4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 5- Koordinasi Motor –mata –tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. 6- Pertalian jarak (Spatial Relationship) Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. 7- Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. 8- Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. 9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. 10- Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. Panduan melaksanakan ujian pengamatan: 1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. 2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan. 3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. 4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. 5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. 6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. UJIAN PENCAPAIAN 1. Pengenalan Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif. 1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas. 1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses
pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan. 2. Pelaksanaan. Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas. Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan. Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.