Pengenalan Di Jepun, Zaman Tokugawa muncul pada tahun 1600 menggantikan Zaman AzuchiMomoyama. Zaman ini dikaitkan dengan beberapa aspek yang penting seperti urbanisasi yang pesat dan pengaruh konfucianisme kepada masyarakat Jepun.
1
Dalam sistem
pemerintahannya, maharaja hanya berperanan dari segi istiadat atau kesusasteraan manakala hubungannya dengan daimyo dikawal oleh bakufu. Feudalisme Jepun diamalkan dengan pembahagian antara kelas seperti bushi, petani dan chonin. Dasar pengasingan Jepun atau dikenali sebagai sakoku dilaksanakan mulai tahun 1600 tetapi pertumbuhan ekonomi yang pesat masih berlaku dalam pasaran tempatan. 2 Dengan itu, dasar tersebut membawa satu tempoh aman yang panjang di Jepun tanpa pengaruh Barat. Zaman Tokugawa merupakan peringkat terakhir Jepun mempunyai masyarakat berasaskan pertanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan populasi penduduk hampir 30 juta penduduk pada akhir abad ke-17. Hakikatnya, ia tidak dapat lari daripada pernyataan bahawa sejarah Tokugawa dibentuk melalui aktiviti pertanian, kampung perladangan dan golongan petani. Dari segi perkampungan, terdapat kampung pertanian, kampung pergunungan dan kampung perikanan semasa Zaman Tokugawa. Oleh itu, aktiviti perladangan merupakan kerja asas bagi masyarakat luar Bandar. Lama-kelamaan, aktiviti pertanian mengalami kemajuan komersial dan teknologi yang besar sehingga mewujudkan proses pembandaran dalam zaman tersebut.3 Zaman inilah yang menjadi landasan untuk pemodenan pesat pada zaman Meiji berikutnya.
1
Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 51. Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun …, hlm. 53. 3 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And Agrilculture”. Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (pnyt). Tokugawa Japan: The Social And Economic Antecedents Of Modern Japan. Tokyo, University of Tokyo Press, 1991, hlm. 37. 2
1
Zaman Tokugawa Kini Dianggap Sebagai Zaman Awal Moden Sememangnya, Zaman Tokugawa dianggap sebagai zaman awal moden pada masa sekarang kerana ia melibatkan aspek politik, aspek ekonomi dan aspek sosial yang menyumbang ke arah pemodenan di Jepun. Aspek Politik Semasa Zaman Tokugawa, Tokugawa bakufu bakufu meneruskan apa yang diwarisi oleh pemerintah sebelumnya iaitu pengasingan organisasi sosial antara petani dan samurai setelah berjaya mengambilalih pemerintahan Toyotomi Hideyoshi. Seseorang hanya boleh menjadi petani atau samurai sahaja. Para pedagang dan tukang-tukang diwajibkan untuk berpindah ke bandar bersama-sama samurai. Oleh itu, hanya petani berada di kampung untuk mengusahakan aktiviti pertanian. Sebenarnya, bakufu hanya mengekalkan pemetaan kadastral yang dilakukan oleh Hideyoshi untuk memperkukuh asas politik pada masa itu.4 Pada akhir abad ke-17, semua tanah pertanian direkodkan. Terdapat 3 jenis tanah yang dikategorikan iaitu tanah padi, tanah tinggi dan tanah kediaman. Dalam masyarakat Tokugawa, kokudaka menjadi kayu pengukur untuk menentukan saiz sesebuah kampung dan skop pengeluaran pertanian. Jumlah nasi yang perlu dibayarkan kepada bakufu dan daimyo oleh petani sebagai cukai feudal berdasarkan kokudaka.5 Pada tahun 1644, bakufu mengarahkan para pentadbir untuk menyediakan rekodrekod tentang bangunan, penduduk dan kuda untuk mendapatkan jumlah populasi penduduk. Bancian tersebut membolehkan pemerintah untuk mengawasi para petani dan mengenakan cukai tanah. Contohnya, apabila berlakunya sesuatu peperangan, petani turut akan dikerah untuk berperang dan dipaksa membayar cukai tanah.6 Cukai tanah yang dikenakan terhadap
4
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm.38. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 42. 6 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 39. 5
2
petani adalah secara keseluruhan bukannya secara individu. Hal ini bermakna jika seseorang petani tidak membayar cukai, seluruh kampung akan mengalami defisit. Sistem ini merupakan sistem cukai yang berlainan daripada zaman lain kerana ia merupakan tanggungjawab bersama para penduduk untuk membayar cukai bersama. Tetapi, setelah bertahun-tahun lamanya, kutipan cukai menjadi sukar apabila para petani telah melakukan pembahagian tanah atau membuat cagaran atau menjual kepada pihak ketiga dalam tempoh tersebut. Oleh itu, jumlah cukai sukar ditentukan terhadap seseorang petani.7 Dalam menyekat ajaran agama Kristian, bakufu melakukan kajian tentang fahaman agama untuk menyekat penduduk daripada menganut agama terlarang seperti agama Kristian pada tahun 1614. Bakufu telah melaksanakan sistem 5 orang lelaki iaitu gonin-gumi untuk mengajak orang ramai pergi ke kuil Buddha dalam melaksanakan polisi melarang penyebaran agama Kristian.8Semasa Zaman Tokugawa, bakufu telah menggubal Proklamasi Keian yang merangkumi 32 artikel pada tahun 1649 untuk mengawasi para petani. Oleh itu, para petani perlu mematuhi arahan bakufu. Dalam proklamasi berkenaan, “...peasants work diligently at their farming, rise early in the morning to cut grass, cultivate fields during the day and make straw ropes and sacks at night. Except when sleeping they were to devote all their time to farm work…”.9
Hal ini dapat membuktikan bahawa para petani perlu bekerja dari siang sehingga malam kecuali waktu tidur. Proklamasi tersebut juga menghuraikan tentang cara yang betul untuk menjaga kuda, lembu, pakaian, kesihatan dan menghormati ibu bapa.10 Dengan itu, ia dapat dilihat bahawa kawalan ketat bakufu terhadap seseorang petani. Dari segi peranan bakufu dan daimyo, mereka dianggap sebagai penduduk kampung yang boleh menghadiri mesyuarat untuk membincangkan urusan kampung tetapi petani 7
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 42. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 50. 9 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 41. 10 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 41. 8
3
dianggap sebagai mizunomi tidak boleh berbuat demikian.11 Masalah dalaman dan masalah luaran dapat dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang berlangsung beberapa kali dalam setahun yang dipengerusikan oleh honbyakusho. Mesyuarat tergempar juga akan diadakan jika terdapat masalah dalaman yang perlu diselesaikan dengan kadar segera seperti pertikaian antara kampung lain. 12 Peraturan baru yang mempunyai 20 artikel ditetapkan di wilayah Shinano pada tahun 1792 untuk mengatasi pertikaian antara kampung. Seseorang itu akan dibuang dari kampung tersebut merupakan hukuman yang paling berat terhadap sesiapa yang mengingkari perintah peraturan tersebut.13 Terdapat 3 jenis pentadbir kampung yang menguruskan hal-ehwal kampung seperti ketua kampung, ketua kumpulan dan pembantu petani.14 Ketua kampung ialah individu yang paling bertanggungjawab dalam kampung tersebut dan membawa suara yang paling lantang dalam politik kampung. Manakala, ketua gonin-gumi sebagai ketua kumpulan. Pemilihan pentadbir kampung adalah berdasarkan keputusan mesyuarat kampung tanpa campur tangan bakufu dan daimyo. Pentadbir kampung perlu pandai membaca, menulis dan membuat kerja sebagai syaratnya untuk menjadi pentadbir kampung. Tugas utama mereka adalah memastikan cukai kampung perlu dibayar pada setiap tahun. Mereka turut perlu menjaga keamanan kampung, mengawasi hasil pengeluaran pertanian, mengajar penduduk kampung tentang teknik perladangan dan menyelesaikan masalah pertikaian antara kampung. 15 Dengan itu, pengasingan organisasi sosial, peranan bakufu, daimyo dan pentadbir kampung merupakan perubahan baru dalam sistem pentadbiran Tokugawa dalam zaman tersebut.
11
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 46. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 51. 13 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 52. 14 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 53. 15 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 55. 12
4
Aspek Ekonomi Semasa Zaman Tokugawa, terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi terutama dalam aktiviti pertanian. Pertambahan tanah pertanian, penambahbaikan sistem pengairan, penggunaan baja dan kepelbagaian jenis tanaman baharu menjadikan bidang pertanian berkembang maju pada era pemerintahan Tokugawa. Dalam bidang pertanian, penanaman padi merupakan aktiviti pertanian utama pada Zaman Tokugawa. Pada awal Zaman Tokugawa, banyak tanah ditebusguna untuk dijadikan tanah pertanian. Buktinya, sebanyak 3.05 juta hektar tanah pada tahun 1874 berbanding 1.64 juta hektar tanah pada tahun 1600 dijadikan kawasan pertanian. Hal ini kerana penebusgunaan tanah dijalankan secara besar-besaran antara abad ke-15 dan abad ke-18 disumbangkan melalui kemajuan dalam kejuruteraan. Semasa Zaman Tokugawa, tetambak, empangan dan teluk air dibina di dalam sungai dan terusan panjang dibina untuk mengairi bekalan air ke kawasan sawah padi. Sepanjang di sungai yang besar, saluran tambahan dikorek dan tambak dibina secara berganda untuk mencegah banjir berlaku di kawasan pertanian. Pada tahun 1666, bakufu telah mengariskan 3 artikel tentang peraturan di pergunungan dan sungai untuk mencegah penyalahgunaan tebusguna tanah. Contohnya, kawasan antara sungai dan tebing sungai dilarang untuk menjalankan sebarang aktiviti pertanian supaya air dapat dialir dengan lancar. 16 Terdapat pelbagai jenis tanaman yang ditanam oleh para petani terutama dalam tanaman bijirin seperti padi, barli dan jagung. Semua ahli keluarga termasuk anak-anak mereka akan terlibat secara langsung dalam menamam padi. Penduduk kampung juga sentiasa bekerjasama dalam membersihkan lumpur dan rumput-rampai di sekitar sungai untuk menjamin sistem pengairan berjalan dengan lancar.17
16 17
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 65. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 66.
5
Kemajuan dalam bidang pertanian turut disumbangkan menerusi penggunaan alat pertanian seperti cangkul dan sabit. Cangkul bukan sahaja mencangkul tanah tapi ia turut boleh digunakan untuk memecahkan ketulan tanah. Manakala, sabit digunakan untuk memotong batang gandum apabila tiba musim menuai. Kaedah membanting yang lebih baik turut dicipta dengan menggunakan semba koki yang mempunyai ribuan giginya dapat mengubuh cara kerja perladangan. Mortar tanah liat turut menggantikan mortar kayu dalam menghancurkan padi.18 Dalam mengairi kawasan sawah padi, petani harus memastikan air dialirkan dalam kuantiti yang betul. Pengekalan bekalan air merupakan aspek terpenting dalam penanaman padi. Oleh itu, beberapa jawatankuasa khas tempatan ditubuhkan untuk mengawal selia pengagihan air seperti mizugumi iaitu jawatankuasa air dan igumi iaitu jawatankuasa perigi. Empangan dan terusan dibina oleh penduduk kampung secara bekerjasama untuk memastikan kawasan sawah padi dapat bekalan air yang mencukupi. 19 Walau bagaimanapun, pertumpuhan darah akan berlaku apabila berlakunya masalah pengagihan air ke sawah padi terutama semasa musim kemarau. Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, terdapat wakil daripada jawatankuasa akan berperanan sebagai ‘penjaga’ apabila air diagihkan.20 Dalam mengekalkan kesuburan tanah, tumbuh-tumbuhan menjadi sumber utama dalam memprosesnya menjadi baja. Kaedah karishiki ialah cara yang paling penting dalam mengekalkan kesuburan tanah sawah padi.21 Petani turut menggunakan rumput-rumpai yang dikumpulkan dari tasik dan kolam, najis dan sampah mesra alam untuk dijadikan baja. Mereka turut mempelajari untuk menggunakan baja pada masa dan tempat yang sesuai untuk menjamin kesuburan tanaman mereka. Walau bagaimanapun, rumput-rampai dan serangga
18
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 69. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 47. 20 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 48. 21 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 70.. 19
6
perosok menjadi ancaman kepada tanaman. Apabila tibanya musim panas, rumput-rampai akan cepat tumbuh akibat haba dan kelembapan.22 Dalam perkembangan pengeluaran komersial, sebagaimana yang kita tahu bahawa padi merupakan pengeluaran yang terpenting dalam zaman tersebut. Harga padi diasingkan dengan harga hasil pengeluaran yang lain kerana padi menduduki kedudukan utama dalam pasaran pertanian. Tanaman dua kali setahun juga dilaksanakan untuk meningkatkan hasil pengeluarannya. Misalnya, penanaman padi dengan barli atau gamdum oleh golongan petani. Dalam pada itu, revolusi industri pakaian berlaku apabila pengeluaran kapas menggantikan penggunaan hem. Misalnya, pengeluaran kapas meningkat dengan rancak di Jepun barat pada masa itu mulai abad ke-18.23 Apabila import sutera dari China dilarang masuk ke Jepun pada pertengahan abad ke-17, pengeluaran fabrik dan sutera bertambah pesat. Oleh itu, industri sericulture ini memberikan peluang pekerjaan yang terbanyak kepada penduduk. Hal ini meningkatkan permintaan benang warna dan kain dalam kalangan para penduduk.24 Malahan, petani turut mengusahakan varnish daripada getah dalam pokok laker yang diproses untuk perkakas kayu. 25 Pengeluaran sayur-sayuran turut meningkat di kampung sekitar bandarbandar utama untuk memenuhi keperluan populasi penduduk bandar. Sampah-sarap yang terdapat di sungai dijadikan baja untuk menanam sayur-sayuran bahkan dapat mengatasi masalah sampah di bandar. Di kampung pergunungan, mereka mengusahakan industri kayu balak untuk kegunaan pembinaan rumah dan lain-lain serta menanam pokok mulberi untuk menghasilkan kertas. Pelbagai jenis ikan dipelihara di kawasan perkampungan nelayan seperti kerang dan ikan yang digunakan untuk membuat makanan makan malam. Dalam pada
22
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 71. Satoru Nakamura. “The Development Of Rural Industry”. Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (pnyt). Tokugawa Japan: The Social And Economic Antecedents Of Modern Japan. Tokyo, University of Tokyo Press, 1991, hlm.81. 24 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 73. 25 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 74. 23
7
itu, mereka turut menghasilkan garam di kawasan laut yang tenang. 26 Hal ini dapat membuktikan bahawa mereka telah mengkomersialkan produk hutan dan laut. Keadaan ini dapat menggamabrkan bahawa para petani tidak tertumpu kepada pertanian padi sahaja tetapi telah beralih kepada tanaman lain seperti menghasilkan varnish, kertas dan menamam sayursayuran. Pada abad ke-18, perubahan yang amat ketara dalam pembangunan di Tokugawa ialah kemajuan industri luar bandar. Penggunaan teknologi dalam kraftangan memajukan industri tersebut. Pakar-pakar tenun sutera juga muncul dalam industri kapas. Contohnya, pada tahun 1842, terdapat 18 pakar tenun dan 50 keluarga pekerja bekerja dalam industri sutera di kampung Uda-otsu di Izumi.27 Walau bagaimanapun, setelah Jepun melaksanakan dasar buka pintu pada tahun 1854, ia memberikan banyak masalah kepada industri tempatan yang terpaksa bersaing dengan syarikat industri luar. Terbuktinya apabila industri kapas mengalami pekerja lebihan kerana industri tersebut mengambil bekalan benang import dari negara lain. Oleh itu, sebanyak 2 hingga 3 juta pekerja mendapat kesannya terutama bagi kaum wanita.28 Terdapat perubahan dalam mengira kadar cukai semasa Zaman Tokugawa. Pada awal zaman tersebut, kadar cukai ditetapkan berdasarkan jumlah hasil tanaman. Tetapi, mulai pada abad ke-18, kadar cukai ditetapkan mengikut keadaan hasil tanaman tersebut sama ada banyak atau tidak. Secara kebiasaannya, cukai penduduk dibayar dalam bentuk nasi. Bagi penduduk yang tidak menanam padi, mereka membayarnya dalam bentuk wang. 29 Levi istimewa turut dikutip untuk membaiki jalan, kos penyimpanan beras dan perbelanjaan masakan untuk Istana Edo. 30 Dalam aspek kewangan penduduk, sistem kewangan tetap 26
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 75. Satoru Nakamura. “The Development Of …, hlm. 87. 28 Satoru Nakamura. “The Development Of …, hlm. 95. 29 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 44. 30 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 45. 27
8
ditubuhkan yang dikenali mura-nyuyo sebagai sistem pemerintahan sendiri. Antara tujuan sistem ini ditubuhkan adalah untuk: “…they included expenses incurred in collecting taxes for the lord, organizing shrine and temple festivals and services.Including the costs of maintaining roads, rivers, bridges and canals; purchasing village business and defraying travel expenses of village officials…”.31
Dengan itu, sistem kewangan tetap ini dapat menjamin kewangan yang kukuh di kampungkampung Tokugawa pada sepanjang tahun. Bakufu turut melaksanakan program pemulihan kampung jika sesebuah kampung menghadapi bencana alam seperti gempa bumi. Padi yang berlebihan disimpan dalam gudang untuk digunakan pada waktu kecemasan.32 Sepanjang Zaman Tokugawa, banyak masalah petani yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Terdapat tiga jenis penentangan iaitu hyakusho ikki, yonashi ikki dan murakata sodo. Hyakusho ikki ialah kebangkitan petani dalam menentang pelaksanaan cukai manakala yonashi ikki merupakan petani yang mahu reformasi sosial untuk menghapuskan perbezaan yang melampau dalam kekayaan. Murakata sodo ialah bantahan petani terhadap pentadbir kampung yang tidak adil.33 Di samping itu, harga baja dan barang perladangan yang tidak stabil menyebabkan golongan petani memberikan perhatian kepada tanaman komersial seperti tanaman sayur-sayuran.
34
Bahkan golongan petani turut menghadapi masalah
kekurangan tanah pertanian akibat peningkatan penduduk yang pesat. Contohnya, jumlah penduduk meningkat kepada 30 juta orang antara tahun 1600 sehingga tahun 1721. Masalah kebuluran turut berlaku pada tahun 1732 melibatkan 1.6 juta orang akibat daripada kekurangan bekalan makanan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa perubahan drastik dalam bidang pertanian kerana golongan petani tidak terikat kepada aktiviti penanaman padi sahaja
31
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 56. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 57. 33 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 59. 34 Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 74. 32
9
bahkan mereka telah terlibat dalam tanaman komersial yang dibantu oleh teknologi pertanian yang canggih dan penggunaan baja.
Aspek Sosial Semasa era pemerintahan Tokugawa, banyak bandar kecil dan besar muncul dan memberikan impak penting dalam ekonomi Tokugawa. Setiap daimyo akan mendirikan kubu mereka di setiap bandar untuk menjamin keselamtan mereka. Banyak bandar stesen didirikan di sepanjang lebuhraya. Contohnya, sebanyak 120 bandar stesen didirikan di sepanjang lebuhraya Osaka-Kyoto. Konsep pengeluaran satu kawasan satu produk istimewa dilaksanakan untuk memasarkan produk mereka pada awal abad ke-18. 35 Terdapat tiga bandar yang hebat pada zaman tersebut iaitu Kyoto, Osaka dan Edo. Contohnya, populasi di bandar Edo mencecah sejuta penduduk pada awal abad ke-18 iaitu bandar yang terbesar di dunia pada masa itu. 36 Bandar Osaka mempunyai populasi penduduk seramai 400 000 penduduk pada masa itu dan sejumlah 440 000 kan perak diperolehi di pelabuhan Osaka pada tahun 1714.37 Ketiga-tiga bandar ini merupakan bandar besar, mempunyai sistem komunikasi yang baik dan mempunyai kepentingan masing-masing. Di Kyoto, bandar ini merupakan bandar industri terhebat pada Zaman Tokugawa disebabkan oleh pengeluaran tekstil yang membawa kepada hasil kraftangan yang terbesar di Jepun. Bandar ini juga maju dalam bidang reka bentuk pakaian sehingag dapat dijual ke pasaran luar. Kyoto juga ialah pusat kebudayaan, pusat kesarjanaan Jepun dan pemikiran keagamaan. Hal ini dapat menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia untuk menuntut
35
Katsuhisa Moriya. “Urban Network And Information Networks”. Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (pnyt). Tokugawa Japan: The Social And Economic Antecedents Of Modern Japan. Tokyo, University of Tokyo Press, 1991, hlm. 104-105. 36 Satoru Nakamura. “The Development Of …, hlm. 84. 37 Satoru Nakamura. “The Development Of …, hlm. 85.
10
ilmu di bandar ini. Kyoto turut dikenali sebagai bandar keagamaan kerana ia ialah ibu pejabat golongan Buddhisme dan Shinto yang memuatkan hampir 8000 kuil Buddhisme dan Shinto pada abad ke-18. 38 Kyoto turut mempunyai banyak kedai buku dan perpustakaan supaya penduduk minat untuk menuntut ilmu. Literasi yang tinggi diperlukan pada masa itu kerana sesiapa yang boleh membaca, menulis dan membuat dokumen berpeluang untuk menjadi pentadbir.39 Bandar Osaka muncul sebagai bandar informasi ekonomi. Bandar ini merupakan rumah bagi kompleks kuil Buddhisme tetapi kuil tersebut dirobohkan semasa pemerintahan Tokugawa Bakufu dan digantikan dengan rumah kediaman untuk penduduk. Bandar tersebut telah mengubah wajahnya dengan menyediakan banyak kemudahan sehingga menjadi sebuah bandar besar. Oleh itu, Osaka muncul sebagai pelabuhan entrepot di Jepun pada masa itu apabila pembangunan laluan laut yang menggabungkan semua kawasan ke Osaka telah menghimpunkan semua saudagar di Osaka. Dengan populasi sebayak 400 000 penduduk, ia telah menjamin Osaka menjadi tempat perkembangan ekonomi pada masa itu.40 Manakala bagi Bandar Edo, ia berkembang menjadi ibu negara Shogun Tokugawa. Projek penebusgunaan tanah secara besar-besaran dilakukan untuk membangunkan bandar tersebut supaya menjadi kawasan penempatan samurai. Lebih 100 000 samurai menetap di bandar tersebut. Secara asasnya, Edo sebagai bandar politik di Jepun. Ia menempatkan bakufu, daimyo dan kuasa politik yang lain di bandar ini.
41
Sesungguhnya bahawa proses
pembandaran berlaku dengan pesat terutama dalam ketiga-tiga bandar ini. Dalam aspek pengangkutan, pembinaan lebuhraya dan kemajuan dalam sistem pengangkutan air telah berjaya menghubungkan antara kawasan. Contohnya, laluan barat
38
Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 99. Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 116. 40 Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 100. 41 Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 102. 39
11
Jepun yang menghubungkan Osaka dan pantai Jepun Laut melalui Laut Pedalaman meruapkan sistem pengangkutan terhebat di Jepun. Sebenarnya, sistem pengangkutan yang dilakukan telah menghubungkan seluruh kepulauan Jepun. Bagi sistem komunikasi, sistem sando hikyaku digunakan oleh bakufu untuk menghantar mesej ke tempat lain. Contohnya, di Kyoto, sebanyak 9 bauh kedai sando hikyaku beroperasi untuk menghantar mesej ke tempat lain seperti Kyoto dan Osaka. Mesej ini akan dihantar sebanyak tiga kali dalam sepuluh hari. Mulai pertengahan abad ke-17, terdapat syarikat swasta yang beroperasi untuk meningkatkan keberkesanan dalam penghantaran mesej.
42
Dengan itu, sistem komunikasi dapat
merancakkan hubungan antara tempat kerana ia lebih senang untuk mendapatkan maklumat dari tempat lain. Dalam bidang percetakan, lebih 30 000 dokumen terdapat dalam keluarga kaya Tokugawa semasa zaman Tokugawa. Semasa Jepun kalah dalam Perang Dunia kedua, ia memerlukan 3 hari 3 malam untuk membakar semua dokumen tersebut. Jarang-jarang kita dapat lihat bahawa masyarakat pada masa tersebut mampu untuk menulis jumlah dokumen yang banyak. Semua dokumen rasmi ditulis dalam gaya standard. Pentadbir kampung perlu ditugaskan mengumpul semua maklumat untuk dicatat dalam dokumen rasmi. 43 Banyak buku tentang pelbagai aspek pertanian diterbitkan pada masa itu. Antaranya adalah tentang cara bertani, cara pengurusan ladang, pemikiran petani dan kehidupan harian petani. Ia turut menghuraikan cara untuk mengatasi kebuluran makanan semasa kekurangan hasil pengeluaran pertanian pada musim-musim tertentu. Sebenarnya, buku ladang dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku ladang pengajaran dan buku ladang tempatan. Buku ladang pengajaran ialah buku yang menerangkan teknik-teknik perladangan yang betul berdasarkan pendapat penulis buku manakala buku ladang tempatan ialah buku yang menceritakan tentang teknik perladangan berdasarkan pengalaman petani itu sendiri. Tiga 42 43
Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 110. Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 60-61.
12
tokoh terpenting dalam pertanian Tokugawa menulis buku ladang pengajaran iaitu Miyazaki Yasusada, Okura Nagatsune dan Sato Nobuhiro. Bagi buku ladang tempatan ditulis oleh pentadbir kampung attau golongan petani kaya.44 Buku-buku inilah yang memainkan peranan penting dalam memodenkan pembangunan di Jepun. Dalam bidang penerbitan, Edo telah banyak menerbitkan buku berbanding di Kyoto dan Osaka pada abad ke-18. Hal ini disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi percetakan dan adanya hak cipta penerbit. Ia turut disebakan oleh peningkatan menghasilkan kertas menerusi pokok mulberi. Hal in sekali gus meningkatkan minat membaca penduduk. Buktinya, pada tahun 1808, terdapat 656 perpustakaan yang menawarkan pinjaman buku kepada penduduk di Edo. Penduduk boleh membeli, atau menyewa atau meminjam buku dari perpustkaan. Ia memudahkan orang ramai untuk menuntut ilmu. Di Kyoto, dalam 250 000 orang dewasa, terdapat 1 dariapda 20 orang dewasa yang dapat menulis puisi haiku secara individu.45 Hal ini dapat membuktikan tahap literasi penduduk Kyoto sangat tinggi pada abad ke-17. Buku-buku keagamaan turut diterbitkan yang berfokuskan kepada agama Buddhisme dalam penyeberan agama Buddhisme secara meluas.46 Dalam aspek pendidikan, ia sangat penting untuk mendapat pendidikan pada masa itu oleh para penduduk. Kemahiran literasi diperlukan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya ilmu asas dalam masyarakat Edo termasuk masyarakat bawahan. Pendidikan Terakoya diperkembangkan di seluruh kawasan untuk memperkembang dalam bidang penulisan. Misalnya, pada tahun 1750, hampir semua orang layak untuk menjadi guru yang mengajar murid kemahiran asas menulis. Malahan, yuran tuisyen menjadi murah dan prosedur pendaftaran sekolah dipermudah supaya ibu bapa dapat menghantar anak ke sekolah untuk
44
Tsuneo Sato. ‘’Tokugawa Villages And …, hlm. 77. Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 117. 46 Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 119. 45
13
menuntut ilmu. 47 Oleh itu, kita dapat lihat bahawa ilmu pengetahuan amat penting pada masa itu setelah penduduk menyedari akan kepentingan mendapatkan maklumat. Secara keseluruhannya, peningkatan tahap intelektual dalam kalangan samurai, penduduk bandar dan petani memainkan peranan penting dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Secara tuntasnya, proses pembandaran yang berkembang pesat, bidang pengangkutan dan komunikasi, bidang percetakan dan penerbiatan dan aspek pendidikan dititikberatkan merupakan aspek sosial yang membawa ke arah pemodenan Jepun pada zaman berikutnya.
47
Katsuhisa Moriya. “Urban Network And …, hlm. 121.
14
Kesimpulan Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak aspek yang mendorong kepada Zaman Tokugawa sebagai zaman awal moden di Jepun. Hal ini dapat merujuk kepada aspek politik, aspek ekonomi dan aspek sosial yang terang-terang dapat membuktikan bahawa zaman tersebut sebagai zaman awal moden. Buktinya, kemajuan dalam bidang pertanian, pengenalan teknologi pertanian, kewujudan proses perbandaran dan peningkatkan teknologi percetakan menjadi penunjuk arah kepada zaman seterusnya untuk bergerak moden. Yang paling penting, aspek pendidikan yang menyumbang kepada penduduk dapat ilmu dan maklumat yang banyak supaya dapat menjadikan negara mereka moden. Ekonomi
Tokugawa
bergerak
dengan
rancak
walaupun
tidak
mempunyai
perdagangan antarabangsa dengan negara lain. Setelah menghadapi tekanan daripada kuasa barat, Jepun terpaksa melaksanakan dasar buka pintu dengan Amerika Syarikat setelah termeterainya perjanjian persahabatan pada tahun 1854. 48 Hal ini bermakna kuasa politik Tokugawa yang berlanjutan selama lebih 250 tahun berakhir dengan digantikan oleh pemulihan Meiji 1868 yang membawa Jepun ke arah negara moden setelah han Satsuma dan han Chosu berjaya menamatkan keshogunan Tokugawa. Pembaharuan Meiji pada tahun 1868 telah mewujudkan pentadbiran yang baharu di bawah simbol maharaja yang menetap di Tokyo.49
48
Satoru Nakamura. “The Development Of …, hlm. 92. Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun …, hlm. 58.
49
15