakan
anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.
2
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
(b)
Peringkat Ikonik Pada
peringkat
ini
(2-4
tahun),
kanak-kanak
telah
berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.
(c)
Peringkat Simbolik Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan
simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.
Pembelajaran Penemuan Bruner Bruner
telah
mengemukakan
Pembelajaran
Penemuan.
Bruner
berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan oleh Bruner dikenali sebagai Pembelajaran Penemuan.
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti bukubuku di perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru, 3
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
4.2
Teori Pembelajaran Induktif
Kajian
Jerome
Bruner
menunjukkan
bahawa
guru
seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan.
Untuk itu, Bruner
mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif dan pembentkan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran induktif yang bermula
dari spesifik ke umum. Menggunakan
pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah satu contoh pemikiran induktif.
Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak
adalah dibina secara
perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.
4
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Pembelajaran Induktif
Memain peranan
Latihan Pembentukan Konsep
Aktiviti lain
Aktiviti Amali
Difinisi konsep oleh kanak-kanak
Langkah-langkah dalam Pembelajaran Induktif
Kanak-kanak diberi pengalaman and contoh-contoh spesifik untuk konsep yang akan ditemui.
Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali cirri-ciri persamaan dan perbezaan.
Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum.
Kanak-kanak
menguasai
pemahaman
konsep
yang
dikenali
dan
mengaplikasikan konsep dalam situasi baharu.
4.3
Pembelajaran Konsep
Konsep adalah kategori mental yang membantu kita mengklasifikasikan objek, kejadian atau idea. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri yang umum. 5
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Pembelajaran konsep adalah satu strategy yang memerlukan seorang kanak-kanak membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak relevan.
Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kompulan atau kategori yang
telah
dibentuk
oleh
guru
mereka.
Kanak-kanak
kemudian
membandingbeza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang mempunyai
sifat-sifat
tersebut
dengan
contoh-contoh
yang
tidak
mempunyai sifat-sifat tersebut.
4.4
Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
Dengan itu guru perlu
menyediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh
dan merasa.
Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi kanak-kanak di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa. Penglibatan
murid-murid
penting
agar
mereka
dapat
menikmati
pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran. Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku 6
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
yang diingini. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.
Soalan tutorial 1. Berdasarkan Teori Induksi, terangkan bagaimana anda dapat mengajar satu konsep sains kepada kanak-kanak tahun 1. 2. Bincangkan implikasi Teori Bruner dalam pengajaran sains sekolah rendah.
Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://olc.spsd.sk.ca/DE/PD/instr/strats/cattain/index.html (Concept Attainment) http://education.uncc.edu/theafner/SS%20Methods/a_step_by_step_guide_concep t_attainment.htm (Concept Attainment) http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/7.4.html (Discovery learning)
7